FOLLOWERS

Sunday 31 May 2009

Keterangan yang peroleh secara tidak sah:Adakah keterangan sebegini boleh diterima ?



Nota : Nota lama Kuliah PG berkaitan undang-undang keterangan. Mungkin dengan paparan ini akan memberikan kita lebih sedikit kefahaman berkaitan undang-undang keterangan dan juga bagi pelajar-pelajar baru perundangan. Mungkin ini boleh membantu.


Keterangan yang peroleh secara tidak sah
Adakah keterangan sebegini boleh diterima ?



1. Pemereksaan dan rampasan tertakluk kepada beberapa syarat dan pekara tidak wajar akan timbul jika syarat tersebut tidak diikuti. Contohnya jika pemereksaan dilakukan tanpa waran bongkar dan tanpa senarai barangan dibuat, adakah ianya masih diterima sebagai keterangan?.

2. Beberapa siri kes tempatan dilihat berprinsip :

Walaupun ianya diperolehi secara tidak sah /tidak wajar bukanlah menjadikan ia tidak boleh diterima. Ujian dibuat adalah samada ianya relevan dan diterima di bawah Akta Keterangan.

Peraturan keterangan ini juga terpakai dalam kes-kes perangkap (entrapment) atau melalui agen provocateur (penyamaran ).

3. Seksen 3 – untuk fakta relevan diterima, fakta relevan itu mestilah relevan secara logik dan juga relevan secara sah. Perkara ini dapat dilihat pada definisi di bawah seksen 3 yang berbunyi :

Satu fakta dikatakan relevan dengan fakta lain apabila ia berhubung dengan cara dirujuk di bawah peruntukan akta ini berkenaan dengan fakta-fakta relevan.

(one fact is said to be relevant to another when the one is connected with the other in any of the ways referred to in the provisions of this Act relating to the relevancy of facts.)

4. Dengan itu relevan sah bermaksud fakta relevan mestilah fakta relevan kepada seksen di bawah akta keterangan mengenai fakta relevan (lihat seksen 6-55).

Seksen 5 telah mengistiharkan apakah dikatakan keterangan relevan iaitu keterangan di istiharkan relevan di bawah akta keterangan dan bukan yang lain. Signifiken seksen ini adalah muncul :

5. Apa saja yang tidak disediakan di bawah akta ini adalah tidak relevan dan oleh kerana itu tidak boleh diterima. Berikutan dengan itu hanya keterangan yang diistihar relevan di bawah akta ini boleh ditimbang sebagai keterangan kehakiman.

(Evidence may be given in any suit or proceeding of the existence or non-existence of every fact in issue and of such other facts as are hereinafter declared to be relevant, and of no others.)

6. Seksen 136 – mahkamah akan membuat keputusan akan kebolehterimaan sesuatu keterangan dan bertanya akan relevannya fakta yang hendak dikemukakan.

(When either party proposes to give evidence of any fact, the court may ask the party proposing to give the evidence in what manner the alleged fact, if proved, would be relevant; and the court shall admit the evidence if it thinks that the fact, if proved, would be relevant, and not otherwise)

7. Seksen 165 – Hakim mempunyai kuasa untuk bertanya soalan mengenai sebarang fakta relevan dan fakta tidak relevan, tetapi penghakiman mestilah berdasarkan pada fakta yang diistihar oleh Akta Keterangan sebagai relevan atau terbukti sepenohnya.

(The Judge may, in order to discover or to obtain proper proof of relevant facts, ask any question he pleases, in any form at any time, of any witness or of the parties, about any fact relevant or irrelevant; and may order the production of any document or thing; and neither the parties nor their agents shall be entitled to make any objection to any such question or order, nor, without the leave of the court, to cross-examine any witness upon any answer given in reply to any such question):

8. Soalannya adakah keterangan di perolehi secara tidak sah diterima?.

Pada tahun 1987, dalam kes kes *Re Kah Wah Video (Ipoh), Sdn.Bhd [1987] 2 MLJ 459 hakim Edgar Joseph.

9. Petikan dari kes Kuruma V R [1955] AC 197 yang antara lain berkata

“Ujian digunakan bagi menimbang samada keterangan diterima atau tidak adalah samada ianya relevan dengan perkara yang menjadi isu. Jika ianya relevan maka ia boleh diterima dan mahkamah tidak mempedulikan bagaimana keterangan terebut di perolehi”

( the test to be applied in considering whether evidence is admissible is whether it is relevant to the matter in issue. If it is, it is admissible and the court is not concerned with how the evidence was obtained ).

10. *Saminathan V PP [1937] 1 MLJ 39.

Dalam kes ini pegawai polis yang bukan di takrif sebagai pegawai kanan polis mengikut definisi seksen 2 Enekmen Pertaruhan telah masuk dan memereksa bilek perayu dan menangkap serta menuduhnya atas kesalahan menjalankan rumah pertaruhan awam. Perayu telah disabitkan dengan kesalahan. Dalam rayuan, beliau mempertikaikan bahawa beliau telah ditangkap secara salah, sabitan tidak boleh dibuat dan dokumen dirampas oleh polis tidak boleh diterima (admissible) kerana ianya di peroleh secara tidak sah . Hakim Aitken memutuskan

“ legality tidak dipedulikan oleh mahkamah yang membicarakanya dan magistrate hanya mengambil perhatian kepada dokumen yang relevan dan tidak bagaimana cara polis mendapat pemilikannya “

( the legality does not concerned the court which is trying him and the magistrate was only concerned with the relevancy of the documents and not with the manner in which the police obtained possession of them).

11. *Wong Liang Nguk v PP [ 1953] MLJ 246

– hakim telah mengenepikan keputusan keterangan yang diperolehi secara tidak sah sebagai tidak boleh diterima. Tuduhan dibuat ke atas seorang perempuan kerana membantu dalam pengedaran loteri haram di bawah Akta Rumah Judi Terbuka . Keretanya telah tahan dan dipereksa oleh pegawai polis yang tidak diberi kuasa di bawah akta tersebut dan adalah jelasnya pemereksaan dan rampasan itu tidak sah. Walau bagaimanaun Hakim Thomson berkata

“ Secara umum dikatakan fakta keterangan yang diperolehi secara tidak sah, tidak memberi kesan kepada kebolehterimaan (admissibility). Jika pegawai polis dalam kes ini tidak mempunyai kuasa untuk memereksa, tidak diragukan ia akan terdedah kepada tindakan sivil , tetapi soalan kuasanya untuk memereksa adalah sepenohnya tidak relevan dengan kebolehterimaan kenyataan keterangannya tentang apa yang dijumpai semasa proses pemereksaan. Ianya terlalu jelas (abundantly clear) sebagai prinsip umum. Berhubung dengan perkaitan kes sebegini ianya telah diterima lama dulu pada tahun 1936 oleh hakim Aitken dalam kes Saminathan V PP”.

12. *PP V Foong Kow & Ors [1967] 1 MLJ 141 hakim berkata

“ Masuk dan pemereksaan secara tidak sah oleh polis boleh menimbulkan tindakan tuntutan ganti rugi….. Tetapi illegalty tersebut tidak boleh melemahkan (vitiate) sebarang pembicaraan (trial) sesiapa yang berada di dalam premis yang didapati melakukan kesalahan semasa serbuan dibuat atau menyebabkan sebarang keterangan berkaitan atau dokumen yang dijumpai tidak boleh diterima. “

13. *P.P V Seridan [1984] 1 MLJ 141.

Pihak polis telah menjalan penyiasatan tanpa mendapat arahan untuk menyiasat seperti peruntukan seksen 108(2) CPC. Magistrate telah menggunakan pemikiran kegagalan untuk mendapat arahan ini menjadikan pembicaraan tidak sah dan tertuduh dilepas dan dibebaskan. Hakim Peh Swee Chin mengenepikan arahan dan mengarahkan pembicaraan semula. Antara lain beliau merujuk kepada kes Kuruma di mana keterangan yang diperolehi secara tidak sah sekiranya relevan kepada perkara menjadi isu maka ia boleh diterima. Berliau berkata lanjut, walaupun pembicaraan tersebut menjadi tidak sah, magistrate tidak boleh memberi arahan dibebas dan dilepaskan tetapi hendak dibebaskan tanpa dilepaskan ( DNAA). (nota : adalah jelas walaupun keterangan di peroleh secara tidak sah, keterangan tersebut masih boleh diterima sekiranya ianya relevan kepada perkara yang menjadi isu ).

14. Kes yang mengepalai Re Kah Wah Video (Ipoh), Sdn, Bhd [1987] 2 MLJ 459.

Kes adalah video cetak rompak di bawah Akta Hak Cipta,1969. Polis dengan waran bongkar telah menyerbu sebuah kedai dan merampas sebahagian dari pita video yang tidak tersenarai di dalam waran bongkar. Tertuduh membantah bahawa pita video telah dirampas secara tidak sah. Hakim Edgar Joseph Jr berkata

“Lebih 30 tahun lepas , Lord Goddard dalam memberi nasihat kepada ahli jawatan kuasa kehakiman privy counsel dalam kes Kuruma V R [1955] AC 197 berkata diantaranya “ ujian yang digunakan untuk menimbangkan samada keterangan itu di terima adalah samada ianya relevan kepada perkara yang menjadi isu. Jika relevan, ianya boleh diterima dan mahkamah tidak mempeduli bagaimana keterangan itu telah diperolehi”.

15. Landmark (mercu tanda ) kes Kuruma v R [1955] AC 197

Perayu telah ditahan oleh polis dan di periksa badan mengikut Peraturan 29, Peraturan Darurat, Kenya di mana di bawah undang-undang berkenaan hanya polis berpangkat penolong inspector berkuasa untuk menahan dan memereksa seseorang. Isu dihadapan Privy Counsel adakah keterangan peluru yang dijumpai dalam milik perayu boleh diterima oleh kerana ia telah diperolehi secara tidak sah. Lord Goddard berkata “

“ Ujian yang digunakan untuk menimbangkan samada keterangan itu di terima adalah samada ianya relevan kepada perkara yang menjadi isu. Jika relevan, ianya boleh diterima dan mahkamah tidak mempeduli bagaimana keterangan itu telah diperolehi. Walau bagaimanapun mahkamah mempunyai budibicara untuk menerima atau tidak menerima sekiranya cara mendapat keterangan adalah melalui cara kejam atau cara penindasan”.

*lihat cabutan kes pernoh disertakan.

16. R v Sang [1980] AC 402

– tuduhan adalah bersubat dalam memalsukan wang kertas. Tertuduh dimasukkan ke dalam lokap dan seorang pegawai polis telah menyamar sebagai agen provocateur dan tertuduh di perangkap melakukan kesalahan. Peguam memohon mahkamah menggunakan budibicaranya untuk keterangan berkenaan ditolak. .Diputuskan hakim tidak mempunyai kuasa budibicara dalam kes berkenaan kecuali dalam hal pengakuan dan pengakuan salah (admissions and confessions ).

“Hakim tidak mempunyai budibicara untuk tidak menolak keterangan relevan atas sebab ianya telah di perolehi dengan cara tidak wajar atau tidak adil. Mahkamah tidak mempeduli bagaimana ia diperolehi dan tidak mempunyai sebab untuk menggunakan budibicara bagi menolak (exclude) keterangan yang diperolehi akibat aktiviti seorang agen provocateur.

(oleh demikian, pintu untuk menggunakan budibicara untuk menolak keterangan yang diperolehi secara sah ditutup ).

* lihat cabutan kes penoh disertakan.

17. PP v Han Kong Juan [1983] 1 CLJ 245

– kes dadah dan tertuduh diperangkap menggunakan agen provocateur. Hakim Lim Beng Choon berkata

“ Seperti di England , di Malaysia tidak ada kesalahan memerangkap (entrapment) kecuali dalam hal pengakuan dan pengakuan salah. Selagi keterangannya relavan maka ia boleh diterima walaupun diperolehi secara tidak sah.”

18. Ramli Bin Kechik v PP [1986] 1 CLJ 308 mahkamah agong menerima keputusan kes R V Sang.

Mendapat keterangan yang tidak sah telah mengambil bentuk yang berlainan dalam kontek moden iaitu keterangan yang diperolehi dengan memintas komunikasi pos, telegraf atau sebarang bentuk komunikasi lain. Kes Kuruma masih terpakai, tetapi untuk keselamatan beberapa undang-undang menyatakan kandungan khusus membenarkan pemintasan dan dengan itu menjadikannya sah. Contohnya di bawah seksen 27A DDA, seksen 11, Akta Colek, 1961 dan peraturan 23 ESCAR.

19. Isu budibicara dalam keterangan diperolehi secara tidak sah


Kuruma v R [1955] AC 197 Lord Goddard berkata

“tidak diragukan dalam kes jenayah hakim sentiasa mempunyai budicara untuk tidak membenarkan keterangan sekiranya peraturan ketat penerimaannya beroperasi secara tidak adil kepada tertuduh”.

20. Dalam kes Callis V Gunn [1964] 1 QB 495 Lord Parker berkata

“budibicara itu sebagaimana saya faham, tentunya boleh diguna untuk menolak keterangan sekiranya terdapat cadangan ianya diperolehi secara penindasan, representasi palsu, penipuan (trick), ugutan (threats), rasuah atau sebarang benda berbentuk demikian”.

*lihat cabutan kes penoh sertakan.

21. R V Murphy – ujian wajar budibicara adalah pada keseimbangan gravity tuduhan, kedudukan defendant dan cara mendapatnya.

22. Jeffrey v Black [1978] 1 ALL ER 155

– budibicara bukan terhad kepada kes tertentu.. hakim mempunyai budibicara pada setiap masa pada setiap keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa.

*lihat cabutan kes penoh disertakan.

23. R V Ameer hakim memberi sebab menggunakan budibicaranya menolak keterangan pendakwa dalam kes memerangkap.

“dengan mengambil kira keadaan kes keseluruhannya dan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa yang muncul pada saya sangat tidak memuaskan ……”

24. Di United Kingdom kuasa budibicara untuk menolak keterangan diperolehi tidak sah dimasukan ke dalam undang-undang melalui seksen 78 Police and Criminal Evidence, 1984.

25. Di Malaysia dan Singgapura ianya masih tidak pasti oleh kerana belum terdapat soalan ini dikemukakan di Mahkamah dengan beberapa pengeculian peraturan umum di bawah seksen 24- 30 dan seksen 113 CPC dan beberapa undang-undang berkaitan (di bawah seksen ini mahkamah tidak ada pilihan kecuali menolak pengambilan keterangan secara tidak sah)

26. Kes di Singgapura Cheng Swee Tiang v PP [1964] 30 MLJ 291 ianya adalah kes memerangkap (entrapment ). Hakim Wee Chong Jim berkata

“undang-undang yang tidak dapat dipertikaikan , jika keterangan diperolehi secara tidak sah diterima, mahkamah mempunyai budibicara kehakiman untuk tidak membenarkan keterangan itu sekira penerimaannya akan beroperasi secara tidak adil terhadap tertuduh “.

27. Walau bagaimanpun hakim Ambrose keluar dari pandangan majoriti ini dan dengan tegas menyatakan pendapatnya budibicara menolak keterangan diperolehi secara tidak sah tidak ada. (exclusionary discretion did not exist).

28. *Ajmer Singh v PP [1987] 2 MLJ 141.

Perayu telah dituduh kerana menunggang skuter dalam keadaan mabuk yang menjadi kesalahan di bawah akta trafik. Dia didapati bersalah. Perayu membuat rayuan atas alasan contoh darahnya telah ambil secara tidak sah kerana tanpa keizinan, Hakim telah merujuk kepada kes R V Thung yang mempunyai fakta yang sama dengan kes di England di mana pengambilan contoh darah secara tidak sah adalah keterangan relevan dan hakim betul dalam tindakannya dengan tidak menolak keterangan berkenaan.(bermaksud pengambilan darah tanpa keizinan boleh diterima).

29. Dalam R V Sang pintu untuk menggunakan kuasa budibicara menolak keterangan diperolehi secara tidak sah telah ditutup kecuali pada kes pengakuan dan pengakuan salah. Kedudukan di Malaysia dengan keputusan kes Ramli dan Han Kong Juan [1983] 1 CLJ 245 nampaknya serupa.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR