FOLLOWERS

Showing posts with label KRISIS PERAK 25. Show all posts
Showing posts with label KRISIS PERAK 25. Show all posts

Tuesday, 12 May 2009

DATO ZAMBRY MASIH MB : RAYUAN DIBENARKAN

Kemaskini : 1637 hrs

Agendadaily 12 mei 2009

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Menurutnya, keputusan ini membuktikan keterbukaan undang-undang negara serta amalan demokrasi.


Harapan beliau, pihak pembangkang menerima keputusan tersebut dan tidak bertindak seperti sebelum ini yang tidak menerima keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan beliau dan enam Exconya.


"Seperti saya menerima keputusan Mahkamah semalam, saya harap mereka juga menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini," katanya pada sidang media di Ipoh.

Mengenai tindakan Nizar menggantung Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dr Zambry berkata, sesuai dengan penangguhan keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu, penggantungan itu terbatal dan kedua-dua pegwai itu kekal memegang jawatan. KLIK


Malaysiakini 12 mei 2009


.................................Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.
Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.
"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya...................KLIK


Berita Harian


12 mei 2009

Mahkamah terima rayuan Zambry

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah. Sehubungan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itu didengar. Hakim Datuk Ramly Ali berkata, mahkamah akan menetapkan satu tarikh kelak untuk mendengar rayuan Zambry.

Penghuni Gua : Hai melopong juga Nizar dan kumpulannya. Cepat sangat bersorak sorainya. Sabar dulu. Apa yang kalut sangat tu. Prosesnya masih panjang. Dengan keputusan ini jangan pulak cakap YAA Hakim rasuah ke, konspirasi UMNO ke, demokrasi dah mati ke, keputusan tidak adil ke, tidak ikut perlembagaan ke. He he he he he.

Itu le jangan melatah cepat sangat. Nampak sangat kemaruk kuasa. Sebab itu jangan belajar undang0-undang aje, Lepas belajar undang-undang, baca undang-undang. Baru le kita tahu apa yang tersurat dan tersirat. Dan juga proses-proses yang terlibat.

Nampaknya juga penggantungan penasihat Undang-undang Negeri dan Dato SUK tak berjalan lah juga. Itu le, kalau dah berdendam tu inilah jadinya. Asyik nak gantung orang. Lebih daripada algojo yang mengantung Saddam Hussein. Tak menyempat.



Sehingga semalam dah hampir 12 orang dah digantung oleh kerajaan Nizar. PG akan cari tali gantung lain sebagai simpanan, bimbang juga kalau tak cukup tali nak menggantung lagi di masa depan.. He he he he he ...........

Monday, 11 May 2009

KEPUTUSAN YAA HAKIM : APA KATA LIM KIT SIANG

Bernama
By: Ramjit-->

PULAU PINANG, 11 Mei (Bernama) -- DAP Isnin mengulangi desakannya supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan segera dan pilihan raya diadakan di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka.


Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata hanya dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat, kehormatan dapat dikembalikan di Perak dan Malaysia.


"Keputusan Mahkamah Tinggi yang cukup penting hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar yang sah negeri Perak adalah satu kemenangan rakyat negeri Perak, demokrasi dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan di sini.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Penghuni Gua : Wah. wah, wah. Puji YAA Hakim melambung-lambung. Dulu kata tak percaya pada YAA Hakim lagi. Sekarang jadi lain pulak. Kalau bubar, melopong le , kome semua orang melayu di Perak. Menang sorak kampung tergadai..................................


Bungkus juga le Nizar. Tak nampak lagi ke yang tersirat. PG percaya , DYMM tidak akan membubarkan DUN. Apa sibuk nak bubar. Boleh buat undi di dewan untuk kepercayaan. Apa nak libatkan orang lain.

PETA PELAYAR