FOLLOWERS

Thursday 28 May 2009

DAP : MALAYSIA NEGARA POLIS : SALAH KE ?


Malaysiakini

DAP: 'Polis Raja Di-Malaysia'...
Humayun Kabir May 27, 09 2:28pm

Malaysia telah menjadi sebuah negara polis, dakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo HamPolis, dakwanya, bertindak menahan orang awam sesuka hati mereka tanpa menghiraukan hak asasi manusia.Ngeh mendakwa situasi menjadi buruk, yang menurutnya, lebih teruk daripada Operasi Lalang di mana 106 ditahan di seluruh negara.

"Sekarang jumlah mereka yang ditahan kali ini mencecah 157 orang di mana 80 daripadanya adalah di Perak," katanya.Ngeh berkata, 'Polis DiRaja Malaysia' kini dikenali oleh rakyat Perak sebagai 'Polis Raja Di-Malaysia' kerana didakwanya, menyekat sepenuhnya kebebasan bersuara dan bergerak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Salah ke Malaysia menjadi negara polis. Salah ke " Polis Raja Di Malaysia?".


2. Tidak salah Malaysia menjadi negara polis. Keutamaan / dan matlamat akhirnya adalah bagi menjaga hak asasi awam dari digangu gugat oleh mereka yang mahu mempertahankan hak asasi individu. Kepentingan rakyat terbanyak lebih utama dari melayan dan menjaga beberapa kerat pengkhianat dan mereka yang tidak pernah bersyukur atas apa yang dinikmati selama ini.


3. Polis Raja Di Malaysia? Jadi apa masalahnya. Polis hanya menguatkuasakan undang-undang yang telah diperuntukkan dan dipertanggungjawabkan kepadanya oleh rakyat. Tidak lebih dari itu. Polis bukan membuat undang-undang sendiri dan melaksanakan sendiri undang-undang tersebut. Polis hanya menjalankan tanggungjawab . Itu tugas utama polis.


4. Jika tidak mahu polis melaksanakan undang-undang berkenaan, batalkan / mansuhkan sahaja undang-undang yang ada apabila anda memerintah nanti. PG lihat berdasarkan apa yangberlaku di Pulau Pinang , Selangor dan lain -lain negeri yang di perintah oleh PR, suratkkhabar pun disekat kebebasanya kerana dikatakan membuat liputan berat sebelah. Ini baru mencubit sedikit pemimpinnya dan bukan merupakan satu kesalahan jenayah. Perhimpuanan haram adalah kesalahan jenayah. Dan ia wajar di suraikan kerana ia akan menimbulkan kesulitan dan ancaman keselamatan kepada awam.


5. Kamu yang membuat perhumpunan memang suka dan tak terganggu. Tapi kami yang nak hantar anak kesekolah, bekerja , berniaga: semua nya terganggu oleh tindakan samseng anda yang hanya sikap mementing diri anda hanya untuk berkuasa dan mengekalkan kuasa.


6. PG rasakan juga jika PR memerintah, semua undang-undang akan diperkrtatkan. Pasti. Lihat saja lah di Perak. Baru setahun jagung memerintah, dibuatnya Perak macam harta dia aje. Tanah boleh luluskan 999. Mana ada dalam dunia ini boleh lulus tanah untuk satu kaum ( sebahagiannya bekas penyokong komunis ) selama itu ?


7. Jadi biarlah negara ini jadi negara polis dan polis adalah Raja di Malaysia. Kerana dua perkara inilah , sehingga kini kami semua hidup aman damai dan muhibbah terjalin antara kaum. Mengapa Polis tidak pernah mengganggu 25 juta rakyat malaysia yang lain. Tak ada pun sekali PG gua di ganggu sehingga kini oleh pihak polis. Saman lari laju pun hanya sekali. Tapi lepas bayar polis tak ganggu pun.


8. Lebih baik Malaysia menjadi negara polis dari menjadi negara yang diperintah oleh kumpulan cina perkauman dan hipokrit seperti DAP. Lebih baik Polis Raja di Malaysia dari DAP raja di Malaysia. Lihat apa yang terjadi kepada Singapura setelah bapa kandung DAP memerintah Singapura. Semua nya kena tangkap dan SEMUA pemimpin pembangkang di bangkrapkan. Cubalah DAP Malaysia buat tunjuk perasaan di sana kalau nak rasa bahanannya.


9. Jadi berdasarkan apa yang PAP ( bapa DAP Malaysia ) buat di Singapura : perkara yang sama akan terjadi di Malaysia. Rakyat akan jadi robot dan hamba. Melayu dianggap tiada. Yang ada hanya PAP dan kumpulan bangsawannya. Mungkin DAP di Malaysia lebih teruk jika dapat memerintah Malaysia kalau diteliti cara berfikir dan bertindak pemimpinnya sejak dulu.


10. Kalau DAP memerintah Malaysia ini, PG orang pertama menentangnya.

2 comments:

  1. aku akan jadi org ke dua menembak kepala lakhanat-lakhanat tu sampai mamposss.

    ReplyDelete
  2. ayer tawar mari28 May 2009 at 11:44

    Anda semua bolih layari internet atau baca mana mana artikel mengenai : '"KELUHAN ORANG MELAYU SINGAPURA"

    Sudah baca...renungkan dan fikirkan sedalam dalam nya. Sematkan didalam sanubari anda selama lamanya.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR