Anak Raja Petra didakwa tuduhan mencuri
19/05/2009 3:01pm
19/05/2009 3:01pm
SHAH ALAM 19 Mei - Anak kedua penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam.
Raja Azman Raja Petra, 33, dari No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ nombor pendaftaran BJQ 9597 bernilai RM8,000 milik seorang lelaki, Syaiful Setapa.
Tertuduh juga mengaku mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah jam tangan Seiko dan serangkai kunci motosikal yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM3,850 dari sebuah kediaman milik Saipul Adli Mohamad Yunus.
Raja Azman juga mengaku telah memecah masuk ke dalam kediaman dan mencuri wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu milik Mohd. Syaiful Setapa.
Dia juga mengaku atas tuduhan pilihan iaitu memiliki sebuah motosikal Yamaha 135LC bernombor pendaftaran NBT 7332 milik Ahmad Firdaus Jalaluddin.
Kesemua perbuatan didakwa dilakukan Azman antara pukul 9.30 pagi, 20 Mac lalu dan 10.40 malam, 5 Mei lalu di Seksyen 19, Seksyen U2, dan di Kinrara Court Puchong dekat sini. Hukuman akan dijatuhkan pada 19 Jun ini. - Utusan
Penghuni Gua : Kepada Semua Bloggers Pembela Negara termasuk PG juga perlu ambil ikhtibar dari kejadian di atas. Dalam sibuk menulis blog tu, jangan lupa menjaga harta kita yang paling bernilai: anak-anak. Tulis-tulis juga. Anak jangan diabaikan.
2. Keduanya, jika kita selalu dok mengata orang rasuah, fitnah orang dan sebagainya, akhirnya di dunia ( sebelum mati pun ) Allah akan tunjukkan balasannya. Mungkin ada hikmah dan petunjuk dari kejadian ini yang Allah ingin sampaikan.
3. Jadi kepada Bloggers Pembela negara semua , dalam menulis blog kita semua ingat, kita komen berdasarkan fakta / isu dan jangan sesekali memfitnah ( menuduh tanpa bukti ). Contoh terbaru fitnah PAS ialah seperti yang dilakukan oleh Ustat Nasharuddin Tim. Presiden PAS 2 hari lepas berkaitan PM dikatakan tak berani keluar negeri kerana takut isu Atlantuya.
4. Akhirnya: Berkata benarlah walaupun kena batang hidung sendiri. PG lihat di Malaysia Today, habis muka surat PG belek, tak ada satu berita pun mengenai anaknya yang ditangkap itu.
5. Mengapa?
No comments:
Post a Comment