FOLLOWERS

Wednesday, 13 May 2009

MENTERI WILAYAH CUCI TANGAN : REAKSINYA


1. Apa yang telah PG ulas semalam bahawa YB Menteri Wilayah Persekutuan seolah cuba mencuci tangan telah mendapat reaksi seperti mana PG ulaskan.

2. Jadi di masa depaan Menteri berkenaan harus lebih peka dan menerima sepenuhnya tanggungjawab bagi jawatan tersebut. Bukan hanya melawat sana sini ikut PM. Minta Dato Bandar, taklimatkan dengan betul semua rancangan terdahulu. Yang tak baik, hapuskan. Yang bagus kekalkan. Ada cadangan baru masukkan.

3.Jadi menteri ini kena jadi pemikir. Bukan dengar cakap orang bawah macam tunggul kayu. Menteri terus berfikir dan merangka pelan strategik jangka pendek dan jangka panjang dan merumuskan dasar baru serta hala tuju baru bagi kementeriannya.

4. Bukan mengkarung ( orang kelantan ke macam Pok Kor : binatang yang macam cicat dan asyik anggukkan kepala ). Jadi tugas menteri. Bukan bangun pagi baru nak fikir apa nak buat. Bangun pagi tu dah siap apa nakk buat dan dasar baru yang nak digubal. Juga pemantaun yang penting.

5. Lihat reaksi di bawah berkaitan cuci tangan ini.


Malaysiakini

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan yang baru, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersikap cuba lepas tangan terhadap isu pemindahan penduduk setinggan di kawasan Indian Settlement di Kampung Pandan.

Timbalan ketuanya, Herman Samsudeen mendakwa, menteri berkenaan cuba lepas tangan dengan menyatakan proses penempatan semula penduduk terbabit adalah kesinambungan usaha menteri terdahulu, Datuk Zulhasnan Rafique."

Sewajarnya beliau tidak mengikut secara membuta tuli dasar yang dibuat Zulhasnan. Sepatutnya beliau sendiri turun dan bertemu dengan rakyat di Kampung berkenaan," katanya dalam satu kenyataan. Berita lanjut : KLIK

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR