FOLLOWERS

Monday, 11 May 2009

KEPUTUSAN YAA HAKIM : APA KATA LIM KIT SIANG

Bernama
By: Ramjit-->

PULAU PINANG, 11 Mei (Bernama) -- DAP Isnin mengulangi desakannya supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan segera dan pilihan raya diadakan di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka.


Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata hanya dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat, kehormatan dapat dikembalikan di Perak dan Malaysia.


"Keputusan Mahkamah Tinggi yang cukup penting hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar yang sah negeri Perak adalah satu kemenangan rakyat negeri Perak, demokrasi dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan di sini.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Penghuni Gua : Wah. wah, wah. Puji YAA Hakim melambung-lambung. Dulu kata tak percaya pada YAA Hakim lagi. Sekarang jadi lain pulak. Kalau bubar, melopong le , kome semua orang melayu di Perak. Menang sorak kampung tergadai..................................


Bungkus juga le Nizar. Tak nampak lagi ke yang tersirat. PG percaya , DYMM tidak akan membubarkan DUN. Apa sibuk nak bubar. Boleh buat undi di dewan untuk kepercayaan. Apa nak libatkan orang lain.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR