FOLLOWERS

Wednesday 27 May 2009

DATO A. KADIR JASIN MENULIS TENTANG PETRONAS !




Dipetik dari Blog : The Scribe A Kadir Jasin

Wednesday, May 27, 2009

Kewibawaan Petronas Wajib Dipertahankan


1. SAYA perhatikan ramai pemblog dan pembahas mereka telah mula membincangkan perkembangan di Petronas dengan penuh emosi.Saya tidak salahkan mereka. Dalam hal ini, kita rakyat Malaysia berhak menjadi emosional.

2. Kelangsungan Petronas adalah tanggungjawab kita semua.Isu yang membakar emosi itu adalah ura-ura pelantikan seorang muda lulusan Oxford yang seangkatan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas seorang menteri untuk menduduki lembaga pengarah Petronas.

3. Orang muda lulusan Oxford itu dicamkan sebagai Omar Mustapha Ong, bekas Pegawai Khas Mohd Najib Abdul Razak ketika Mohd Najib menjadi Timbalan Perdana. Bekas menteri itu pula dikatakan Syed Abdul Hamid Albar.Walaupun pelantikan mereka masih di alam misteri, cakap-cakap mengatakan Omar akan dilantik ahli lembaga pengarah manakala Syed Hamid pengerusi bagi menggantikan Mohamed Hassan Marican.

4. Oleh kerana Petronas terletak terus di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, sebarang pelantikan tidak akan berlaku tanpa kehendak dan pengesahan beliau.Jadi tidak hairanlah kalau ramai pemblog dan pembahas mereka mengaitkan ura-ura pelantikan Omar dan Syed Hamid dengan Perdana Menteri.Saya kenal Omar.

5. Daripada perwatakan, dia sederhana dan nampak cerdik. Yang menjadi masalah adalah pertaliannya dengan Mohd Najib dan Khairy.Omar adalah pemegang tampuk Ethos Consulting Sdn Bhd, sebuah firma perundingan korporat. Laporan The Star mengenai Ong pada tahun 2006, antara lain, menyebut:

" Ethos Consulting Sdn Bhd has appointed Omar Mustapha managing principal and director effective Feb 1.Prior to his appointment, Omar served as special assistant to Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on matters of public policy, international relations and the corporate sector.Omar was co-founder of Ethos Consulting together with the late Dr Liew Boon-Horng and has worked closely as joint managing principals since the firm’s founding in June 2002.He left the firm to join the Deputy Prime Minister’s staff in February 2004.”

6. Walaupun dia meninggalkan Mohd Najib untuk menguruskan Ethos Consulting, namun Omar tetap rapat dengan Mohd Najib dan dipercayai terus terbabit dengan kegiatan beliau.Seperti banyak institusi dan syarikat yang rapat dengan Khairy dan persekongkolan Tingkat Empat, Ethos Consulting dilaporkan mendapat banyak kerja perundingan kerajaan, khas untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

7. Ura-ura pelantikan Omar ke lembaga pengarah Petronas menjadi berita sensasi di Internet kerana banyak pihak bimbang akan berlaku campur tangan luar ke atas syarikat minyak negara itu serta kemungkinan terjadi eksploitasi ke atas kontrak serta asetnya.Kebimbangan ini boleh difahami kerana di bawah Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, persekongkolan "Tingkat Empat" dan "budak-budak PM" telah mencetuskan pelbagai kontroversi seperti dalam urus niaga ECM-Libra, AirAsia, pembinaan terminal penerbangan murah (LCCT) dan penjualan Pantai Holdings kepada Parkway, Singapura.

8. Apa pun kebenaran kepada ura-ura ini, kepentingan dan kewibawaan Petronas wajib dipertahankan. Sebarang tindakan yang mengancam kepentingan dan kewibawaan Petronas oleh sesiapapun wajib didedah dan disekat.Namun, keyakinan dan harapan boleh diletakkan di atas bahu Mohd Najib kerana dia bukan sahaja Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi dia kenal Petronas sejak syarikat itu ditubuhkan ketika pentadbiran ayahnya, Abdul Razak Hussein.

9. Pekerjaan pertama Mohd Najib setelah pulang dari pengajian di England adalah di Petronas sebagai pegawai di Jabatan Perhubungan Korporat.Ketika itu, kalau tidak silap saya, Tengku Razaleigh Hamzah adalah Pengerusi dan Junus Sudin (Datuk) -- bos saya yang baik hati di NSTP -- adalah Pengarah Urusan.Saya sendiri mula membuat laporan mengenai Petronas pada tahun 1976 untuk akhbar The Business Times ketika rundingan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) dengan syarikat-syarikat minyak asing dijalankan.

10. Hari ini, berkat kecekapan dan integriti pegawai-pegawai Petronas yang majoritinya Bumiputera, dan tanpa campur tangan yang negatif daripada kerajaan, Petronas muncul sebagai salah sebuah syarikat terbesar di dunia.Senarai majalah Fortune Amerika Syarikat meletakkan Petronas sebagai syarikat yang ke-95 terbesar di dunia tahun lalu. Sebahagian besar pendapatannya kini hasil daripada kegiatan di luar Malaysia.

11. Petronas adalah pengarak panji-panji negara di persada dunia.Jadi, sebesar mana pun keperluan memberi pangkat dan jawatan persaraan kepada bekas menteri, operator politik atau rakan taulan, kepentingan Petronas dan kepentingan rakyat jelata jangan sekali-kali diperjudikan.Kalaupun perlu melantik seorang pengerusi baru bagi memisahkan tugas lembaga dan pengurusan Petronas, calonnya biarlah bukan dari kalangan politik.

12. Ingat jugalah kepada legasi Allahyarham (Tan Sri) Azizan Zainol Abidin bekas Pengerusi Petronas dan hormatilah orang dalam Petronas yang telah membuktikan kepakaran dan integriti yang tinggi.Ura-ura sebeginilah yang memberi alasan kuat kepada pihak-pihak yang mahu Petronas bertanggungjawab kepada kuasa yang lebih universal seperti Parlimen untuk terus memperjuangkan tuntutan mereka.

13. Kepada rakan-rakan blogger, mungkin elok bagi sesiapa saja yang berkepakaran di bidang petroleum, perniagaan global dan urus tadbir korporat membuka sebuah blog khas untuk mengawasi dan memantau perkembangan di dalam Petronas agar ia tidak dilarikan (hijack) oleh pihak-pihak yang rakus.[NOTA KAKI] -- Mohon maaf kalau saya terlambat membaca dan menyiarkan komen-komen Saudara dan Saudari. Saya terpaksa berulang alik ke kampung di Kedah kerana ayah saya sedang sakit dan emak perlukan sokongan emosi.

Posted by A KADIR JASIN at 11:57 AM

Penghuni Gua : PG setuju 100% pandangan di atas. Jangan sesekali melantik orang politik apatah lagi seperti yang disebutkan di atas. Biarkan petronas dipimpin oleh mereka yang profesional dan lebih berintegriti seperti Hassan Merican atau lebih baik lagi.

2. Selamatkan PETRONAS. DS Najib perlu menjaga PETRONAS ini seperti menjaga anak sendiri. Ini kerana Petronas dilahirkan oleh bapanya. Jadi jagalah sebaik mungkin dan fikir semula perlantikan bekas menteri ini .

3. PG tak setuju benor dengan cadangan perlantikannya walau dengan apa alasan pun. Sebanya : Memang tak suka. TST.

1 comment:

  1. Mohd Omar Ong bin Mustapha Ong was a scholar of Petronas. He was offered scholarship in May 1989 to do A-level in the UK and to study in Oxford University. He has repeatedly defaulted from his obligation in the scholarship agreement with Petronas.

    The revelation of Omar Ong’s appointment as a member of the Board of Director of Petronas will mean that the Board of Direcor have honoured a scholarship defaulter with this appointment.

    Omar completed his study and graduated from Oxford with a Bachelor’s degree in Politics, Philosophy and Economics. On February 16th, 1995 he joined Petronas as Executive. He later resigned and join Multimedia Development Corporation (MDC) on February 1st, 1997.

    Omar was employed for nearly 2 years and at the time of resignation, had not fulfill his compulsory service. Petronas agreed to transfer the compulsory service to MDC being another Government Company..

    His stinct with MDC lasted few months more than 3 years for he resigned on March 31, 2000. This is in breach of the scholarship agreement and he was informed by the Education Services Unit on June 2000.

    Consequently, he was issued a Letter of Demand in January 2001 from the Legal Service Unit of Petronas. By September 2001, Lee, Hishamuddin & Co. was appointed to start proceeding against Omar. Judgement was obtained against Omar in February 2003.

    After MDC, Omar joined McKinsey & Co, London, and operated in Kuala Lumpur. He later co-founded Ethos & Co. in February 2002.

    In February 2004, he was appointed Special Officer 1 to the Deputy Prime Minister. A deed of settlement was signed in May 2005 and he was to serve the Government of Malaysia for an assigned period of 4 years 10 months. In the event of another breach of contract, he will be required to pay a settlement of RM120,000.

    Omar resigned and rejoined Ethos & Co. in February 2006.

    Appreciate you could publish this comment in your blog in order to get reactions from Omar Ong or Petronas to this revealed details.

    This should serve to alert Najib that the man he agreed to be appointed as Director for Petronas is a Petronas Scholar who defaulted on his loan.

    Najib's insistance on the Board of Director of Petronas to appoint Omar Ong will put them in a difficult position to breach their own internally long practised policies and will be expected to be given exception.

    As another Petronas Scholar, I ask why should defaulter Omar be an exception?

    Petronas Scholar

    ReplyDelete

PETA PELAYAR