FOLLOWERS

Monday 25 May 2009

AMINAH DUN PENANTI SERAH BUKTI RASUAH PKR


Utusan Malaysia

Aminah serah cakera padat perbualan berhubung jawatan TKM 1 kepada SPR
25/05/2009 11:25am

BUKIT MERTAJAM 25 Mei – Calon bebas, Aminah Abdullah akan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar esok untuk menyerahkan cakera padat perbualannya dengan dua wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai tiga tawaran yang dikemukakan kepadanya.


Tawaran itu ialah jawatan Timbalan Ketua Menteri 1, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan wang RM80 ribu sebagai gantirugi kepada beliau untuk menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.


Aminah berkata, bukti yang dikemukakannya itu diharap dapat diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. - Utusan

Penghuni Gua : Wow banyaknya. Tahniah Puan Aminah. Keberanian anda ini akan diingati. Jarang ada wanita berhati besi seperti anda.


2. Anda dilihat tegas , kekal dan mengotakan apa yang anda telah katakan. Cakap serupa bikin. Memang anda berfikir sebelum bercakap. Jadi PG dapat membuat andaian bahawa , Aminah keluar dari PKR adalah kerana beliau melihat bahawa pemimpin dan penyoj=kong PKR ini tidak pernah berfikir sebelum bercakap. Sebab itu PKR selalu tewas belia diminta pembuktian.


3. Semalam Tian Chua mencabar Aminah. Hari ini Aminah menjawab cabaran tersebut. Jadi apa komen Tian Chua sekarang ?


4. Apa dalih Tian Chua sekarang ini. Dulu pun beliau kerap berdalih bila mengejar MP BN ke Taiwan. Dia ini di antara Jeneral rampasan kuasa bodoh yang gagal. Kemudian mengatakan apa yang BN lakukan di Perak sebagai kerajaan haram.


5. Jadi kepada MP pondan ini sekarang hadapilah dan beesedialah dengan jawapan untuk menghadapi wanita ini. Kepada PKR : lain kali jangan memandang rendah kepada lawan walaupun ianya seorang wanita. Inilah kelemahan ketara PKR. Memandang rendah kepada kebolehan dan kepintaran lawan. Sebab itu selalu tersungkur.


6. Tentang tawaran rasuah juga : Baru sekejap Menteri luar Malaysia , Dato Anifah Aman menyerahkan bukti kepada SPDRM tentang tawaran / rasuah yang cuba disogok oleh PKR kepadanya agar belot dari BN.


7. Rupanya Parti ini yang di pimpin oleh orang yang disanjung sebagai amat beragama ini lebih hina dari parti yang selalu dikejinya......

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR