FOLLOWERS

Monday, 18 May 2009

KERANA KEBODOHAN PRESIDEN MCA : DS NAJIB YANG KENA SELESAIKAN


Berita Harian
18 mei 2009


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diberi jawatan baru sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional yang menguruskan negeri yang bukan dikuasai kerajaan BN. Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Dengan tindakan DS Najib yang telah mengambil tindakan cepat dan bijak ini maka ia dapat mengelakkan Chua dari menikam BN dari belakang atau mengambil tindakan menyeberang dan juga menyelamatkan penyokokng Chua yang ramai di dalam MCA dan di luar MCA dari berpaling tadah.


2. Dari tindakan Pengerusi BN ini kita boleh melihat betapa dangkalnya Presiden MCA yang sehingga kini belum mengambil tindakan untuk menghentikan sengketa antaranya dengan Chua dan antara penokong nya dengan penyokong Chua.


3. Presiden MCA selama memegang jawatan Presiden dilihat terlalu lemah dan dangkal dalam menyelesaikan kemelut ini. Tindakan presiden yang asyik bertindak dan bercakap berdolak dalih serta mengambil tindakan politik mengelak maka ini memanjangkan krisis berkenaan.


4. Mungkin Ong Tee Keat merasakan beliau terlau kuat dan mendapay=t sokongan penuh dari ahli akar umbi. Beliau memandang remeh kekuatan dan juga undi yang diperolehi oleh Chua dalam pemilihan MCA lepas. Sebab itu sebagai Tim. Presiden MCA ini hanya diberi jawatan di dalam parti hanya mengetuai biro yang tidak penting.


5. Jadi inilah taraf yang begitu rendah presiden yang dimiliki oleh MCA.


6. Adakah Ong Tee Keat mencapai KPI dari segi politik? Kosong. Jauh panggang dari api. Tak ada satu cadangan pun samada nak perkasakan parti atau memperkuaatkan kerajaan dan kementeriannya.


7. Yang ada asyik dok perli orang dengan pandangan ekor matanya sahaja. Jenis mereka yang memandang orang dengan ekor mata ni sebenarnya berhati busuk.


8. Sepatutnya dengan tindakan bijak DS Najib ini dalam melantik Chua dengan jawatan di atas , ia memberi satu tamparan kuat kepada Ong Tee Kiat. Sepatutnya beliau meletakkan jawatan presiden MCA. Malu. Masalah parti sendiri Pengerusi/ Presiden UMNO yang terpaksa selesaikan.


9. Jadi jangan cakap banyak . Lain kali diam. Buat kerja. dan jangan lagi asyik minta orang dan pemimpin melayu minta maaf. Andalah yang terpaksa minta maaf dengan UMNO kerana tidak langsung membantu UMNO / BN bagi menarik sokongan orang cina bagi mengundi BN.


10. Jadi lepas ini diam. Bercakap bila ada cadangan bernas sahaja.


11. Sekali lagi nak tanya YB Ong : TAK TAHU MALU KE ?

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR