FOLLOWERS

Wednesday, 20 May 2009

HINDRAF : RENCANA UTUSAN MALAYSIA


20 MEI 2009

1. KATA dua kepada kerajaan? Bunyinya memang lucu, apatah lagi jika amaran itu dibuat oleh sebuah pertubuhan haram. Namun itulah lagak Hindraf ketika ini. Semakin dibiarkan, ia semakin besar kepala. Malah ia merasakan semakin mendapat sokongan.

2. Ketika pelbagai pihak memerah otak untuk mencari jalan menyemarakkan kembali perpaduan antara kaum, pertubuhan itu sekali lagi cuba tampil sebagai perosak.

3. Hindraf merasakan mereka hebat. Padahal mereka sebenarnya "entah siapa-siapa". Ia diketahui umum sebagai pertubuhan haram yang cuba menjadi 'wira' kepada penduduk India. Namun percaturan mereka ternyata silap kerana 'memperjuangkan' elemen yang boleh mencetuskan keresahan kaum.

4. Kata dua yang diberikan kepada kerajaan untuk menarik balik arahan kepada P. Uthayakumar menunjukkan keangkuhan pertubuhan itu. "Amaran" tersebut membuktikan Hindraf merasakan mereka hebat.

5. Namun sejauh mana 'kehebatan' mereka? Adakah mereka mampu mengatasi undangundang? Adakah kerajaan akan membiarkan mereka merosakkan keharmonian negara?

6. Jawapannya sudah pasti tidak! Majoriti rakyat juga menolak pertubuhan itu. Termasuklah juga majoriti kaum India yang cuba 'diwakili' oleh Hindraf. Lagi-lagi Hindraf! Rakyat sudah bosan dengan kerenahnya.

7. Dan kelmarin, ungkapan "siapa dia nak bagi-bagi amaran?" yang dilontarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memang amat tepat untuk pertubuhan itu. Sesuai dengan ungkapan tersebut, kerajaan dan pihak polis mesti bertindak tegas dan pantas. Pengaruh Hindraf - sekiranya ada - perlu dibendung segera.

8. Mesej lebih jelas perlu diberikan kepada golongan yang tidak tahu "berterima kasih" itu.
Namun yang paling penting, jangan sesekali mengikut rentak pertubuhan itu. Usah dilayan kerenah mereka.

9. Jangan lagi guna pendekatan berlembut. Usah lagi beri amaran. Ia sudah acap kali dilakukan. Namun amaran-amaran itu tidak pernah berbekas di hati para pemimpin dan ahli pergerakan haram tersebut.

10. Jadi, kini adalah masa untuk bertindak. Jika mereka melanggar peraturan, kenakan tindakan tegas. Jangan lagi wujud elemen tolak-ansur. Masa untuk itu rasanya sudah berakhir. Apa lagi kompromi yang boleh ditawarkan kepada golongan yang sanggup memberi kata dua kepada kerajaan?

11. Sampai bila kerajaan perlu melayan desakan yang diiringi ugutan? Seandainya semua desakan perlu dilayan, bilakah agenda untuk rakyat majoriti boleh dijayakan?

12. Sudah tiba masanya untuk memberi pengajaran kepada Hindraf. Hentikan kerenah buruk mereka.

13. Jika tahanan ISA adalah jawapannya. Lakukan sahaja. Jangan dikira bantahan mereka yang tidak mahukan ISA. Keselamatan rakyat mesti menjadi keutamaan.

14. Sekiranya negara huru-hara, kerajaan dan pihak polis yang bakal dipersalahkan. Maka, sebelum "nasi menjadi bubur", bertindaklah segera. Jangan tunduk kepada Hindraf.

Penghuni Gua : Sebagai mana komunis berjaya di benteras di negara ini, begitulah juga tindakan yang wajar dan wajib di ambil terhadap hindraf. Bagaimana kita mengambil tindakan kepada Al- Maunah, Al- Arqam, Jamaah Islamiah ( JI ) , kumpulan ajaran sesat yang menyerang balai polis Muar itulah yang sepatutnya pihak kerajaan bertindak.
2. Jangan lagi asyik memberikan amaran kepada pertubuhan haram ini. Ambil contoh bagaimana Sri Lanka mengambil tindakan kepada LTTE.
3. Bagaimana Indonesia mengambil tindakan kepada JI.
4. Jadi tindakan amaran, demi amaran yang diberi oleh kerajaan selama ini adalah satu tindakan yang sia-sia dan memuakkan rakyat.
5. Sekarang adalah masa untuk bertindak bukan masa untuk beramaran dan berunding. Tiada sebarang perundingan perlu dilakukan dengan pertubuhan haram ini. Kita semua lihat sejauh mana perang yang cuba dilakukan oleh mereka.
6. Kerajaan perlu sesekali menari mengikut rentak tarian mereka. Dengan menari mengikut rentak pertubuhan ini : jika sekiranya tindakan lanjut perlu diambil , maka tarian pihak berkuasa tidak lagi sumbang seperti sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR