FOLLOWERS

Saturday 23 May 2009

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : MOTIF DAN PERSEDIAAN


Dipaparkan nota kuliah undang-undang lama yang masih ada dalam simpanan PG. Nota ini ditulis pada tahun 2000 semasa mengikuti Diploma Lanjutan di UKM. Mungkin ianya berguna untuk kita semua khasnya kepada pelajar undang-undang yang baru mengikuti Pengajian Undang-undang. Semuga bermenafaat. Rujukan dipadamkan agar pelajar-pelajar mencari sendiri tambahan yang perlu dan bagi mengelakkan copy paste sahaja. Untuk kebaikan anda semua juga.


MOTIF DAN PERSEDIAAN

A. Motif


1. Motif adalah tindakan yang mendorong seseorang itu melakukan sesuatu tindakan . Setiap perbuatan yang dilakukan dengan sengaja ia dikatakan ada mempunyai motif. Motif dan niat mistilah ditentukan . Niat ini adalah keputusan seseorang itu untuk lakukan sesuatu perkara . Manakala motif adalah merupakan sebab untuk seseorang itu membuat keputusan . Contohnya :

2. “ seseorang perempuan miskin yang punyai seorang anak mencuri sebuku roti. Niat wanita itu ialah untuk mencuri. Tetapi motif beliau mencuri ialah untuk memberi makan untuk anaknya. Oleh itu motif adalah merupakan satu emosi beliau untuk lakukan perbuatan tersebut. Ia merupakan faktur saikologi yang dapat dibuktikan oleh perbuatan yang dilakukan ” .

3. Walau babaimanapun adakalanya sukar untuk kita mengetahui di sebalik perbuatan tersebut . Walaubagaimana pun ini tidak bermakna perbuatan tersebut tidak mempunyai motif . Keterangan motif adalah relevan dalam kes jenayah . Walau pun begitu keterangan langsung dan bukti yang jelas bahawa yang di tuduh melakukan kesalahan jenayah adalah persoalan mengenai motif tidak menjadi relevan untuk menentukan sabitan . Bila sesuatu kes itu bergantung sepenuhnya di atas keterangan mengikut keadaan , maka isu motif menjadi penting dan perlu.

4. Dalam kes Nath Singh v R ( 1949 ) . Madras Law Jurnal ms 297. Hakim Perbicaraan memutuskan bahawa keterangan yang menunjukkan motif jenayah adalah diterima pakai , walaupun keterangan tersebut menyarankan bahawa jenayah lain yang dilakukan oleh tertuduh. Di dalam kes ini tertuduh dibicarakan di dalam satu kes bunuh terhadap seorang lelaki bernama Karnail Singh. Keterangan menunjukkan bahawa Karnail Singh telah memeras ugut wang dari tertuduh di atas alasan bahawa dia mengetahui tertuduh telah membunuh penama Bhan Singh.

5. Fakta keterangan ini dikemukakan bagi menunjukkan tentang motif melakukan pembunuhan tersebut . Perlu di jelaskan bahawa motif tidak boleh diterimapakai sekiranya keadaan menyarankan tertuduh akan melakukan perbuatan tersebut . Lain-lain motif untuk menunjukkan kelakuan ( conduct ) jahat tertuduh adalah tidak relevan di bawah seksyen 54 AK.

6. Dalam kes Boota Singh v PP ( 1933 ) 2 MLJ pg 195 , lapuran polis yang dibuat sebelumnya oleh si mati telah diterimapakai dalam akta keterangan untuk membuktikan motif jenayah . Hakim perbicaraan menjelaskan , dalam kes ini lapuran polis yang dibuat oleh simati terhadap tertuduh sembilan bulan sebelum pembunuhan telah diterima pakai sebagai keterangan untuk menunjukkan motif jenayah.

7. Peguambela dalam hujahnya pula menyentuh :

· Bahawa report polis tidak boleh diterimapakai di bawah mana-mana seksyen akta keterangan.
· Dan sekiranya ianya diterimapakai , maka ianya akan mempengaruhi keseluruhan prosiding perbicaraan dan yang tertuduh berhak dibebaskan.

8. Walaubagaimana pun , report polis telah dikemukakan oleh pendakwa untuk menunjukkan motif di bawah seksyen 8 . ini menunjukkan bahawa si mati mempunyai hubungan tidak baik dengan tertuduh . Perbuatan si mati membuat lapuran polis terhadap tertuduh adalah relavan di bawah seksyan 8 . Kenyataannya , bahawa lapuran polis ini bukanlah kelakuan ( conduct ) , dalam ertikata sebenar seksyen tersebut tetapi dalam kes ini kenyataan lapuran itu menunjukkan bahawa si mati bertindak membuat report polis . Ianya diterimapakai oleh mahkamah di bawah “ Illustration “ di bawah sek syen 8 .

9. Perlu dinyatakan bahawa lapuran polis bukanlah keterangan sebenar tuduhan si mati terhadap tertuduh . Ianya dikemukakan dalam keterangan pihak pembela semasa perbicaraan dan adalah jelas bahawa tujuan lapuran polis tersebut dikemukan oleh pembelaaan adalah kerana iannya dikemukakan sebagai keterangan , setelah fakta isu ( lapuran polis ) telah disiasat dan tiada tindakan diambil oleh pihak polis. Dan ini memihak kapada tertuduh bahawa tuduhan pembunuhan tersebut adalah tidak benar.

10. Di dalam kes Lim Kong v PP ( 1962 ) 28 MLJ 195 ……….keterangan ketidakstabilan kewangan telah diterimapakai di bawah seksyen 8 , untuk menunjukkan motif penculikan . Hakim Perbicaraan menjelaskan ,

11. “ Kam Chow telah mendedahkan rahsia tertuduh yang mempunyai tunggakkan hutang untuk pembelian minyak petrol sejak 1959 berjumlah RM 1200. Tan Oon Cheng telah memberi keterangan bahawa tertuduh telah meminjam RM 4000 untuk menukar injin diesil pada SR 6959 dan dia tertunggak pembayaran bagi bulan Jan dan Feb ” .

12. Hakim Perbicaraan juga merujuk kapada pemerikasaan balas tertuduh terhadap keterangan tersebut . Ianya tidak dipertikaikan dan sebalikny a menunjukkan di dalam rekod keterangan tersebut semasa pemeriksaan balas menunjukkan bahawa tertuduh berada di dalam kesempitan kewangan . Hakim Perbicaraan kemudiannya membuat keputusan bahawa keterangannya diterimapakai di bawah akta keterangan 1957 bagi menunjukkan motif.

13. Mr Marsall menghujah bahawa keterangan tersebut adalah keterangan tingkahlaku yang jahat jadi ia tidak boleh diterimapakai dibawah sek 54 AK. Merujuk kapada kenyataan tersebut Hakim Bicara menjelaskan bahawa kesempitan kewangan tidaklah semistinya tingkahlaku yang jahat dalam pengertian jahat yang sebenar mengikut sek 54 . Lagipun keterangan ketidakstabilan kewangan menyokong kes terhadap tertuduh oleh pendakwaan sebagai motif. Memandangkan kes jenayah ini adalah kes kewangan , maka keterangan bahawa tertuduh bertindak untuk mencari wang bagi menjelaskan hutang adalah relevan bagi menunjukkan motif.

14. Dalam kes Wong Foh Hin v PP ( 1964 ) MLJ pg 149 , Mahkamah persekutuan membenarkan perlakuan hubungan sumbang mahram yang tertuduh (Bapa ) dengam si mati ( anak perempuan ) bagi membuktikan motif pembunuhan .

15. Fakta dalam kes di mana :

“ Tertuduh telah disabitkan atas pertuduhan membunuh anak perempuannya ” .

16. Keterangan telah diterimapakai dalam perbicaraan tentang kejadian 3 ( tiga ) bulan sebelum kematian anak perempuannya di mana isteri pada tertuduh telah membuat aduan kapada ketua kampung bahawa tertuduh telah membuat hubungan sulit dengan anaknya . Isu tersebut telah diselesaikan oleh ketua kampung dengan amaran bahawa sekiranya kejadian tersebut berulang ianya akan dilaporkan kepada pihak polis .

17. Dalam rayuan persoalannya ialah samada keterangan kejadian di atas dan keterangan kejadian yang sama sebelum kematian anak perempuan tertuduh telah diterimapakai . Pihak peguambela menghujah bahawa :

18. Keterangan perbuatan yang menyarankan hubungan sulit ini anatara tertuduh engans imati adalah keterngan kelakuan jahat dan denga itu tidak boleh diterimapakai.
· Sekiranya diterima, mahkamah sepatutnya menggunakan budibicara untuk mengenepikan nya atas adasar prejudis.

19. Mahkamah mendapati keterangan tersebut diterimapakai : dengan alasan , di dalam kes ini hanya terdapat keterangan mengikut keadaaan ( circumstantial evidence ) motif yang kuat adalah menjadi nilai keterangan yang tinggi. Seterunya mahkamah menyatakan pihak hakim yang bicara dalam kes ini adalah betul dengan tidak menggunapakai budibicara dalam mengenepikan keterangan kejadian tersebut atas dasar prejudis .

20. Rumusan

21. Dari perbincangan di atas , dapatlah dibuat rumusan bahawa setiap jenayah yan dilakukan oleh seseorang misti mempunyai motif walau pun adakalanya ia sukar untuk dibuktikan : tetapi keadaan ini tidak menafikan bahawa setiap perbuatan jenayah misti mempunyai motif . Dalam undang keterangan motif adalah fakta relevan dalam kes jenayah di Malaysia sehingga kini. Ini di perjelaskan dalam seksyen 8 Akta Keterangan.

B. Persedian

1. Adalah perbuatan permulaan yang mengarah kapada melakukan sesuatu kesalahan . Kebiasaannya ia permulaan untuk melakukan kesalahan tapi pada peringkat ini , ia masih bukan merupakan satu jenayah . Walaubagaimana pun setelah sesuatu kesalahan dilakukan maka fakta yang dituduh membuat persedian itu menjadi relevan .

2. Persediaan juga merupakan fakta relevan di bawah bahagian ( 1 ) sek 8 Akta Keterangan. Keterangannya menunjukkan yang di tuduh buat persedian melakukan jenayah boleh diterima . Perbuatan jenayah boleh dibahagi pada 4 peringgkat:

· Niat
· Persedian
· Percubaan
· Melakukan jenayah tersebut.

3. Bila seseorang itu mempunyai niat melakukan jenayah , ia dikatakan tidak melakukan apa-apa liabiliti jenayah . Walaubagaimana pun setelah niat untuk melakukan sesuatu jenayah pada peringkat kedua ( persedian ) sebagai contoh :

· Sesesorang beli sesuatu alat untuk melakukan pembunuhan . Ini jelas menunjukkan satu peringkat persedian.

4. Walaubagaimana pun pada peringkat ini , beliau masih belum melakukan apa-apa kesalahan jenayah . Ada beberapa kes sebagai contoh seperti dalam kes hasutan . Di mana seseorang itu dikatakan melakukan kesalahan jenayah , walaupun peringkat itu masih di peringkat persediaan . Kesalahan yang sah itu hanya di peringkat ketiga ( percubaan ) dan keempat ( perbuatan melakukan jenayah ) sahaja.

5. Dalam kes Mohan Lai vs Emperor ( AIR 1937 sind 239 ) , telah dituduh dengan kesalahan menipu dalam perdagangan pengimportan barang tanpa menjelaskan duti kastam dengan cara menipu pihak berkuasa Kastam . Keterangan yang tertuduh melawat ke pelabuhan untuk membuat beberapa persedian di mana ia boleh mengimport barangan tanpa membayar cukai telah diterima pakai di bawah seksyen ini .

6. Rumusan

7. Dari penjelasan di atas dapatlah dirumuskan bahawa persedian tidak merupakan satu jenayah dan kesalahan walaupun di sertakan dengan niat tetapi apabila disertai dengan percubaan dalam melakukan perbuatan jenayah tersebut dan juga melakukan perbuatan jenayah tersebut maka barulah ia menjadi satu kesalahan yang sah.

Arif bin Omar

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR