FOLLOWERS

Tuesday, 12 May 2009

DATO ZAMBRY MASIH MB : RAYUAN DIBENARKAN

Kemaskini : 1637 hrs

Agendadaily 12 mei 2009

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Menurutnya, keputusan ini membuktikan keterbukaan undang-undang negara serta amalan demokrasi.


Harapan beliau, pihak pembangkang menerima keputusan tersebut dan tidak bertindak seperti sebelum ini yang tidak menerima keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan beliau dan enam Exconya.


"Seperti saya menerima keputusan Mahkamah semalam, saya harap mereka juga menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini," katanya pada sidang media di Ipoh.

Mengenai tindakan Nizar menggantung Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dr Zambry berkata, sesuai dengan penangguhan keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu, penggantungan itu terbatal dan kedua-dua pegwai itu kekal memegang jawatan. KLIK


Malaysiakini 12 mei 2009


.................................Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.
Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.
"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya...................KLIK


Berita Harian


12 mei 2009

Mahkamah terima rayuan Zambry

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah. Sehubungan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itu didengar. Hakim Datuk Ramly Ali berkata, mahkamah akan menetapkan satu tarikh kelak untuk mendengar rayuan Zambry.

Penghuni Gua : Hai melopong juga Nizar dan kumpulannya. Cepat sangat bersorak sorainya. Sabar dulu. Apa yang kalut sangat tu. Prosesnya masih panjang. Dengan keputusan ini jangan pulak cakap YAA Hakim rasuah ke, konspirasi UMNO ke, demokrasi dah mati ke, keputusan tidak adil ke, tidak ikut perlembagaan ke. He he he he he.

Itu le jangan melatah cepat sangat. Nampak sangat kemaruk kuasa. Sebab itu jangan belajar undang0-undang aje, Lepas belajar undang-undang, baca undang-undang. Baru le kita tahu apa yang tersurat dan tersirat. Dan juga proses-proses yang terlibat.

Nampaknya juga penggantungan penasihat Undang-undang Negeri dan Dato SUK tak berjalan lah juga. Itu le, kalau dah berdendam tu inilah jadinya. Asyik nak gantung orang. Lebih daripada algojo yang mengantung Saddam Hussein. Tak menyempat.



Sehingga semalam dah hampir 12 orang dah digantung oleh kerajaan Nizar. PG akan cari tali gantung lain sebagai simpanan, bimbang juga kalau tak cukup tali nak menggantung lagi di masa depan.. He he he he he ...........

8 comments:

  1. Betul tu, tak sabo-sabo nak rampas kuasa lagi si Nizar Komunis bintang 3 ni.

    ReplyDelete
  2. seronok betul kamu benda tak selesai dan menyusahkan semua rakyat ni.

    ReplyDelete
  3. Arif omar minda tak matang. hakim mahkamah rayuan tu buat keputusan sorang2 je. pagi pohon tghari dapat - cepat giler. orang gila pun tak cepat macam tu. kalau kes lain - berbulan2. bodoh1 bodoh1 bodoh1

    ReplyDelete
  4. arif, kalu engkau review komen aku ni - baguslah. aku syor engkau tutup je blog engkau yang meloyakan ini. orang dah cerdik semua dah - tak nak umno/bn - tak relevan. engkau masih katak bawah tempurung lagi...apa raaaaa..... ong! ong! ong! aik! aik!

    ReplyDelete
  5. blogger ni ....... eeiiii.. nak muntah aku! uwweekkkk! uwekkk!......

    ReplyDelete
  6. sapa kate semua orang tak nak umno/bn ,hang dengan golongan kafir hang ka....hang kena main dengan DAP dengan PKR hang kata hang hero...bodoh tahap CIPAN!!!!cuba renungkan dulu tengok baik-baik ,mesti hang nampak PAS sedang kena bodohkan dengan DAP dng PKR...

    ReplyDelete
  7. Satu Contoh YG kecil Gaya Pemerintahan Dap di Perak.(benda ini sdg berlaku di kawasan Sitiawan dan Manjung sekarang).Ada satu tawaran kontrek berharga rm100k utk kerja2 lanskap majlis perbandaran.Kontrektor kelas F layak utk buat kerja ini.Kenalah kasi kpd yg ade kelas F dan diutamakan kpd Bumiputera melalui tender yg adil.
    tahu ke apa yg berlaku?
    kerja ini telah dipecahkan kpd 10 bahagian @rm10k dan telah di deal direct kpd org2 DAP SAHAJA yg punyai hanya pendaftaran perniagaan SSM.Patutkah kita menyokong dan mengundi mereka?
    WAHAI org2 yg dikatakan BUMIPUTERA elok kah cara yg dibuat oleh DAP itu?
    Jadi kenapa anda nak undi DAP??? Berbaloi ke?

    ReplyDelete
  8. semua tak betul.umno perak sekat rezeki org.apa kes kata nak tolong org melayu??boleh kat dia saja.bg contoh pada anak muda,apa jaminan org umno perak pada budak2 muda?tunjuk la sikit.ni tidak rezeki aku pun korang sekat.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR