FOLLOWERS

Friday 15 May 2009

RASUAH PAS : MELENTING NAMPAK AHMAD AWANG , Ahli Majlis Syura Pas


Utusan Malaysia

Buktikan jika betul - Ahmad


KUALA LUMPUR 14 Mei - "Perkara ini amat serius, kena buktikan kalau memang wujud. Jika tidak ia akan menjadi fitnah kepada parti."

Itu reaksi Ahli Majlis Syura Pas, Ahmad Awang ketika diminta mengulas gejala politik hadiah yang dikatakan berleluasa dan semakin ketara dalam parti tersebut menjelang pemilihan Jun ini.

Tegas beliau, perkara negatif sebegitu langsung tidak berlaku dalam Pas dan ia tidak boleh disamakan dengan apa yang menyerang UMNO.

"Sepanjang menyertai Pas, saya langsung tidak pernah mengetahui atau mendengarnya dan ia memang tidak berlaku. Walau tersembunyi sekali pun setiap perkara jahat akan terdedah juga. Tetapi masalahnya saya tidak pernah dengar.

"Saya bukannya hanya duduk di atas tetapi turut bersama dengan ahli termasuk merasmikan mesyuarat-mesyuarat cawangan dan kawasan dan ia memang tidak berlaku. Apabila Datuk Mohamed Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama Pas) yang dedah, pergilah tanya dan minta bukti daripada beliau," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : hai melenting nampak. Macam ya aje. Kalau tak ye, takkan melenting. Sebelum kata tak berlaku siasat dahulu. Bukannya ahli kokak yang dedahkan. Mohamad Daud tu pemimpin kanan PAS juga. Ulamak lagi. Takkan ulamak fitnah kot.


2. Bila ke pada badan sendiri , cepat aje nak sorok. Takkan nak keluar fatwa katakan itu sedekah. Kalau Ahmad Awang tak tahu rasuah dalam PAS berlaku , maknannya ketua kayu le namanya. Jadi ketua ni kita kena memantau bukan memantat ustat. Haram.


3. Jangan cepat nafikan. Jangan sorokkan. Bab duit, perempuan.......pada semua spesisi yang bernama manusia ni sama aje. Yang belum terlibat dengannya bukan baik cuma belum diuji oleh Allah. Yang dah diuji dan berjaya dalam ujian bagus le. Tetapi Apandi Ali bekas MP Jeli dulu pun makan duit haram juga ( tuntutan palsu dengan seorang YB lagi ) . Dua-dua kena tuduh di mahkamah. Tak rasuah ke wahai Ustat Ahmad Awang.


4. Buang serban kejab. Buka mata luas-luas. Pakai robotik eyes yang boleh lihat 3 dimensi. Itu baru pemimpin. Kalau tak ada yang mata robotik, pinjam aje mata iguana. Boleh tengok 360 darjah......he he he he .....


5. Suda-sudah le. Sama aje. Jangan nak mengata orang.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR