FOLLOWERS

Friday 15 May 2009

SELAMAT HARI GURU : DOA SEPANJANG HAYAT


1. Selamat Hari Guru.

2. Tanpa anda semua PG tidak berada di tempatnya sekarang ini . Jasa anda semua amat besar kepada PG. Semuga Allah membalas jasa dan pengorbanan anda semua. Kepada semua Guru PG yang telah dijemput Allah ke hadapannya, semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan kesemua anda ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

3. Sekadar ingatan, bebarapa Guru yang masih teringat di fikiran PG ( dah tua, otak pun tak berapa ingat ) yang amat memberi kesan kepada PG ialah :

3.1. Sek Rendah Keb. Beserah , Kuantan, Pahang : Ustat Maalin, Cikgu Ismail ( selalu hadiah kan tuala mandi kerana rajin datang sekolah ) , Cikgu Ahmad.

3.2. Sek. Men. Keb . Beserah, Kuantan Pahang : Guru Besar : Cikgu Abu Bakar, Cikgu Wan Ahmad ( Guru disiplin dan memilih PG sebagai Ketua Murid selama 2 tahun : sekarang taukeh kedai nasi lemak sedap sekali di astaka Beserah ). Ustat Nawi ( selalu puji isteri dia comel kerana isteri dia orang Pasir Mas ), Cikgu Fatimah, Cikgu Fatimah, Cikgu Fauziah ( Cikgu Paling lembut dan comel : mengajar sastera ), Cikgu Ong, Cikgu Lim.

3.3. Sek Men. Abd Rahman Talib Kuantan, Pahang ( SMART ) : Cikgu Wan Ahmad, Cikgu Noriah, Cikgu Sulaiman, Cikgu Noraini.

3.4. Termasuk pensyarah-pensyarah yang mengajar PG pada tahun :

. 1980-1984 ( UM ) seperti Prof Dato Khoo Kay Kim, Prof Dato Mohamad Abu Bakar, Prof Rajendra, Prof Kristen Jit, Semua Guru Bahasa Inggeris UM ( Tak pandai-pandai juga PG sampai sekarang: lidah dah keras ).

. 1990-1991 : UKM , Prof Raja Noriah, Prof Dr Rahmat.

. 2000-2001 : UKM : Prof Shad Saleem Faruqi, UIAM, Lim Hong Suan,

. 2008-2009 : Prof Dr Rahim, Prof Medeline, Prof Rashila, Prof Siti Rahmah, Dr Fauzi, Dr Zarina, Prof Shad Saleem Faruqi, Shamsuddin Sohor, Prof Shamrahayu ( UIAM ), Tuan Azli bin Abdullah ( Lee Yen Teng ), Tuan Sulaiman dan lain-lain.
Semuga anda semua di rahmati Allah sepanjang masa dan diberkati pengajaran dan kehidupannya. Amin.

1 comment:

PETA PELAYAR