FOLLOWERS

Thursday 28 May 2009

CHIN PENG RAKYAT BRITAIN : PROF KHOO KAY KIM


Berita Harian
28 mei 2009

Chin Peng rakyat Britain: Prof Khoo

KUALA LUMPUR: Chin Peng bukan rakyat Malaysia, sebaliknya bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya.

Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim, yang berkata Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan pada 1923 yang ketika itu berada dalam daerah Dinding. Beliau berkata, daerah Dinding ketika itu adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat yang juga adalah tanah jajahan British.

"Dinding sejak 1826 adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada Perak pada awal 1930-an. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British.

"Mengikut fakta sejarah itu, maka Chin Peng adalah rakyat Britain dan bukannya rakyat Malaysia," katanya ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang menyokong hasrat bekas pemimpin PKM itu untuk tinggal di Malaysia. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa komen Gerakan. Tak berbunyi langsung Dato Koh Tsu Koon. Kalaulah BN atau pemimpin melayu yang mengeluarkan kenyataan seperti mana pemimpin Gerakan keluarkan agar Chin Peng boleh pulang ke Malaysia jenuhlah pemimpin ini akan minta pemimpin Melayu meminta maaf.

2. Dalam hal ini , Koh Tzu Koon langsung tidak mahu mengulas dan menegur pemimpin nya yang telah mengeluarkan kenyataan yang telah menggores hati ramai orang apabila meminta kerajaan Malaysia membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Koh perlu mengarahkan pemimpin Gerakan Pulau Pinang meminta maaf atas kenyataan itu segera. Jangan hanya nampak dan meminta pemimpin Melayu aje minta maaf. Sekarang giliran anda.

3. Kepada penyokong komunis yang masih ada di Malaysia, sekarang dah terjawab siapa Chin Peng. Jadi berambuslah jauh-jauh beliau dari bumi Malaysia. Atau pergilah berhijrah ke negeri China di mana negara inilah sanjungaan nya sejak dulu. Matilah di sana.

4.Malaysia kan negara kejam dan tak adil. Malaysia juga melayan kaum cina dan india dengan layanan kelas kedua. Malaysia kan melakukan penghapusan kaum seperti kata Hindraf.

5. Jadi pergilah ke sana kepada mereka yang kerap mengatakan dan memburukkan negara Malaysia ini bersama dengan Chin Peng. Negara ini tak baik untuk di huni. Tidak demokratik., didominasi oleh orang Melayu. Jadi pergilah ke negari pujaan anda. Berambuslah bersama Chin Peng ( pejuang rakyat dan pembela rakyat terbilang itu.

1 comment:

  1. Orang yang cadangkan nak bawak balik kepalo komenih ni elok eh sepakan keluar dari bumi malaya ni.....dio orang ni dah tak ado kojo lain ko...soba jolah...........wasalam

    ReplyDelete

PETA PELAYAR