FOLLOWERS

Tuesday 26 May 2009

DYMM SULTAN SELAANGOR , DYMM SULTAN KELANTAN, DYMM RAJA FARIS PETRA


Berita Harian
26 mei 2009

Sultan Selangor selamat kembali ke tanah air

SEPANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selamat pulang ke tanah air semalam, selepas menjalani pembedahan jantung (Mitral Valve Repair) di Pusat Perubatan Stanford University di Palo Alto, California pada 2 Mei lepas. Pesawat yang membawa baginda mendarat kira-kira pukul 3.40 petang dekat Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.


Sebaik turun daripada pesawat, baginda yang berjaket coklat dan berseluar hitam kelihatan ceria sambil bersalaman dengan kenamaan dan pegawai kanan kerajaan negeri yang menunggu ketibaan baginda. Turut berangkat menyambut ketibaan baginda ialah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Berita lanjut : KLIK


Berita Harian
26 mei 2009





Pelantikan sehingga Sultan Kelantan sembuhKOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja sehingga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang kini gering sembuh. Pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra itu diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri mengikut Perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (bahagian kedua). Berita lanjut : KLIK




Penghuni Gua : PG melahirkan rasa syukur atas kesihatan DYMM baginda Sultan Selangor dan DYMM Sultan Ismail Petra yang beransur pulih dari kegeringan. Semuga KDYMM Tuanku berdua terus dirahmati Allah sentiasa dan agar cepat pulih dari kegeringan.


2. KDYMM Raja Faris Petra : semuga perlantikaan ini akan mematangkan lagi Tuanku di dalam memerintah negeri. Daulat Tuanku.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR