FOLLOWERS

Tuesday 26 May 2009

MOGOK LAPAR : CADANGAN KEPADA PDRM !


Berita Harian
26 mei 2009

Sivakumar antara 14 ditahan

IPOH: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, adalah antara lapan wakil rakyat dan enam penyokong Pakatan Rakyat yang ditahan kerana berhimpun tanpa permit di luar Wisma DAP di sini, sebentar tadi. Turut ditahan ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran. Mereka ditahan selepas enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai. Terdahulu, mereka menyertai perasmian mogok lapar pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN Perak dibubarkan.


Penghuni Gua : Tahniah kepada kerajaan dan PDRM kerana mengambil tindakan kepada perhimpunan haram ini. Itu pun yang kumpulan ini mahukan. Mahukan ianya di sensasi.


2. Biarkan sensasi mereka. Mereka ini hipokrit dan pembohong. Mereka dah terlajak kata. Nak tarik balik perkataan dan rancangan mogok lapar tak boleh. Nampak selekeh dan bersalahnya mereka.


3. Mereka tahu ini haram samada ia mogok lapar atau pun puasa sunat. Kerana apa? Kerana niat puasa bukan kerana Allah. Jadi nak batalkan mogok atau puasa sunat ni tak boleh. Perkara dah diwar-warkan dahulu.


4. Jadi cara nak batalkan mogok lapar cara terhormat dan pihak kerajaan dipersalahkan ialah dengan melaksanakan perhimpunan mogok lapar / puasa haram ini di luar wisma DAP. Jadi dengan perhimpunan melebihi 5 orang ia telah jadi perhimpuan haram di bawah akta Polis. Maka pihak polis akan dipersalahkan. Mereka akan katakan mogok lapar atau puasa haram ini terpaksa di batalkan kerana pihak kerajaan dan polis menghalangnya. Jadi kesalaha dapat di alihkan kepada polis . Jadi mereka pun boleh batalkan puasa ini dengan senang dan terhormat.


5. Jika mereka ikhlas nak mogok lapar dan puasa haram maka kumpulan ini boleh lakukannya di dalam wisma DAP kerana ia tidak menjadi satu kesalahan kerena ia perhimpunan parti dan tidak melibakan orang lain kecuali ahli parti. Tetapi mereka memilih mogok dan puasa haram ini di luar wisma agar polis mengambil tindakan menyuraikannya.


6. Senang kerja mereka dan dapat menunjukkan kepada ahli mereka yang bebal bahawa mereka nak puasa haram tapi polis menghalang. Jadi perbuatan haram mereka ini tak perlu mereka yang tarik balik tetapi boleh menggunakan polis untuk menghalalkan tindakan mereka.


7. Jadi inilah kumpulan hipokrit dan kaum munafik yang sentiasa menipu penyokong mereka dengan sesuatu tindakan yang menampakkan ia halal. Kesalahan mereka dapat ditutup iaitu mogok lapar yang diharamkan agama. Nak batalkan sendiri malu ( kerana mereka tahu haram dan tersilap cakap ), jadi guna polis untuk batalkanya.


8. Kepada PDRM : bagus tindakan anda semua. Walaupun pihak polis digunakan untuk menyelamatkan maruah kumpulan ini ( pandainya mereka : kita pun tahu lama taktik ini ) tetapi dicadangkan pihak polis terus menahan reman mereka selama 3 hari di dalam lokap polis dan jangan sesekali beri makan dan minum kepada mereka ini. dah nak puasa haram / mogok lapar sangat. Bagi dia mogok lapar berterusan 3 hari. Pasang juga CCTV dan Screen di lura IPD Ipoh agar semua penyokong mereka nampak mereka mogok lapar 3 hari 3 malam secara live dan selamat dengan di kawal polis. He he he he he he. Setuju tak?


9. Dah nak mogok lapar sangat. Biar tak makan. Kita tengok nanti Tambi Siva ni tahan ke tak makan 3 hari dalam lokap. Kepada PDRM " test, cuba, try " cadangan ni? He he he he


10. Pandainya temberang dia orang ini. Itu pun berderai takbir si lebai dengan serbannya..

1 comment:

  1. aku setuju pdrm tangkap dia orang sumbat kat lokap lepas tu jangan bagi makan 3hari 3malam lagi cantik suruh rtm ke tv3 atau tvpas buat live baru diaorang tahu.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR