FOLLOWERS

Friday 15 May 2009

SELSEMA BABI : PENUMPANG MH091 13 MEI 2009 HUBUNGI KEMENTERIAN KESIHATAN


Utusan Malaysia



KUALA LUMPUR 15 Mei — Berikutan pengesahan kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia, semua penumpang Penerbangan Malaysia MH091 dari New York, yang tiba di KLIA pada 7.15 pagi 13 Mei lepas, diminta menghubungi Kementerian Kesihatan kerana pesakit itu menaiki pesawat yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata penumpang boleh menghubungi kementerian menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 untuk tindakan susulan.

Katanya kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia melibatkan pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lepas dan mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Buloh pada petang hari yang sama.

“Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,” kata Dr Ismail dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

Penghuni Gua : SEGERA HUBUNGI KEMENTERIAN KESIHATAN BAGI MENGELAKKAN TERSEBARNYA WABAK INI , JUGA BAGI MENYELAMATKAN ANDA DAN KELUARGA ANDA. SEGERAKAN.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR