FOLLOWERS

Monday 11 May 2009

TUN MAHATHIR TAWARKAN PELUANG PERNIAGAAN HALAL DI BOSNIA DAN EROPAH : REBUTLAH


Di Petik dari Blog : Chedet

BOSNIA-HERZEGOVINA
By
Dr. Mahathir Mohamad on May 11, 2009 4:00 PM


1. Kita sudah lama tidak mendengar laporan berkenaan Bosnia-Herzegovina (BiH). Pada satu ketika nasib orang Bosniak, iaitu orang Islam Bosnia, yang mengalami penghapusan etnik oleh orang Serb amat menyayat hati kita.

2. Kita telah beri sedikit bantuan yang amat dihargai oleh orang Bosniak. Mereka anggap orang Malaysia sebagai sahabat karib mereka. Ramai juga yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dan mereka memegang jawatan penting dalam Kerajaan BiH, termasuk Duta Besar Bosnia ke Malaysia.

3. Orang Bosniak adalah orang bangsa Eropah dan bukan orang keturunan Turki. Di Eropah hanya orang Albania dan Bosniak sahaja yang beragama Islam. Mereka memandang tinggi terhadap Malaysia.

4. Jumaat lepas (Mei 8), Mufti Bosnia, Mustafa Ceric bersama dengan rombongan kecil telah jumpa dengan saya. Antara yang datang ialah seorang pengusaha bernama Faruk Serbegovic, arkitek yang telah bangunkan sebuah Halal Business Park. Beliau ingin mendapat co-developer dan pelabur dalam industry makanan halal untuk Business Park Bosnia.

5. Bosnia Herzegovina mempunyai kedudukan istimewa dalam Kesatuan Eropah (EU). Walaupun belum diterima sebagai ahli EU, barangan keluaran BiH boleh masuk EU tanpa cukai. BiH juga menjadi pusat untuk dagangan dengan Negara-negara bekas Soviet Union, Turki dan Negara-negara Timur Tengah.

6. Saya berpendapat projek Halal Park ini berpotensi untuk pengusaha Malaysia dalam bidang makanan halal melabur di dalamnya.

7. Jika ada sesiapa yang berminat sila berhubung dengan saya supaya dapat saya uruskan.

Penghuni Gua : rebutlah peluang ini kepada mereka yang berduit dan berkemampuan dari segi perniagaan. PG hanya boleh war-warkan sahaja kerana tak ada kepandaian dalam perniagaan. Jadi tulisan TUN M dipaparkan untuk memudahkan pembaca yang melawat laman ini. Dan inilah dia sikap TUN yang masih tidak jemu-jemu mahu mengubah bangsa Malaysia dan negaranya. Semuga Tun dipanjangkan umur dan sihat sentiasa bersama keluarga.

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt

    Saya memang sedang mengintai peluang perniagaan di BiH...semasa saya menjadi mahasiswa di UIAM saya mempunyai kenalan dari BiH dan mereka memang mengalu2kan kedatangan saya disana...

    Namun, saya juga ingin mengetahui apakah sektor2 perniagaan yg boleh kita mulakan untuk bertapak di BiH?...saya nampak di bidang pemprosesan makanan di BiH bakal mendapat permintaan yg tinggi.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR