FOLLOWERS

Monday 25 May 2009

FATWA BARU PAS : MOGOK LAPAR TUKAR NAMA PUASA SUNAT MAKA HALAL!!!!


Harakah

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan
Mohd Rashidi Hassan Mon May 25, 09 1:13:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PAS mengeluarkan fatwa baru lagi. Selepas dikritik oleh Mufti Perak niat Nizar dan rakan-rakannya hendak mulakan mogok lapar yang haram disisi Islam maka bagi menghalalkan mogok lapar ini PAS telah menukar namanya kepada PUASA SUNAT. Maka fatwa terbaru ialah mogok lapar ini adalah halal kerana namanya telah ditukar kepada puasa sunat.

2. Dalam fatwa ini, niat tidak diambil kira. Walaupun yang dikatakan puasa sunat ini adalah sebenarnya mogok lapar yang niat sebenarnya bagi menunjukkan bantahan kepada kerajaan BN yang berjaya memerintah Perak ekoran keputusan mahkamah tempoh hari.

3. Kepada PAS , walaupun niatnya tetap sama , mogok lapar ini adalah halal dan tidak salah dari segi agama islam kerana namanya telah ditukar kepada puasa sunat.

4. Senangnya mereka ini memusingkan ayat serta percakapan mereka dan menggunakan hadith dan Quran bagi menghalalkan perkara yang haram dari segi agama. Mana boleh halal , niatnya pun dah salah dan tidak betul kerana puasa ini bukan kerana Allah tetapi kerana niat untuk membantah kerajaan BN di Perak. Mogok ke / puasa sunat ke walau apa namanya pun tetap haram kerana niat dan ia menyiksa badan yang diberikan oleh Allah dengan sempurna.

5. Segala perkara samada halal atau haramnya sesuatu perkara dalam Islam setakat yang PG belajar agama ialah ianya atas niat. Jika permulaan niatnya tak betul dan bukan kerana Allah Taala maka hukumnya haramlah.

6. Sedarlah semua wahai orang islam. Cukuplah menggunakan agama bagi kepentingan politik dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh agama bagi tujuan politik. Masuk neraka anda semua nanti. Herot mulut kita bila hampir dengan kematian kerana selalu berbohong apalagi yang berbohong tersebut adalah seorang ulamak / ustat yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat islam.

7. Kepada PAS dan pemimpinnya : sebelum bercakap tu, berfikir dahulu. Pakai otak dan fikiran yang Allah anugerahkan itu dengan sebaiknya untuk membentuk ummah bukan untuk kepentingan politk sempit dan kepentingan anda. Bertaubatlah.

3 comments:

  1. PAS mmg parti menyesatkan org ramai

    ReplyDelete
  2. Kalau nak tau lafadz niatnya sila ke blogsaya.

    ReplyDelete
  3. Niat puasa sunat PR 'Sahaja aku berpuasa besok hari bagi DUN perak dibubarkan kerana PAS dan DAP'...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR