FOLLOWERS

Tuesday, 12 May 2009

KEPUTUSAN HAKIM KES PERAK : APA KATA MEREKA



Berkaitan keputusan YAA Hakim berkenaan krisis di Perak di mana YB Nizar di sahkan masih menjadi MB yang sah, jadi kita lihat apa kata mereka ini dan juga perkembangan lanjut berkaitan peristiwa ini :

Ulasan-ulasan mengenai keputusan YAS Hakim :

1. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman. ".......................................... "Alhamdulillah, saya mengucapkan tahniah kepada badan kehakiman negara kerana telah membuktikan bahawa keadilan harus dihormati dan rakyat harus menghormati undang-undang," katanya. Berita lanjut : KLIK

2. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu membuktikan sistem demokrasi di negara ini telah ditegakkan. Menteri Besar Kelantan itu berkata, dengan keputusan itu, sewajarnya semua pihak dapat menerima dengan hati yang lapang tanpa sebarang prasangka lagi. Berita lanjut : KLIK



3. Tuan Guru Nik Abdul Aziz "Saya bersyukur dengan apa yang berlaku. Saya juga berharap semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan dalam isu ini. "Biarlah isu ini berakhir dalam suasana aman dan diterima semua pihak," katanya. KLIK

4.Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohd Hashim, pula menyifatkan keputusan itu sebagai lambang kehakiman yang adil dan telus. KLIK

5. Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, ..................... "Keputusan Mahkamah Tinggi yang cukup penting hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar yang sah negeri Perak adalah satu kemenangan rakyat negeri Perak, demokrasi dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan di Georgetown.Berita lanjut : KLIK



6.Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata : " Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah keputusan yang menyebelahi rakyat. Berita lanjut : KLIK

7.Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar pula mengucapkan syukur ke atas kemenangan Nizar itu. Kemenangan itu katanya adalah kemenangan perjuangan rakyat yang mahukan perlembagaan dihormati selain signal jelas kepada BN bahawa apa yang mereka lakukan sebelum ini bertentangan dengan undang-undang. Berita lanjug : KLIK

8. Profesor Dr Abdul Aziz Bari...................." Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menghukumkan bahawa Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar yang sah memperkasa demokrasi di Perak khususnya dan di Malaysia umumnya............................................ "Kita harap keputusan ini memberi petanda bahawa ada harapan untuk kemunculan kehakiman yang bebas. Dan mudah-mudah ia fajar sadiq dan bukan fajar kazib," ujar pakar perlembagaan itu lagi. Berita lanjut : KLIK

9. ''Saya terima keputusan mahkamah itu dengan hati dan fikiran yang terbuka," kata Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.....................''Saya menyeru semua penyokong BN dan rakyat negeri Perak supaya bertenang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.. Berita lanjut : KLIK

10. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Perak supaya bertenang dan tidak terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah."Kita akan selesai segala masalah," kata Najib ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tersebut. Berita lanjut : KLIK
11. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata semua pihak perlu akur dan mematuhi keputusan mahkamah berhubung kedudukan siapa Menteri Besar di Perak. "Ia keputusan mahkamah... apa yang diputuskan, kadangkala kita menang dan kadangkala kalah. Ini juga sebahagian daripada proses kematangan politik yang kita lalui. KLIK

Nota : Lihat komen pemimpin dan penyokong PR. wow, melangit memuji YAA Hakim. Lihat dulu semasa YAA Hakim membuat keputusan memihak kepada Zambry dimana penggantungan 7 YB BN tidak sah . Separuh nyawa memaki hamun dan memfitnah YAA Hakim.

Juga bila YAA Hakim memutuskan perletakkan jawatan 3 ADUN PKR dan DAP melalui surat tanpa tarikh tersebut tidak sah dan ultra virus. Mengamuk separuh nyawa. Juga bertan-tan memaki hamun YAA Hakim.

Sekarang. wow, wow, wow, wow...................................PG pun wow, wow, wow, wow............tahniah, tahniah, tahniah.

Perkembangan kes :



1.Najib berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah hari ini."Kita akan merayu terhadap keputusan itu dan kita harap mendapat tarikh awal untuk melakukannya. Saya tidak boleh mengulas banyak kerana perkara ini masih dalam bidangkuasa mahkamah. Mungkin rayu esok

"Jadi, saya mahu katakana bahawa kita mempunyai kes yang kuat, kedudukan yang kuat dan kita akan merayu terhadap keputusan itu," tambahya.Ditanya sama ada pilihanraya mengejut patut diadakan, Najib menjawab: "Saya tidak dapat mengulas perkara itu kerana ianya bergantung kepada kebijaksanaan Sultan Perak." Berita lanjut : KLIK



2. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah hari ini menyatakan beliau akan memohon restu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).KLIK

3. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memfailkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memfailkan notis rayuan terhadap perisytiharan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Permohonan difailkan oleh Tetuan Zulrafiq & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan pada kira-kira jam 9.20 pagi dan dijangka didengar sebentar lagi. KLIK

4. Nizar gantung dua pegawai kanan. Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak menjalankan urusan hariannya dengan menggantung setiausaha kerajaan negeri Datuk Abdul Rahman Hashim dan penasihat perundangannya Datuk Ahmad Kamal Shahid.Keputusan menggantung dua pegawai kanan ini - dilihat dekat kerajaan BN sejak rampasan kuasa awal Februari lalu - dalam mesyuarat tergempar exco malam tadi. KLIK

5. Ku Li sokong DUN Perak dibubar. Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari. KLIK

6. Nizar masuk pejabat . Mohammad Nizar Jamaluddin yang disytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah semalam, pagi ini memasuki Pejabat Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK). KLIK

7. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mengharapkan Sultan Azlan Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, bagi membolehkan rakyat negeri itu membuat pilihan secara demokratik selepas Mahkamah Tinggi semalam memberikan kemenangan dari segi undang-undang kepada Pakatan Rakyat. Katanya, inilah masa yang terbaik bagi institusi Di Raja Perak yang amat dihormati sebelum ini, untuk membuktikan bahawa mereka adil dan saksama. KLIK

8.Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata keputusan itu juga di luar dugaan berikutan andaian sebelum ini Datuk Dr Zambry Abdul Kadir akan disahkan sebagai Menteri Besar. "Keputusan Mahkamah Tinggi mewujudkan krisis perlembagaan berterusan apabila tafsiran perundangan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mahkamah Tinggi berbeza dan ini menimbulkan suasana luar biasa kepada perlembagaan negeri. KLIK



9. Prof Madya Dr Ahmad Nizammuddin Sulaiman, berkata Perak juga berhadapan kemungkinan diadakan pilihan raya baru bagi menentukan pihak yang layak mentadbir negeri berkenaan.
"Bagaimanapun, kemungkinan pilihan raya baru itu hanya berlaku jika Zambry tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi dan Sultan Perak pula memperkenankan langkah Nizar membubarkan DUN," katanya. KLIK
10. Rayuan Zambry didengar 11.45 pagi. Mahkamah Rayuan di sini akan mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguh perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytihar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 11.45 pagi ini. KLIK

Penghuni Gua : Jalannya belum berpenghujung. Proses perundangan terus berjalan. Cuma satu aje. Jadi dari komen di atas, pembaca semua bolehlah fikir sendiri . Apa jadi sekiranya YAA Hakim membuat keputusan memihak BN? Ha ha ha ha ha. Kita tengok nanti apabila mahkamah Rayuan membuat keputusan. Jika keputusan sebaliknya memihak BN, alamatnya....................... bertan - tan le YAA Hakim di maki hamun.
Kerajaan menang kes tidak adil. PR menang adil. Ugrrrrrrrrrrrrrrrrhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Macam-macam tiori dan konspirasi le akan timbul. Biasalah. Cuma komen Tuan Guru Nik Aziz aje yang PG lihat sejuk hati untuk semua orang. Yang lain tu.....................hhmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm. Tahu sendiri le kalau dari PR tu.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR