FOLLOWERS

Saturday 23 May 2009

NAK PANJANG UMUR JADILAH BLOGGER


Utusan Malaysia
23 mei 2009


MADRID 22 Mei - Seorang warga emas negara ini yang mengumumkan dirinya sebagai blogger tertua di dunia dan mendapat perhatian global melalui Internet, meninggal dunia semalam pada umur 97 tahun, lapor pegawai dan laporan media.

Maria Amelia Lopez, yang diperkenalkan kepada dunia blog oleh seorang cucunya, menggabungkan unsur humor dan nostalgia ketika mengenangkan kehidupan semasa pemerintahan diktator Francisco Franco, menjadikannya popular.

''Hari ini adalah hari jadi saya dan cucu saya yang sangat kedekut memberikan saya satu blog,'' tulis Lopez pada cerita pertama di dalam blognya iaitu amis95.blogspot.com pada 23 Disember 2006. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG cukup kagum dengan semangat wanita/nenek di atas. Hendak seribu daya dan tak hendak seribu dalih.
2. Jangan sia-siakan umur dan ilmu kita dengan hanya berdiam diri daan hanya bercakap di kedai kopi ( mengumpat tanpa tanggungjawab ) tanpa ada sebarang catatan. Dengan memasuki alam blog ini, paling tidak pun kalau tidak pandai menulis, kita hanya perlu menulis tentang diri kita, pengalaman kita dan sejarah hidup kita.

3. Mungkin semua itu dapat membantu sedikit sebanyak manusia yang hidup erti kehidupan dari sudut pandangan yang berbeza.

4. Itu yang menyebabkan PG serta dunia ini walaupun bukan bagus sangat tulisanya. Walau bagaimana pun PG memegang prinsip , PG hanya mahu luahkan pendapat dan pandangan PG pada khalayak. Mereka setuju atau tidak, marah ke atau suka ke, puji ke atau kena keji, PG tak peduli.

5. Blog hanyalah medan untuk luahkan pandangan kita berdasarkan hujah. Juga kadangkala mengambil pandangan mereka yang lebih baik dan disiarkan diblog kita. Dan kita belajar dari mereka yang lebih baik.

6. Blog bukan tempat berdebat. Nak berdebat buat forum lain. Jauh sekali maki hamun dan fitnah.

7. Sebab itu PG tidak melayan sebarang komen yang penuh dengan maki hamun. Jika ada komentar dan PG akan respon sekali sahaja. Jika mereka masih menjawab tak setuju dan minta pandangan lain, PG tak akan respon. Ini blog. Bukan forum debat.

8. Nak maki hamundan fitnah , baik cakap di kedai kopi. Dalam blog kalau anda fitnah maka siap le kena saman. Lihat le blogger-blogger kampung di Malaysia ini. Mengata dan memfitnah orang sedap aje dalam blog. Tak mahu bertanggugjawab langsung. Kena saman , marah kat orang.

9 Meleret sikit. Pengakhir kata. Jadi blogger ini mungkin umur kita akan lebih panjang keran otak kita digunakan setiap hari dengan baik dan berhemah. Nyawa kita terletak disitu. Lihat mereka yang kuat membaca, banyak guna otak seperti Prof2, ulamak, umur mereka lebih panjang dari yang lain. Mereka guna otak yang diberikan Allah sepenuhnya.

10. Tetapi ingat. Kalau guna otak nak fitnah dan penuh dengan dendam kesumat maka alamatnya................wassalam le lagi cepat. Jadilah blogger insyaallah lanjut le sikit usia. Sebarkan ilmu yang ada. Orang berilmu itu ialah : ada ilmu disebarkan. Jika tak sebarkan ilmu tersebut maka kita hanya jadi orang yang mempunyai ilmu bukan berilmu.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR