FOLLOWERS

Tuesday, 12 May 2009

MENTERI WILAYAH DAH MULA NAK BELAJAR CUCI TANGAN ?


Malaysiakini

Pemindahan usaha menteri terdahulu
Muda Mohd Noor May 12, 09 4:55pm

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata proses penempatan semula setinggan di Indian Settlement, Kampung Pandan adalah kesinambungan usaha menteri terdahulu."Saya hanya meneruskan apa yang telah dilakukan oleh mereka," tambahnya. KLIK

Berita berkaitan:

Protes di DBKL esok dibatalkan
Abdul Rahim Sabri May 12, 09 3:28pm

Rancangan penduduk Indian Settlement, Kampung Pandan mengadakan bantahan di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok telah dibatalkan: KLIK

Penghuni Gua : Hai Menteri Wilayah. Anda baru 2 ke 3 hari jadi Menteri. Dah mula nak cuci tangan. Mana boleh seorang YB yang bertaraf menteri bercakap sebegini. Ia seolah memburukkan Menetri sebelumnya.

Setelah anda menerima tugas sebagai menteri Wilayah maka segala beban dan tanggunjawab adalah di atas bahu anda. Jangan lagi nak menuding jari kepada menteri sebelumnya. Anda bertanggungjawab sepenuhnya. Jika menteri sebelumnya dilihat membuat keputusan silap, anda berkuasa membatalkannya.

Apa pun niat anda berkata demikian, pada PG ianya tidak sepatutnya keluar dari mulut anda. Cakap begini hanya layak kepada pekerja bawahan sahaja ( itu pun tak semua ) . Bertanggungjawab atas tugas kita.

Yang lepas biar berlaku.Jika silap , anda mengubahnya. Tak perlu heboh menuding jari. Ini baru 2 hari jadi menteri. Masalah di atas tu bukannya besar sangat. Bincang dengan penduduk dan semua pegawai kanan DBKL. Jangan beri muka kepada mereka ini untuk duduk diam dan menasihatkan YB Menteri sebegini.

Jadi sebelum mengeluarkan kenyataan seperti di atas, timbang dulu nasihat yang diberi oleh pegawai-pegawai ini. Mereka ini pun ada kepentingan. Jangan harapkan penyokong, sokongan membawa rebah. Dan harapkan pagar, pagar makan akar-akar padi.

Berhati-hati Dato. Masa depan Dato masih panjang. Nyawa karier politik kita tak panjang jika asyik menuding jari.............. Itu je le pandangan saya.

1 comment:

  1. salam tuan,
    agak-agak menteri jawab begitu kerana mengikut KPI yang so koon buat...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR