FOLLOWERS

Wednesday, 13 May 2009

KEMATIAN DALAM TAHANAN POLIS : INI KAEDAHNYA.


Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 13 Mei – Mahkamah koroner hari ini memutuskan tiada unsur jenayah dalam kematian suspek kes dadah pada Februari 2003 lalu.

Mahkamah mengklasifikasikan punca kematian Prakash Moses, 40, adalah disebabkan kecelakaan.

Prakash yang ditahan di lokap balai polis Jalan Hang Tuah pada 14 Februari tahun tersebut dilaporkan terjatuh di dalam lokap.

Dia juga dilaporkan meninggal dunia tiga hari kemudiannya selepas dibawa ke Hospital Kuala Lumpur akibat mengalami kecederaan di bahagian kepala. - Utusan

Penghuni Gua : Inilah contoh sekiranya adanya kematian mengejut dan yang meragukan yang berlaku di dalam lokap polis atau oleh lain-lain sebab seperti kemalangan , bunuh diri dan lain-lain.

2. Semua kes kematian mengejut ( sudden Death ) akan dibuka kertas siasatan oleh pihak polis. Setelah semua siasatan lengkap dan lapuran post mortem diterima maka kertas siasatan ini akan di hantar ke Timbalan Pendaakwa Raya untuk cadangan kepada pihak coroner untuk proses inkues.

3. Jadi di dalam proses yang dijalankan ini yang diketuai oleh seorang koroner , jika koroner berpendapat setelah meneliti ada berlaku salah laku jenayah atau unsur jenayah maka koroner akan cadangan ia di buka siasatan dibawah kes jenayah.

4. Jika tiada apa-apa dikesan salah laku jenayah di atas kematian ini maka siasatan akan ditutup .

5. Jadi ini prosesnya. Tidak akan ada dengan begitu senang pihak polis untuk menutup sebarang kes jenayah atau kematian yang berlaku samada di dalam tahanan polis atau jika kematian mengejut yang lain termasuk amti lemas , kemalangan kenderaan, gantung diri dll.

6. Jadi kepada semua loyar buruk dan juga kepada Hindraf yang terdiri daari ramai golongan loyar buruk yang mengatakan berlaku pembunuhan bersiri di dalam lokap polis setiap minggu adalah satu tuduhan liar dan bodoh atau sengaja membodohkan diri , atau memperbodohkan penyokong mereka.

7. Juga ulasan ini juga ditujukan kepada semua pejuang-pejuang hak asasi penjenayah ini sehingga sanggup menyerang rumah mayat dalam kes Penjenayah Kugan.

8. Baca le undang-undang lebih sikit. Jangan dengar loyar buruk diluar. Dengar mereka ini mengalahkan YB Karpal Singh.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR