FOLLOWERS

Friday, 29 May 2009

AH LONG : PDRM DAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN HARUS BERTEGAS!


Utusan Malaysia

PM terkejut kekejaman ah long


PUTRAJAYA 28 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkejut dengan pendedahan kekejaman ah long ke atas peminjam mereka, mengarahkan pihak berkuasa bertindak segera ke atas kumpulan ceti haram tersebut.

Serentak itu juga, Perdana Menteri mengingatkan orang ramai supaya menjadikan peristiwa ah long merantai leher dan kaki tiga mangsa mereka yang dilaporkan meluas akhbar-akhbar tempatan hari ini sebagai satu iktibar. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG amat geram dengan kegiatan dan tindakan Ah Long ( cetti ) ini. Geram kerana dilihat tindakan pihak berkuasa kurang berkesan dan tidak nampak memberikan impak kepada penjenayah ini.

2. Mengapakah begitu sukarnya tindakan diambil ke atas along ini. Kita semua cukup undang-undang. Cuma dari segi penguatkuasaan dan cara penguatkuasaan yang dijalankan. Memang tidak dinafikan bahawa ada tindakan penguatkuasaan diambil secara berterusan ke atas mereka ini. Cuma mungkin kaedahnya kurang berkesan dan memberikan kegerunan kepada penjenayah ini.

3. Tindakan mengurung, menculik, kurungan salah/culik, pemerasan, ugutan, menyembur cat merah dirumah adalah sebahagian dari kaedah penjenayah ini mendapatkan wang berserta faedah pinjaman yang telah diberikan kepada orang ramai.

4. Jadi pada pandangan PG, sesuatu tindakan drastik dan bersepadu dapat difikirkan bagi memastikan kegiatan jenayah along ini dapat dibenteras hingga ke akar umbi.

4. Tindakan buang daerah / sekatan kediaman terhad dan juga tahanan di bawah akta pencegahan dan ditahan tanpa bicara selama tidak kurang 2 tahun haruslah diambil secara berkala dan berterusan serta secara tetap terhadap penjenayah ini. Ia bukan satu tindakan yang sukar. Hanya memerlukan maklumat dari 2 ke 3 orang pemberi maklumat tentang kegiatan mereka ini maka Menteri yang berkenaan boleh mengeluarkan perintah tahanan dan menghantar mereka ini ke Pusat Tahanan Simpang Renggam Johor tanpa melalui perbicaraan.

5. Juga pihak polis hanya perlu mengumpul 2 ke 3 repot polis dari mangsa yang menjadi mangsa tindakan kekerasan yang dilakukan oleh Ah Long dan tindakan buang daerah / kediaman terhad serta tahanan tanpa bicara di Simpang Renggam juga boleh diambil ke atas penjenayah ini.

6. Selain itu, PG juga melihat jenayah yang berkaitan Ah long juga sukar dibenteras kerana penjenayah ini juga menggunakan modus operandi yang sama di mana mereka akan membuka sebuah syarikat pemberian pinjaman berlesen.

7. Yang sebenarnya boleh dikatakan lebih dari separuh syarikat pemberian pinjaman berlesen ini adalah merupakan syarikat Ah Long haram yang mereka tubuhkan bagi melindungi kegiatan haram mereka. Juga bagi menyelamatkan wang mereka dalam kegiatan haram ah long dari di rampas di bawah akta penggubalan wang haram.

8. Jadi sekiranya mereka ditangkap dan disiasat di bawah akta penggubalan wang haram, mereka dapat mengelakkan wangd dan harta benda mereka ini dirampas kerana dengan alibi bahawa harta dan wang tunai ini diperolehi dari perniagaan yang sah iaitu syarikat pemberian pinjaman berlesen. Sebenarnya syarikat ini hanya sebagai topeng untuk menghalalkan tindakan dan kegiatan haram mereka.

9 dalam hal ini kementerian perumahan dan kerajaan tempatan juga bertanggungjawab memantau dengan rapi wang keluar masuk ke syarikat pemberian pinjaman berlesen ini . Ini kerana seperti yang dikatakan sebelum ini, 60 ke 80 % adalah syarikat ini adalah syarikat topeng bagi melindungi kegiatan haram ahl long. Batalkan lesen mereka .

10. Untuk itu juga, kerajaan mistilah memantau agensi yang telah dipertanggungjawabkan dalam memberi pinjaman mudah kepada peniaga kecil agar memudahkan pemberian pinjaman kecil ini tanpa melalui syarat dan prosedur yang ketat dan tanpa karenah birokrasi yang begitu menyakitkan peminjam. Jadi pemantaun oleh agensi seperti bank Negara dan kemeterian kewangan penting dalam mempermudakkan pemberian pinjaman kecil ini agar peniaga kecil tidak terjerat ke dalam perangkap ah long.

11. Jadi jika tindakan bersepadu dan berterusan diambil seperti yang disarankan di atas di samping tindakan lain yang boleh difikirkan maka PG percaya kegiatan penjenayah kejam ini dapat dibenteras hingga ke akar umbi atau paling tidak pun dapat dikurangkan dengan mendadak.

12. Masalah kongsi gelap, komunis, JI, Al Maunah adalah contoh di mana jika ada usaha bersungguh dari semua pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengangani gejala ini, PG percaya maslah ini dapat dibenteras dan di atasi atau dikurangkan/ dibendung.

2 comments:

  1. Undang-Undang lebih pada cukup. ISA, LLPK dan popoc, Kanun keseksaan - sikap beri muka ini lah yang menjadikan segelintir mereka naik tocang.

    Dengan LLPK sepatutnya sudah tidak ada lagi dah pengedar dan pendana dadah. Dengan adanya lagi keldai dadah bermakna mastermind-master mind tersebut seolah-olahnya kebal undang-undang atau gagal dikesan - memang tak logiklah.

    Sebenarnya, ramai orang akan menghadapi cash flow pada masa dan waktu tertentu. Nak pinjam bank memang tak lepas, nak gadai emas takde pula emas atau kalau adapun, tak daya nak tebus semula. Selagi keadaan ini ada, along tetap akan ada ruang untuk membuat untung sebab along saja mampu memberikan pinjaman namun sandarannya ialah kalau gagal bayar "nyawa melayang atau badan dilunyaikan".

    Tidak guna mengutuk along, janganlah pinjam kalau tahu tak bole bayar mengikut jadual dan kadar along. Apa pun kalau bukan kepada along kepada siapa pula mereka ini nak pinjam?

    Apa penyelesaiannya? - Itu yang paling penting.

    Saya cadangkan, mereka-mereka (peminjam)ini diberi kredit mudah melalui potongan EPF mereka dalam melalui saat-saat getir dimana kawanpun tak sanggup tolong. Kerajaan banyak mengeluarkan belanja terhadap sistem keadilan jenyah tapi tak sepatutunya tenaga, wang dan masa PDRM,
    Mahkamah, Penjara itu diluangkan untuk membanteras perkara ini. PDRM, Penjara, mahkamah ada banyak lagi tugas yang lebih penting. Maka dengan demikian, lebih kos -effektif jika kerajaan BN membenarkan rakyat mengeluarkan sedikit caruman EPF mereka dalam bentuk pinjaman dibayar melalui potongan gaji atau caruman majikan dinaikkan sedikit bagi menampung pinjaman itu - saya rasa dengan ini PDRM bolehlah tumpu kan masa dan tenaga mereka kearah perkara-perkara yang lebih berfaedah.

    Jadilah kerajaan prihatin sebelum banyak lagi negeri-negeri "hilang".

    Prof Madya Dr Abdulk Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah IIUM

    ReplyDelete
  2. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com), silakan hubungi LADY ESTHER. Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete

PETA PELAYAR