FOLLOWERS

Wednesday 13 May 2009

KETUA DEWAN ULAMAK PAS DEDAH RASUAH MUKTHAMAR PARTI PAS : SAMA AJE !!!!


13 MEI 2009

.....................................................................Mohamed Daud bimbang, jika profesional yang memimpin parti itu, mereka hanya mahu mengejar kedudukan semata-mata tanpa mementingkan parti yang berjuang mengikut teras Islam.

Bernama juga melaporkan, beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti menghadiahkan baju dan mengadakan majlis makan kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon.

"Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera," katanya seperti dilaporkan Berita lanjut :
KLIK


Penghuni Gua : Dalam hal ini PG dah berulang kali tegaskan bahawa kita tidak boleh mengatakan oada orang lain bab rasuah , perempuan dan kuasa ni. Semua manusia berkehendakkannya. Sebahagian lain yang belum terlibat dengan gejala ini bukan baik tetapi mungkin belum di uji oleh Allah.


2. Jadi kepada PAS, janganlah mengatakan kepada UMNO ke atau parti lain. Masa UMNO terlibat gejala ini PAS tak henti menyerang dan setengahnya fitnah tanpa bukti. Minta letak jawatan terhadap pemimpin UMNO. Sekarang kena batang hidung sendiri , bagaimana.

3. Sebab itu blog PG dah tetapkan, PG tanpa parti dan tak menyokong mana-mana parti. Yang PG rasakan mana yang betul PG sokong. Mana yang tidak betul PG bantai juga tidak kira kerajaan ke, PAS ke atau mana-mana pemimpin pun. Tetapi tak adalah nak fitnah dan memaki hamun. Tidak ada yang maksum dalam dunia ini.


4. Jadi kita kalau jadi pengikut parti atau penyokongnnya , jangan taksub sangat lah. Pemimpin yang kita dewakan itupun manusia juga. Ada juga / bersepah yang buat kesalahan. Sebab itu kita kena positif. Kalau betul katakan betul . Ini tidak, asal keluar dari pemimpin agung mereka, seolah macam sabda nabi. Tak boleh disanggah langsung.


5. Pengakhir kata. Jangan mendewakanlah mana-mana pemimpin. Yang salah kita tegur. Yang benar kita sokong. 2 ke 3 hari PG tegur juga pemimpin kerajaan. Dah rasa tak betul kita tegur. Ingat. Tegur , bukan fitnah.


6. Pemimpin bukan maksum. Kisah tahun 1997, seorang imam di Jasin Melaka ditangkap sedang berzina selepas setiap kali sembahyang subuh di ladang getah. Lepas sembahyang baca doa tergopoh gapah terus ke kebun getah dengan makmum perempuan berzina. Penuh batang lilin di kebun getah tu. Dah berapa lama pun dibuat kerja haram , tuhan saja yang tahu. Heboh dalam suratkhabar utama.


7. Natijah dari cerita ini, bab kuasa, duit dan perempuan ini, jangan cakap besarlah kita semua. Yang belum kena tu, hanya mungkin belum diuji. Bukan baik. Yang dah diuji dan berjaya tahniah.


8. Berbalik kepada rasuah dalam PAS ini, ambillah ikhtibar dari perkara ini dan ambil tindakan keras bagi menunjukkan PAS parti islam. Hukum mereka ini secara islam. Jangan pulak lepas ini katakan rasuah di atas atas jalan Allah pulak. Majlis rasuah makan , katakan majlis tahlillah, majlis cukur kepala, pra-maulidu Rasul lah atau pasca maulidur rasul lah dan sebagainya bagi menghalalkan tindakan pemimpin PAS ini.

9. Ambil tindakan keras. PG nak tengok juga apa tindakan PAS terhadap mereka ini. Adakah hukumannya lebih keras dari UMNO terhadap pemimpin mereka. PAS mengatakan UMNO tak tegas, terpilih, dan sebagainya terhadap pesalah rasuah UMNO. Jadi nak tengok juga hukman apa yang PAS boleh jatuhkan kepada pemimpin dan ahli yang terlibat dengan rasuah.


10. Parti Islam katakan. Misti mengikut Islam................

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR