FOLLOWERS

Tuesday, 12 May 2009

YB NIZAR MB SAH : PANDANGAN PROF DR. ABD RANI KAMRUDDIN : UIAM


Apakah Hakim terkhilaf fakta Nizar tidak pernah ke...

1. Apakah Hakim terkhilaf fakta Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti?Apa hal dan logiknya meminta DUN dibubar jika masih memilik kepercayaan majoriti ADUN2 di DUN?

2. Bukankah tindakan Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar merupakan keakurannya (admission) beliau sudah tiada lagi sokongan majoriti.

3. Maka untuk mengatakan Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti adalah suatu kekhilafan fakta (error of fact) dipihak Hakim.

4. Tambahan pula, fasal 16(6) tidak juga menetapkan perkara tersebut hendaklah berlaku dalam sidang DUN, dan dalam hal ini tindak-tanduk Baginda Sultan dalam menentu-sahkan perkara tersebut (kehilangan majoriti) adalah bijak dan wajar.

5. Sukar menerima alasan YA Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim yang enggan menerima hujah bahawa 'perlu meletak jawatan' dalam Perkara 16 (6) UTKP bermaksud 'mandatori' serta Mohammad Nizar perlu meletak jawatan atau Baginda Sultan berhak menyingkir Mohammad Nizar dari jawatannya itu dan jawatan itu akan dianggap kosong.

6. Kita tunggu apa pula pandangan Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan samada tafsiran (question of law) Baginda Sultan Perak bahawa kepercayaan majoriti tidak semestinya diDUN serta hak Baginda Sultan secara implikasi/ tersirat menyingkirkan MB yang enggan meletakkan jawatannya dibawah fasal 16(6) UTKP.

7. Pada pandangan saya, tafsiran Baginda Sultan Perak lebih kukuh dan tafsiran Baginda tidak terkhilafpun disegi undang2. Sementara keputusan rayuan, keputusan YA Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim adalah pandangan yang mengikat Dato Zambry.
Nota : Saya tabik tindak-tanduk MB Dato Seri Nizar meninggalkan pejabat MB ekoran permohonan Dato Zambry membekukan keputusan Mahkamah Tinggi sementara keputusan rayuannya. Keputusan Sultan seharusnya juga dihormati tanpa perlu bertindak emosional.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah IIUM

Penghuni Gua : Semuga pandangan ini dapat menambahkan pengetahuan dan pemahaman kita mengenai kemelut yang berlaku di Perak dari pelbagai sudut. Keputusan akhir terletak di Mahkamah Rayuan dalam tempoh terdekat.

Sebarang keputusan YAA Hakim yang terbit dari rayuan Dr Zambry tersebut hari di mana dalam tempoh terdekat rayuan nya akan didengar : keputusan nya hendaklah diterima dengan fikiran yang positif dan terbuka. Jangan bila kalah YAA Hakim tak adil dan di pengaruhi oleh sesuatu pihak dan kalau menang, YAA Hakim adil dan bebas.

Kalau macam si Mahfuz komen tu, tak payah baca pun tak apa. Sebabnya pandangan Mahfuz tu adalah pandangan paling dangkal dari seorang yang bernama YB. Lihat posting saya sebelum ini mengenai komen Mahfuz di Harakahdaily hari ini. KLIK

1 comment:

  1. salam bro,

    semakin seronok politik di Perak sekarang ini. Di kampung pun dah banyak 'lawyer-lawyer' yang boleh mentafsir politik sekarang dari segi undang-undang. Tahniah orang kampung, sekurang-kurangnya menambah minat membaca org ramai.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR