Utusan Malaysia
Kayveas bukan Presiden PPP?
Oleh HELMI MOHD. FOADpengarang@utusan.com.my
Oleh HELMI MOHD. FOADpengarang@utusan.com.my
...........................................................................Dalam tindakan terbaru itu, tiga orang ahli PPP dengan dua daripadanya telah dipecat sebelum ini bertindak membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa sebenarnya Kayveas sudah kehilangan kelayakan memegang sebarang jawatan parti itu sejak 2005.
Jurucakap kumpulan itu, S. Muthulingam berkata, ini kerana Kayveas telah didenda sebanyak RM5,000 di bawah Seksyen 103D, Akta Profesion Undang-Undang 1976 pada 17 Mac 2005.
Ini sekali gus menyebabkan Kayveas tidak layak menjadi Presiden sehingga selepas lima tahun daripada tarikh tersebut.
''Seksyen 9A (1) (b) akta tersebut menyebut bahawa seseorang yang disabitkan kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun di bawah mana-mana undang-undang, maka orang itu tidak layak memegang apa-apa jawatan suatu pertubuhan berdaftar. ....................Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Selamat jalan Kayveas. Selamat tinggal : salam dan ucap selamat dari BN ( harap BN ucap selamat tinggal lebih awal sikit sebelum PRU ke 13. ).
2. BN tidak sepatutnya mengambil masa terlalu lama bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Kayveas dan PPP. Parti ini termasuk pemimpinnnya perlu cepat dinyahkan dari BN. BN tidak dapat menafaat apa-apa pun dengan PPP berada di dalam keluarga BN.
3. Menyusahkan ada. Tiada sebarang keuntungan diperolehi BN. Parti yang paling kuat Demand dan mengugut BN tahkala BN sedang sakit. Parti dan pemimpin yang tidak tahu erti kesetian kepada rakan dan keluarga sepatutnya awal-awal lagi dinyahkan keluar.
4. Ini lebih mudah BN menyusun strategi bagi memantapkan BN. Kita dah tahu siapa musuh dan siapa rakan setia. Parti dan pemimpin nya ini kerap menikam BN dari belakang. Jadi dalam keadaan sekarang, BN sesekali jangan memberi ruang dan muka kepada Parti dan pemimpin jenis ini. Biar mereka tahu langit itu tinggi atau rendah.
5. Kepada BN , jangan sesekali membantu parti dan pemimpin ini menyelesaikan masalah mereka. Lebih baik menganggapkan PPP dan 2 presidennnya sudah tiada di dalam BN. BN perlu fokus kepada bagaimana memperkuatkan kembali BN tanpa PPP. Lebih mudah dan cepat serta licin tanpa gangguan dari nyamuk dan anai-anai ini.
6. Kepada PPP, inilah balasan di atas ketidak setian anda kepada BN / rakan. Anda telah menerima balasannya. Selamat jalan. Hayat anda semakin hampir.........................
No comments:
Post a Comment