FOLLOWERS

Thursday 21 May 2009

ANAK PENCURI : POLIS PULA DIBURUKKAN !


Malaysiakini
21 mei 2009



....................................................Walaupun remuk hati anak-anaknya dengan tindakannya tidak berunding dengan polis kerana kes Raja Azman boleh mencemarkan nama baik keluarga, kata Raja Petra lagi, tetapi beliau tiada pilihan kecuali mempertahankan prinsipnya seperti sering dilaung-laungkannya.

"Inilah nasib yang kami tidak boleh lari lagi. Memang mudah berjumpa dengan pegawai-pegawai polis dan membayar wang seperti mereka mahu dan semuanya akan selesai," katanya.

"Tetapi penyelesaian itu hanya sementara. Saya terpaksa menggalas beban bahawa saya telah menjual prinsip-prinsip saya dan tidak sanggup beramal dengan seruan sendiri di sepanjang hidup saya." Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Wah sedap si botak ni bercakap. Beliau bercakap tentang prinsip tetapi dalam masa yang sama mengatakan boleh merasuah polis jika dia mahu membebaskan anaknya.

2. Kepada Raja Petra, jangan menunjukkan keangkuhan dan kebodohan anda lagi dan juga jangan lagi menambahkan kebodohan yang sedia ada.

3. Buktikan polis mana yang boleh di rasuah untuk membebaskan anak beliau. Inilah jenis orang yang selalu membaling batu sembunyi tangan. Cakap aje besar dan berperinsip konon tetapi hidup penuh dengan fitnah dan dendam kesumat.

4. Setakat yang PG mengikuti tulisan dan tindakan belaiu sebelum ini, tiada satu pun tuduhannya kepada semua pihak benar. Semuanya fitnah. Bila pihak polis minta keterangan , enggan beri keterangan dan bukti. Semua tuduhannya hanyalah fitnah.

5. Sudah berapa banyak saman fitnah yang belaiu kalah dan terpaksa membayar ganti rugi. Tindakan saman fitnah yang masih berjalan juga banyak kerana menuduh peguam terkenal Mohamad Shafie Abdullah dengan berbagai fitnah jahat. Kes ini pun pada PG akan menyebabkan belaiu tidak cukup harta untuk membayar ganti ruginya.

6. Jika beliau berperinsip seperti yang selalu dibanggakannya, bercakap biar ada bukti bukan hanya cakap kosong. Semua orang boleh berbuat seperti R. Petra jika nak popular. Boleh hari hari tuduh orang itu dan orang ini jahat dan rasuah buktikan , ini yang mustahak.

7. Kes anak belaiu mencuri. Bukan difitnah dan konspirasi polis mengenakan anaknya. Jadi ini memang benar. Menuduh polis boleh di rasuah untuk membebaskan anaknya adalah satu tuduhan jahat dan bodoh.

8. Kesimpulan yang dibuat ialah, jangan kerana kita kecewa kerana gagal membentuk anak kita sendiri , orang lain cuba dikambing hitamkan.

9 Belajar menerima kenyataan dan kejadian ini juga jika kita islam dan menginsafinya adalah juga petunjuk Allah agar kita berfikir adakah tindakan kita terhadap orang lain sebelum ini wajar dan benar ?

10. Insaflah Raja Petra. Sujud pada Allah.
11. Kepada PDRM : Mungkin sesuatu tindakan mungkin boleh difikirkan untuk diambil keatas fitnah ini. Ia satu tuduhan berat kepada PDRM yang tidak patut PDRM diamkan.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR