FOLLOWERS

Wednesday 20 May 2009

NIZAR MB SAH : PANDANGAN PROF DR ABD RANI KAMARUDDIN UIAM



1. Tafsiran Yang Arif Hakim Aziz berbanding tafisran2 yang lain (bhg 2).

2. Tafsiran Baginda Sultan Perak dan bekas Ketua Hakim Negara (beberapa petikan sahaja);
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868

3. BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

4. 05 Februari, 2009 16:45 PM
Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

5. Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

6. DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

7. Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

8. YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

9. Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

10. Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”
11. Perhatian: Apakah Pakatan Rakyat sudah menduga kekalahan mereka?

Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

1 comment:

  1. Sultan Azlan tu kan pernah jadi Ketua Hakim Negara. Baginda memang layak mentafsir undang-undang.

    Nizar memang bengong!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR