FOLLOWERS

Showing posts with label KOMUNIS. Show all posts
Showing posts with label KOMUNIS. Show all posts

Friday, 1 July 2011

TAHANAN MEREKA SAH : MAHKAMAH !!!!








PULAU PINANG 30 Jun - Perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap 30 penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj, diisytiharkan sah dan betul oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim memutuskan demikian ketika menolak permohonan kesemua suspek supaya perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Amernudin Ahmad pada 26 Julai lalu dibatalkan.

Dalam penghakiman yang dibacakan secara lisan hampir setengah jam, Hakim Zamani berkata, Hakim Mahkamah Sesyen telah bertindak mengikut undang-undang yang betul ketika memerintahkan kesemua suspek itu direman tujuh hari bermula dari tarikh tersebut sehingga Sabtu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

Jelas beliau, seksyen tersebut memperincikan tentang niat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong merupakan satu kesalahan amat serius dan peruntukan tersebut pernah digunakan sekali sahaja sebelum ini iaitu dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah pada 2000.

"Suspek dalam kes ini juga ramai iaitu 30 orang, jadi skop penyiasatan polis amat luas sekali. Justeru, demi keselamatan negara, keselamatan saya, keselamatan awak, keselamatan anak saya, cucu saya dan kita semua, saya mendapati perintah tahanan reman terhadap semua suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari yang dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen adalah betul, sah dan dikekalkan," tegas Hakim Zamani. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Mahkamah dah sahkan tahanan pengkhianat ini sah mengikut undang-undang. Kepada pihak polis, pastikan mereka ini dituduh di mahakamah dengan segera. Biar menjadi amaran dan peringatan pada yang lain.

2. Komunis tetap haram dan ia adalah pengganas kepada negara ini dan kita semua. Mereka yang menyokong dan mendewakan komunis dan pemimpinnnya juga adalah sama akalau tidak serupa pun dengan komunis. Mereka tetap haram.

3. Selamanya pun , komunis tetap komunis. Cuma cara serta kaedah sahaja yang berubah dari segi perjuangan mereka.

4. Mengapa kita takut sangat nak bertindak? ISA kan aje mereka adalah satu tindakan proaktif dan pencegahan yang amat berkesan.

5. Fikirkan pengundi muda !!!!! Negara kita dalam bahaya jika kita tidak berhati-hati. Politik tak kemana. Fikirkan dengan waras disebalik semua kejadian ini. Jauh dan panjang perancangan mereka ini.


6. Jahanam semua komunis dan penyokong mereka.

Sunday, 24 May 2009

CHIN PENG : KOMEN AWANG SELAMAT UTUSAN


Mingguan Malaysia
Rencana
25 mei 2009


WAJARKAH bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia?

2. Awang lontarkan pertanyaan ini berikutan gesaan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr. Teng Hock Nan mahukan Chin Peng kembali atas sebab-sebab kemanusiaan kerana tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Chin Peng, 85 yang dilahirkan di Sitiawan, Perak kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lalu.

3. Dalam gesaannya itu, Teng memohon Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak mengkaji semula pendirian kerajaan bagi membolehkan bekas Setiausaha Agung PKM itu kembali ke tanah air.

4. Apa reaksi Awang? Mudah sahaja. Permohonan tersebut usah dilayan.

5. Awang tidak dapat membayangkan keadaan negara kita jika pada hari ini yang memerintah ialah PKM menerusi perjuangan kejamnya. Tidak mungkin wujud negara aman, makmur dan demokratik yang bernama Malaysia.

6. Tiada sebab untuk kerajaan mengubah pendirian terhadap Chin Peng. Sebarang alasan kemanusiaan tidak boleh mewajarkan kemudaratan (secara langsung atau tidak langsung) yang telah dibawa oleh beliau dan PKM selama ini.

7. Sememangnya masa telah berubah dan keadaan turut berubah tetapi membenarkan Chin Peng kembali adalah tamparan luar biasa kepada golongan yang telah banyak berkorban iaitu anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang pernah menjadi mangsa kekejaman PKM. Apa ruginya kalau tidak membenarkan beliau pulang?
8. Janganlah diungkit-ungkit lagi tentang Chin Peng. Ia hanya akan membangkitkan kemarahan kepada bekas perajurit, yang air mata dan darah mereka tidak ternilai harganya. Anehnya, orang Melayu sendiri tidak pernah ghairah untuk mengherokan beberapa kerat pemimpin komunis daripada kalangan kaum itu seperti Rashid Maidin

9. Awang tidak mengerti mengapa Gerakan boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah kerana ia mengikut rentak DAP yang memainkan isu tersebut sejak beberapa tahun lalu, mungkin juga atas muslihat politik? Awang percaya majoriti rakyat Malaysia tidak bersedia masuk ke dalam perangkap pihak tertentu.

10. Jika ia mahu dilakukan atas nama kemanusiaan mengapa nasib balu dan anak-anak tentera serta polis yang terkorban angkara PKM tidak dibela?

11. Apa yang pernah DAP dan Gerakan lakukan untuk menghargai pengorbanan golongan tersebut yang menyumbang kepada keamanan negara sehingga membolehkan kaum Cina misalnya terus menguasai ekonomi Malaysia sehingga kini.

12. Seingat Awang tiada seorang pun pemimpin DAP mahu pun Gerakan yang menjalankan kempen hebat membantu bekas tentera dan polis yang putus kaki. Awang juga tidak pasti sama ada mereka pernah merekodkan penghargaan dan terima kasih dalam acara-acara khusus untuk bekas tentera dan polis.

13. Apakah kerana yang terkorban adalah kebanyakannya tentera dan polis daripada kalangan orang Melayu maka sumbangan mereka tidak begitu bermakna? Siapakah yang sebenarnya rasis? Sesungguhnya banyak persoalan yang melingkari isu Chin Peng ini. Yang jelas ia bukan sekadar isu membenarkan Chin Peng pulang bahkan mahu menjadikan beliau wira.
14. Terdapat gerakan terancang oleh parti tertentu kaum Cina untuk menobatkan Chin Peng sebagai ikon pejuang kemerdekaan. (Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang mati dibunuh agen komunis misalnya, langsung tidak dipedulikan oleh parti kaum Cina sendiri). Ia makin ketara sejak pelancaran buku riwayat hidupnya Alias Chin Peng - My Side of History. Malah isu mengenai simpati terhadap Chin Peng pernah dibawa oleh DAP yang mendesak supaya kerajaan mengeluarkan satu kenyataan menteri (a ministerial statement in Parliament) tidak lama dulu.

15. Tinjaulah pelbagai komen dan tulisan menerusi laman-laman blog berkenaan Chin Peng yang mahu mewujudkan gelombang memperlihatkan beliau sebagai wira. Ada yang menyamakan perjuangan Chin Peng dengan nasionalisme kemerdekaan sedangkan realitinya beliau melacurkan nasionalisme untuk menegakkan komunisme, yang akhirnya gagal kerana pengorbanan pasukan keselamatan atas sokongan rakyat.

16.Awang tidak terkejut jika suatu hari nanti lebih-lebih lagi jika pembangkang berkuasa, 'keperwiraan' Chin Peng akan menjadi bahan subjek Sejarah sekolah yang mungkin jauh lebih hebat daripada nama-nama seperti Leftenan Adnan dan ramai penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB).

17. Lalu tercetus lagi persoalan lain, apakah ini sebahagian daripada usaha untuk menafikan sumbangan gerakan nasionalisme Melayu dan usaha untuk menulis kembali sejarah agar mengikut kehendak kaum tertentu?

18. Awang berharap kerajaan bertegas sebagaimana yang ditunjukkan oleh kerajaan Indonesia yang sampai sekarang tidak membuka ruang penghargaan untuk pengganas komunis. Mudarat yang dibawa oleh PKM di tanah air ini bukan sedikit.

19. Tetapi seandainya kerajaan bersedia membenarkan Chin Peng pulang, beliau perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya pasukan keselamatan. Lebih penting, beliau mesti dihadapkan ke mahkamah atas segala kekejamannya sebagaimana yang dihadapi oleh Pol Pot di Kemboja. Bersediakah Chin Peng?
Penghuni Gua : Sesekali PG fikir betul juga cadangan Parti Gerakan tu. Benar aje Chin Peng kembali ke Malaysia. Kita tengok berapa lama dia boleh berada di Malaysia dalam keadaan ......................? Apa komen Persatuan Bekas Perajurit ? Saya rasa tentu anda setuju. Kita tengok nanti apa jadi...........................ha ha ha ha. Tak perlu susah-susah masuk hutan memburunya lagi. Dah dia nak serah tengkok bagus le. Datang lah wahai Chin Peng............Selamat kembali.He he he he he.......

Thursday, 21 May 2009

CHIN PENG : DATANG LAGI CADANGAN BODOH PEMIMPIN GERAKAN !

1. Saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan kelmarin : supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali semula negara ini amat memualkan PG.


2. Binatang Chin Peng ini walau apapun alasannya tidak akan dibenarkan memijak pun bumi Malaysia ini. Kedegilannya tetap terserlah apabila dalam perjanjian Hatyai pada 1990, Chin Peng masih enggan menandatangani perjanjian ini . Dengan sebab itu , beliau tidak termasuk ke dalam program pengampunan dan dibenarkan kembali ke negara ini.


3. Kepada Gerakan : inikah cadangan terbaik yang boleh Gerakan berikan kepada kerajaan bagi pembangunan negara ini? Kalau jawapannya ya, maka Pemimpin ini samada ia mewakili dirinya sendiri atau pun Gerakan adalah pemimpin yang amat bodoh dan bebal pemikirannya.


4. Kalau hanya alasan Chin Peng sudah tua dan memberi peluang ketua kominis ini berjumpa dengan saudara maranya, hanyalah satu alasan bodoh juga. Kepada Gerakan perjuangkan lah nasib mereka yang cacat anggota yang masih ada hinga kini ( Tentera dan polis ) yang perlukan pembelaan. Kaki palsu pun tak ada bantuan. Makan minum harian pun alah kadar hanya pergantung kepada pencen yang tak seberapa. Apa perjuangan Gerakan dalam hal ini ?

5. Bebal sangatkah Gerakan atau pemimpin ini dalam menilai sejarah. Atau hanya membuat cadangan berdasarkan ras. Kalau begitu ianya begitu perkauman tanpa mengambil kira faktur kaum yang lain.


6. Mengapa begitu pemaaafnya Gerakan dan pemimpin bodoh Gerakan ini dalam memaafkan dosa Chin Peng ?


7. Mengapa dalam kes Dato Hishamuddin menjulang keris ( kalau betul salah pun : salah ke ? ) Gerakan begitu beriya-riya menuntut UMNO meminta maaf. Besar sangatkan dosa menjulang keris ini berbanding dengan dosa penjahanam negara Chin Peng ini ?


8. Besar sangatkah Dosa Ketua UMNO Pulau Pinang yang dikatakan/ diputarbelitkan oleh Gerakan dalam mempertikaikan kedudukan orang cina di Malaysia sebagai pendatang sehingga Presiden Gerakan telah memutuskan hubungannya dengan UMNO Pulau Pinang dan sehingga TPM DS Najib pada masa itu terpaksa memohon maaf berbanding dengan dosa penjahanam Chin Peng ini ?

9. Kepada Gerakan : Jangan jadi bodoh dan jangan tunjukkan kebodohan anda lagi. Perjuangkan isu kemasyarakatan yang lain. Banyak lagi siu yang perlu diperjuangkan di Pulau Pinang dan negara ini. Juga fikirkan bagaimana hendak menarik sokongan orang cina di Pulau Pinang agar kembali menyokong kerajaan.


10. Layakkah pada pandangan pembaca semua , bagi menilai Gerakan ini sebuah parti kebangsaan dengan terpaparnya isu yang dibawa ini ? Jawapan saya, Gerakan hanyalah parti nyamuk dan parti yang amat bodoh sekali bagi duduk bersama di dalam kerajaan . Tidak layak langsung untuk Gerakan berada dalam kerajaan jika ini cara dan cadangannya. Tidak membawa menafaat langsung.


11. Apa komen Koh Tsu Koon terhadap pemimpin Gerakan ini.? Atau adakah ia mewakili suara anda sendiri. Jika ia mewakili suara anda sendiri , ia sesuatu yang amat malang sekali...............

Thursday, 30 April 2009

KOMINIS CHIN PENG : RAYUAN PULANG DI TOLAK


Berita Harian
30 apr 2009

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Chin Peng

PUTRAJAYA: Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, gagal dalam usaha terakhir untuk menetap di Malaysia selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan dua mahkamah rendah yang memaksanya menunjukkan dokumen pengenalan sebelum dibenarkan memasuki negara ini.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul, yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin Peng memohon kebenaran untuk rayuan.

Chin Peng atau nama sebenar Ong Boon Hua, membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Jun 2008 yang memutuskan bahawa dia perlu mengemukakan sijil kelahiran atau kewarganegaraan bagi membuktikan dia adalah rakyat Malaysia sebelum meneruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG amat gembira dengan keputusan YAA Hakim ini. Memang benar kata YAA Hakim. Ketua Komunis ini misti buktikan dengan dokumen bahawa dia sebenarnya rakyat Malaysia.

Lebih kurang 3500 nyawa anggota keselamatan kita terkorban samada semasa pertempuran dengan komunis ini ataupun kerana terkena jerangkap samar yang dipasang oleh mereka. Inilah ketuanya. Berapa ramai keluarga perajurit ini yang menderita kerana kehilangan orang yang menjadi harapan kepada keluarga. Berapa banyak air mata yang jatuh ke bumi akibat tindakan ganas komunis ini.

Berapa ribu nyawa orang awam yang dibunuh oleh komunis ini. Harta seperti rumah, kenderaan dan sebagainya dimusnahkan oleh mereka ini. Disamping itu berapa banyak wang yang telah dihabiskan oleh kerajaan untuk menghapuskan pengkhianat bangsa ini? Adakah kita boleh benarkan ia kembali? Berapa ramai lagi pihak polis yang terpaksa menyamar diri menjadi gerila komunis untuk melumpuhkannnya dan sebahagiannya telah dibunuh apabila sebahagian identiti mereka diketahui oleh komunis ini. Bertahun mereka meninggalkan anak isteri dengan membuat penyamaran ini dan menyertai komunis ? Betapa sengsaranya mereka ? Mungkin sebahagaian anda tidak tahu hal ini.



Di sebabkan penyamaran pegawai dan anggota polis ini ( sebahagian besarnya pegawai dan anggota polis bangsa cina ), maka Chin Peng Kemudiannya menyedari dan mengesyakki PKM telah diresapi oleh pegawai dan anggota polis yang membuat penyamaran sebagai komunis ini di kalangan mereka. Arahan dikeluarkan oleh Chin Peng agar mereka yang memasuki komunis selepas tahun 1976 dibunuh. Ini menyebabkan sebahagian besar komunis ini telah dibunuh dan sebahagiannya mlarikan diri . jadi kemudiannya PKM berpecah 2 sayap iaitu PKM RF dan PKM MF. Inilah sebabnya menagpa PKM berpecah dua. Kerana pengorbanan pegawai dan anggota dan pegawai polis yang membuat penyamaran . Kerana tindakan mereka ini juga akhirnya komunis terus lemah.


Jadi tindakan YAA Hakim ini adalah tepat. Jangan sesekali membenarkan pengkhianat dan pembunuh ini menetap di Malaysia. Biar dia menetap di negeri yang menjadi pujaannya. Pada belaiu Malaysia tidak pernah memberi layanan yang baik kepada mereka.

Ada juga di Malaysia sekarang ini yang menyanjung Chin Peng ini sebagai pejuang kebebasan. Ini adalah mereka yang buta sejarah. Ada juga sebahagian pertubuhan lain memperjuangkan dan menuntut ganti rugi dari pihak British ( masih berjalan tindakan mereka ) kerana pihak pasukan keselamatan british telah membunuh penduduk kampung secara beramai-ramai. Kalau mereka lihat sejarah, peristiwa di Kuala kubu dan di Tanjung Malim tersebut adalah kejadian di mana pasukan keselamtan British mengambil tindakan membunuh mereka kerana mereka adalah juga komunis dengan menyamar sebagai penoreh getah.

Mereka pembekal makanan dan minuman dan ubatan. Kawasan tersebut adalah kawasan keselamatan dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya kerana ia juga kawasan operasi. Tetapi mereka menyusup masuk untuk membekal makanan dan ubatan. Jadi mereka yang mentah sekarang ini pandai pula mendakwa dan meinta British membayar ganti rugi kepada mereka.


Pertanyaan! Berapa pula ganti rugi yang harus dibayar kepada pasukan dan perajurit kita yang telah terkorban dan cedera?

Inilah mereka dan cucu cicit mereka yang masih buta sejarah. Gulungan ini serupa perjuangan mereka dengan komunis juga. Sentiasa mengatakan mereka dilayan sebagai rakyat kelas kedua. Akhir menjilat balik ludan mereka dan menelannya kembali dan dengan selamba meminta kembali ke Malaysia.

Kepada kerajaan Malaysia, KAMI SEMUA TIDAK AKAN SEKALI-KALI MEMBENARKAN KOMUNIS INI DAN MEREKA YANG SERUPA DENGANNYA KEMBALI SEMULA KE MALAYSIA DALAM KEADAAN DAN ALASAN APA PUN. KEMUSNAHAN YANG TELAH MEREKA BUAT TIDAK AKAN MENGEMBALIKAN SEMULA NYAWA MEREKA YANG TERKORBAN KERANANNYA DAN AKAN MENAMBAHKAN PENDERITAAN YANG KAMI DAN KELUARGA MEREKA YANG TERLIBAT. KAMI AKAN MELAKUKAN APA SAJA AGAR KEPULANGAN INIMENJADI KENYATAAN DI MASA DEPAN.

Tahniah YAA Hakim. Keselamatan negara adalah faktur pertimbangan. Alasan boleh dicari dan dietrjemahkan ke dalam undang-undang. Selamatkan Malaysia dari penjenayah dan pengkhianat ini dan meraka yang serupa dengannnya

PETA PELAYAR