FOLLOWERS

Tuesday 12 May 2009

GANTUNG, GANTUNG, GANTUNG TAK MATI MATI.....................





Berita Harian

12 mei 2009


MB tiada kuasa gantung lantikan suruhanjaya: KSN

PUTRAJAYA: Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim, dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Shahid, bercanggah dengan Perkara 36(C) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata mengikut undang-undang itu Menteri Besar tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menggantung kerja Abdul Rahman dan Ahmad Kamal. Sehubungan itu, beliau meminta Abdul Rahman dan Ahmad Kamal menjalankan tugas masing-masing seperti biasa sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Letih dan kesian melihat gelagat dan kebodohan seorang ahli politik yang bernama Nizar dan kumpulannya. Dah hampir 12 kali menggantung orang, tak ada juga yang mati lagi. Semuanya tak sempat dilaksana. Kerana apa? Pentadbirnya bodoh. Ikut sedap mulut aje nak gantung orang.

Juga jadi begini, kerana sikap mereka ini yang suka memandang rendah kepada lawan. Itu yang terlepas Perak tu. Kerjanya asyik memfitnah orang. Kerajaan kudeta lah. 16 sep siapa yang usulkan kudeta tu ? Melalak sampaai ke Taiwan. Riuh rendah nak tawan Putra Jaya. Siap buat poster selamat datang ke Putra Jaya. Kesian.


Berbalik kepada bab gantung menggantung ini PG nak ulang balik kes-kes gantung yang dibuat oleh kerajaan Nizar ni:

1. Abdullah Antung : SU DUN Perak digantung 2 kali. Gantung yang pertama tak berjalan lagi dan gantung yang kedua semasa sebelum sidang DUN baru-baru ini.

2. Gantung Dr Zambry : Pun tak jalan juga bila mahkamah kata tak sah penggantungan tersebut 2 minggu lepas.

3. Gantung 6 exco BN, pun maahkamah kata tak sah.

4. Gantung 3 ADUN bebas, pun tak sah kata mahkamah.

5. Gantung Dato SUK semalam, pun tak sah bila mahkamah benarkan rayuan Dr Zambry pagi tadi.

6. Gantung Dato L.A. semalam, pun tak saah dan tak boleh jalan kerana mahkamah benarkan rayuan Dr Zambry. Juga lihat komen Ketua Setiausaha Negara di atas. Ia menyalahi peraturan dan undang-undang tubuh Negeri Perak.

7. Jumlah yang dijatuhi hukuman gantung oleh kerajaan Nizar ialah seramai : 14 kali hukuman gantung di arahkan dijatuhkan.

Yang belum kena gantung dan kalau bolehlah mereka mengeluarkan hukuman gantung, PG rasanya DYMM Sulta Perak pun , mungkin mereka keluar arahan hukuman gantung dari menjadi DYMM Sultan Perak. He he he he he. Kerja nya nak mengantung orang aje. Tak ada kerja lain.

Itu le , kalau hati dah penuh dendam , maka segala keputusan akan silap dan menampakkan kebodohan kita sendiri.

Lepas ini siap le YAA Hakim mahkamah rayuan yang akan mendengar rayuan DR Zambry dalam tempoh terdekat. Mungkin korum YAA Hakim yang mendengarnya ialah 3 orang Hakim atau 5 , atau 7 orang Hakim dll.

Tapi cadangan PG, Ketua Hakim negara jangan ramaikan sangat korum YAA Hakim yang mendengar rayuan ini. Di cadangkan 3 orang Hakim cukup le. Kalau laatak korum Hakim 5 ke, 7. ke : kalaulah keputusan rayuan Dr Zambry tersebut memihak pula kepada Dr Zambry dan Nizar pula kalah: Hah, siap le YAA Hakim-hakim ini. Habis kelima atau ketujuh-tujuh Hakim ni di gantungnya.

Tak berjalan le kes-kes rayuan yang lain keran dah tak ada Hakim lagi. He he he he he.

Lepas tu, boleh le tubuh muzium kepala yang digantung seperti yang Negara Kampuchea bina bagi mengenangkan kekejaman regim pol pot. he he he he.....

Malaysia Book of Record : Sila ambil tindakan segera bagi merekodkan jumlah penggantungan palaing baanyak di Malaysia dan mungkin paling banyak di dunia. Bawa sekali ke dalam rancangan " Reply , Believe it or not " . Bagus tu. Boleh terkenal Malaysia ni. Tak percaya? Percayalah. he he he he ehe....................................................................

Ulasan ringan sikit. Letih lepas tunggang kuda. Jangan kita ditunggang sudah.

1 comment:

  1. Last-last nanti gantung diri sendiri pulak..Nasib la labu...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR