FOLLOWERS

Showing posts with label KRISIS DI PERAK. Show all posts
Showing posts with label KRISIS DI PERAK. Show all posts

Saturday, 23 May 2009

MOGOK LAPAR PR 72 JAM : PENGHUNI GUA ADA CADANGANNYA


Malaysiakini

Pakatan Rakyat menganjurkan mogok lapar 72 jam bagi mendesak pembubaran DUN Perak dalam usahanya menentang pengambilalihan kuasa BN sejak Februari lalu.

Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker mereka V Sivakumar.Ia akan berakhir dengan solat hajat pada petang Khamis ini di pejabat Perak.Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Tak susah untuk menunjukkan penentangan PR terhadap pemerintahan BN di Perak.

2. Cadangan PG jika hendak lebih berkesan dan mungkin memberi impak yang lebih ganas dan mungkin berjaya ialah dengan cara mogok lapar berterusan selama 30 hari. Jangan minum dan makan langsung.

3. Maksudnya mogok lapar / puasa sampai mati terus seperti sami buddha di Jepun dan di Tibet tu. PG pernah lihat dalam National Geographic ( Channel 553 ) , jika berpuasa selama 30 hari kemudian terus disertakan dengan duduk bertafakkur , maka mayat kita tidak akan reput dan terus lah jadi mumia.

4. Jadi sebelum mogok lapar / berpuasa kamikazi ini selama 30 hari dan terus bertafakkur maka terlebih dahulu pilih kedudukan bertafakkur tu dulu. Samada cara duduk ke, cara baring atas jalan depan istana Kuala Kangsar tu ke atau sambil menonggeng pun boleh. Pilih aje


5. Jadi dengan demikian, mumia mayat kita itu akan berkedudukan seperti yang dikehendaki. Di pohon Astro menayangkan semula puasa dan tafakkur sami buddha Tibet dan Jepun tersebut agar puasa PR ini memcapai matlamatnya dengan memberikan impak yang amat besar dan dijadikan contoh untuk generasi akan datang. Hanya dengan melihat dan mengkaji mumia pemimpin PR ini.

6. Ngeh dan Nga juga dicadangkan berpuasa juga atau mengetuai puasa atau mogok lapar ini dan terus juga tafakkur kamikazi.
Nota : di bawah ini disertakan cara-cara untuk berpuasa kamikaze dan memumiakan diri cara Jepun seperti gambar di atas yang dipetik dari Blog : Dainichibao . Caranya ialah :

Step 1: For 1,000 days, the monks would eat a special diet of nuts and seeds, and engage in rigorous physical training to strip the body of fat.

Step 2: For another 1,000 days, they would eat only bark and roots in gradually diminishing amounts. Toward the end, they would start drinking tea made from the sap of the urushi tree, a poisonous substance normally used to make Japanese lacquer bowls, which caused further loss of bodily fluid. The tea was brewed with water from a sacred spring at Mt. Yudono, which is now known to contain a high level of arsenic. The concoction created a germ-free environment within the body and helped preserve whatever meat was left on the bone.
Step 3: Finally, the monks would retreat to a cramped underground chamber connected to the surface by a tiny bamboo air pipe. There, they would meditate until dying, at which point they were sealed in their tomb. After 1,000 days, they were dug up and cleaned. If the body remained well-preserved, the monk was deemed a living mummy.

POSTED BY Kristopher

Tuesday, 5 May 2009

GAMBAR : UNTUK INGATAN KEPADA PEMIMPIN PAS , DAP, PKR

Gambar dipetik dari Agendadaily

Pepatah mengatakan " sekeping gambar dapat menerangkan seribu peristiwa ". Lihatlah gambar di atas. Kalau kita lihat tulisan di blog-blog PR dan juga ucapan serta maki seranah pemimpin mereka kepada kerajaan Perak sekarang juga kepada PM apa yang mereka tak kata. Kerajaan Perak sekarang kerajaan kudetalah, PM kudeta, kerajaan haram, kerajaan ikut pintu belakang, kerajaan firaun dan berbagai lagi berhubung pertukaran kerajaan dari kerajaan PR di Perak kepada BN.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh mereka berhubung pertukaran kerajaan di Perak dari PR ke BN sebenarnya mereka memaki hamun dan mencerca diri sendiri. Dulunya ( selepas PRU 12 ) bukan main galak ke hulu ke hilir menjaja akan mengambil alih Putra jaya pada 16 Sep. DYMM Agung telah setuju dan maklum. Pengumuman tergempar akan dibuat di sana dan disini. 30 MP BN akan meyeberang ke PR.

Ada lagi, DSAI kata dah hantar surat kepada PM masa itu untuk bincang peralihan kerajaan supaya laancar. Pergi terhegeh-hegeh ke Taiwan nak pujuk MP BN di sana. Balik Taiwan, Saifuddin Nasation dan Tian Chua cakap , semua beres dan pujukan berjaya. Si Eli seksi pun dengan senyum lebaar mengiyakannya.

Akhirnya hampas. Jadi poster diatas menjelaskan segalanya apa yang berlaku di Perak tidak salah. Kerajaan yang dipimpin oleh Dr Zamnry sah. Mereka pun buat perkara yang sama. Mengapa bila kena pada BN tak sah. Bila mereka buat perkara yang sama sah. Kerana apa ? Kerana mereka beraja di mata dan bersultan dihati. Jadi usah guna agamalah dengan bersolat hajat agar Allah tunaikan permintaan mereka. Betulkan hati dan niat busuk mereka dulu , lepas tu mungkin Allah akan tunaikan permintaan mereka.

Mata, mulut dan hati serta pemikiran mereka ini semua dah rosak semuanya. Tuhan dah butakan pintu hati, fikiran daan minda mereka jugaa pendengaran mereka. Sebab itu mereka tidak pernah nampak apa yang mereka buat dahulu terkena kepada muka sendiri.

Itulah jadi gila meroyan atas jalan di depan istana Kuala Kangsar tu.

Kepada PAS, DAP dan PKR, lihat le gambar tu baik-baik dan puas-puas. Mungkin anda akan ingat sesuatu tentangnya dan beroleh keinsafan. Gambar tak tipu. Tapi SMS YB Titi Terong tu memang tipu dan penipu ( tentang bomoh di DUN Perak ).Kepada mereka yang berkenaan di atas, dicadangkan merak print gambar ini dan tampal didahi masing-masing agar tidak lupa perjalanan jauh mereka di masa hadapan. AMIN.

Thursday, 16 April 2009

GANTUNG YB SIVA : TAK SAH , KATA HAKIM

Kemas kini 1738 hrs

Utusan Malaysia

Terima keputusan mahkamah dengan sebaikanya - Dr. Zambry
16/04/2009 5:02pm

LUMUT 16 April — Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam anggota exco negeri daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri.


Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Mahkamah itu memutuskan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas Zambry dan 12 bulan ke atas anggota exco itu oleh Speaker negeri V. Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal. - Bernama

PUTRAJAYA 16 April - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan penggantungan Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Speaker, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah kerana seorang speaker tidak ada kuasa berbuat demikian.



Penghuni Gua : Tahniah YB Dato Zambry. Segera hadir ke dewan dan buat undian untuk memilih speaker baru serta merta dalam sidang DUN ini. Jangan dilengahkan lagi kerana ia akan di manipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Sidang DUN ini penting untuk di selaraskan dari segi pengantian Speaker dan Tim. Speaker kerana dala tahun ini juga iaitu pada Nov atau Dis 2009 , bajet akan dibentangkan oleh kerajaan negeri. Jadi jangan berlengah lagi.



Juga tahniah sekali lagi dan kepada PR yang kalah itu , mengaku aje lah. Proses mahkamah sudah menentukannya. Jangan nak putar belitkan lagi. Atau anda semua nak tuduh hakim pula berat sebelah dan tidak adil.



Kepada Sikumar, bacalah undang-undang lebih sikit dan tanyakan pendapat kedua. Kalau setakat ijazah undang-undang ijazah pertama tu, banyak lagi le kena belajar. Itu pun kelas rrendah sekali kot.


Dalam hal ini Penghuni Gua nak tanya satu aje kepada Prof Aziz Bari ini tempat berpautnya orang PAS bila nak bincangkan politik Perak . Apa komen anda. Hakim tersilap dan tidak berpelembagaan?. Bertukarlah pandangan anda sikit dengan orang lain barulah pendapat kita lebih berhemah dan lebih mantap.



Kalau asyik dikelilingi orang yang sama pendapat, kita jadi jumud. Dengar tepukan dari hadirin memang lah bergemuruh. Tapi sokongan itu sokongan yang membawa rebah. Jengok keluar jendela anda sikit. Dalam hal ini Penghuni Gua lihat pendapat Prof Dr Rani dari Universiti Islam Antarabangsa adalah begitu mantap dan sama dengan keputusan YAA hakim di atas. Tahniah Prof Dr. Anda tidak seperti loyar buruk yang lain yang merosakkan fikiran rakyat. Anda telah jalankan tanggungjawab anda dengan baik. Tahniah.



Kepada penyokong PR, jangan pula anda baring atau tidor pula di tengah jalan depan mahkamah di Putra Jaya atau Ipoh pulak. Burok benor nampaknya.

Wednesday, 15 April 2009

KRISIS DI PERAK : SIVA KECUNDANG LAGI : PANDANGAN Prof Madya Dr Abdul Rani Bin KamarudinPensyarah Undang2 (Jabatan Undang2 Awam) IIUM


Tulisan ini di hantar oleh Prof Madya Dr Abdul Rani Kamaruddin kepada Penghuni Gua semalam. Ada kelewatan menyiarkannya. Maaf. Kelewatan kerana teknikal. Di bawah ini disarkan sepenuhnya tulisan beliau mengenai krisis di Perak berkaitan keputusan Mahkamah hari ini bagi kefahaman kita semua. Iannya bagi membetulkan pandangan setengah pihak yang memutar belitkan isu ini mengikut kepentingan politik masing-masing. Semuga dengan tersiarnya tulisan Prof Madya Dr Rani ini , kita semua mendapat menafaat darinya dan fikiran kita lebih bebas dan terbuka untuk menilai dan mengetahui kedudukan sebenar isu di Perak. Tq


The Federal Court (5 judges) unanimously held (9th April 2009) that the Election Commission had the authority to determine whether there is or not a casual vacancy. Indeed sivakumar is brave enough in thinking that he was above and over the Election Commission. (see http://jelas.info/2009/02/19/brave-sivakumar/#comment-180273)Whether wrongly or rightly decided, these 5 Federal Court judges cannot agree with Sivakumar.

Soalan seterusnya adalah, adakah dia mengatasi Sultan pula bila menggantungkan Dato Zambri dan EXCOnya?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin KamarudinPensyarah (Public Law Dept) IIUM


6April 09, 2009 18:23 PM

Three Independent Perak Assemblymen Keep Their SeatsPUTRAJAYA, April 9 (Bernama) --

The three independent Perak state assemblymen keep their post after the Federal Court ruled that the Eelction Commision was the rightful entity to declare vacancies in the state seat.

In a landmark decision, Court of Appeal President, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, who headed a five-men bench, granted an application by the trio - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Capt (Rtd) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) and Hee Yit Foong (Jelapang) - to declare that they were the state assemblymen for the three constituencies.Alauddin said the bench was unanimous in its decision that the EC had the power to declare whether the seats were vacant and not the Perak State Assembly Speaker, V.Sivakumar.

Alauddin held that the interpretation of Article 36 (5) of the Perak Constitution, read together with Section 12 (3) of the Election Act 1958, meant that the EC was the rightful entity to establish if there was a casual vacancy of a state legislative assembly seat in Perak.The other four judges who sat with him were Chief Judge of Malaya Datuk Arifin Zakaria, Federal Court judges Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman and Datuk S. Augustine Paul and Appeals Court judge Datuk James Foong.

Yesterday, the court for the first time, decided to hear and determine the constitutional issue over who had the power to declare vacancies for the seats.Sivakumar, who was present in court, however, declined to give any comments when asked by the media on the decision.The three assemblymen had applied for their suit against Sivakumar to be referred to the apex court on the grounds that it involved constitutional issues.They had originally filed the suit against Sivakumar at the High Court Ipoh seeking a declaration that they were the valid elected representatives for the three constituencies although Sivakumar had announced that the seats were vacant.

With today's decision, there is closure to the trio's suit against Sivakumar.In February, Jamaluddin and Mohd Osman left Parti Keadilan Rakyat (PKR) to become independent assemblymen while Hee of the DAP did the same, and this led Sivakumar to declare the seats vacant on the premise that the trio had signed undated resignation letters after winning the seats in the general election held on March 8 last year.

However, EC chairman, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, later declared Jamaluddin and Mohd Osman were still assemblymen and no by-elections would be called for their seats (at this time Hee had not left the DAP yet).At the outset, counsel Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, for the three assemblymen, submitted that it was very clear under Article 36 (5) that the EC was to establish a casual vacancy for the seats and there was no provision under the Federal Constitution that conferred the Speaker the right to announce the vacancies.He said the role of the Speaker was to submit resignation letters of assemblymen who quit to the EC and not to declare the seats were vacant.

Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail, who was an intervenor in the proceedings, also said that Article 36 (5) conferred the EC the right to establish casual vacancies for the seats in the assembly.Sivakumar's counsel Tommy Thomas submitted that Article 72 of the Federal Constitution meant that Sivakumar enjoyed immunity and his decision that declared the seats were vacant could not be questioned in court.He said under the article, the Speaker was also conferred the privilege and power to decide over the issue involved in the assembly house and that his decision was final and cannot be challenged in court.

Tommy also said Sivakumar's action in informing the trio's resignation to the EC and announcing the vacancies for the seats was part of his role in the assembly.Tommy argued that the function of the EC as stated in the Federal Constitution was more an administrative function related to elections such as fixing the nomination and polling dates.Another of Sivakumar's counsel, Sulaiman Abdullah, submitted that Article 31(1) of the Perak Constitution said that any dispute arising within the state legislative assembly should be settled in the house and it was not for the EC or the court to decide.

"In the present case, there were two separate functions -- separation of powers and separation of functions. The speaker's decision was made by the power given to him while the EC's function is more on dealing with elections," he said.


BERNAMA

Hari ini (14hb April 2009) Yang Amat Arif Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan (Federal Court) yang diketuai oleh Presiden Makamah Rayuan (ambil perhatian bahawa Presiden Mahkamah Rayuan juga adalah Hakim Mahkamah Persekutuan) Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin sepakat bahawa Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa mendengar dan menentukan samada keputusan pergantunggan Dato Zambry dan Exconya dari menghadiri sdiang itu mengikut undng-undang atau tidak (sah atau tidak).

Sila lawati;http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404155

April 14, 2009 20:13 PM

Zambry Used Correct Procedure To Challenge Speaker's Suspension - Federal CourtPUTRAJAYA,

April 14 (Bernama)

The Federal Court ruled today that Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors had used the right procedure to challenge their suspension from attending the State Legislative Assembly sittings by Speaker V. Sivakumar.

Sebelum ini (awal April) mahkamah telah menolak bantahan awal bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidangkuasa menentukan isu peruntukkan dalam perlembagaan negeri hanya isu perlembagaan Persekutuan. Bantahan ini bagaimanapun tidak berjaya kerana Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memulangkan “paku buah keras” kepada Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa peruntukkan perlembagaan negeri bukan sesuatu yang boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Disegi ini, pada pandangan itu ada betulnya namun tidak tepat kerana Mahkamah Rayuan terlupa bahawa bidangkuasa Mahkamah Persekutuan meliputi bukan sahaja bidangkuasa Rayuan (appellate) tetapi termasuk bidangkuasa2 seperti Penyelian (supervisory), bidangkuasa semakan (revisionary) dan bidangkuasa asal (original). Malahan biangkuasa Mahkamah Persekutuan merangkumi dan melewati (goes beyond) apa-apa bidang kuasa yang terdapat pada Mahkamah Tinggi mahupun Mahkamah Rayuan.

Maksud saya, Mahkamah Persekutuan tidak sekadar (walaupun kebiasaannya) mendengar rayuan dari mahkamah Rayuan (Court of Appeal) seperti difahami ramai. Lihat Courts of Judicature Act 1964,Tidak lama kemudian (9hb April) Mahkamah Persekutuan memutuskan lagi bahawa Suruhanjaya Pilhanraya (dibawah Akta Pilihanraya) adalah kuasa menentu samada terdapatnya kerusi kosong DUN(casual vacancy) bukannya Speaker.
Kini pula (14th April) , Mahkamah Persekutuan sekali lagi memutuskan bahawa mahkamah persekutuan ada bidang kuasa mendengar dan menentukan samada Speker Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantungkan tugas MB (Dato Zambry) dan Exconya selama 18 bulan dari menghadiri sidang DUN.

Dibawah Artikel 44 Undang2 Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) Zambry dan 6 ahli ECO lain -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon memohon deklarasi penggantungan mereka adalah tidak sah dan batal (null and void).Halangan demi halangan (melalui bantahan awal) Sivakumar bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan kuasa Speaker ternyata gagal.

Pada pandangan/hujah mereka, Mahkamah (Mahkamah Rendah, Tinggi, Rayuan, Persekutuan) tiada bidangkuasa mendengar dan menentukan samada tindak tanduk speaker yang kononnya kebal berdasarkan Artikel 72 Undang2 Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) yang menyatakan bahawa kesahan (validity) apa-apa prosiding di DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana Mahkamahpun.

Isunya kini ialah Setelah bantahan awal sivakumar gagal, persoalannya sekarang adalah samada Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantungkan MB Dato Zambri dan EXconya. Dalam hal ini apa itu "prosiding" menjadi isu penting?

Jika Mahkamah Persekutuan memutuskan spekaer tiada kuasa menggantung MB Dato Zambry dan Exconya, bermakna masaalah besar akan menimpa Spekaer kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri). Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;

121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.
121C. Abetting offences under section 121A or 121B.Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.

Maka, apakah pergantunngan MBDatZambry dan EXCONya sah?


FRIDAY, FEBRUARY 20, 2009

Deterministic Chaos In PerakHere is a news report from the New Straits Times today:

Karpal stumped by Sivakumar's decision IPOH:

Pakatan Rakyat members are shaking their heads in disbelief over the suspension of Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six exco members by Speaker V. Sivakumar for 18 months and 12 months respectively. Even DAP chairman Karpal Singh, a prominent lawyer, is stumped by Sivakumar's decision to order the suspension.

Karpal told a press conference at Parliament House in Kuala Lumpur Sivakumar must call for the assembly to meet to endorse his decision to suspend Zambry and six executive councilors. He said Sivakumar's decision must be endorsed by the house. Several PR lawmakers here said the move was totally unexpected as they had painstakingly gone through the state constitution and the assembly's Standing Orders prior to Wednesday's hearing before the Rights and Privileges Committee. "I was shocked upon hearing Sivakumar's decision.
We had discussed about this (possibility of suspending Zambry and his exco members) and strongly advised against it. "By doing so, we have fallen into our own trap, akin to stepping on a banana peel planted by ourselves. "I honestly do not know whose advice he (Sivakumar) took before making up his mind," said a PR lawmaker.Karpal’s suggestion that Sivakumar should put the suspension to the Assembly first is echoed on both sides.

Perak UMNO Youth secretary Hang Tuah Din cited Rule 72(2) of the Standing Orders stating :“when the House was not in session, a state representative could complain to the Speaker of any offences. The Speaker, if satisfied that the offence appeared to have been committed, could refer it to the Rights and Privileges Committee.

In turn, the committee must report it to the Assembly”“It is clear he (Sivakumar) should have referred the matter to the Assembly, and not made a decision,” Hang Tuah told a press conference.

Hang Tuah Din’s statement tallies with Karpal’s view.According to another comment, by not following the proper procedure, the Speaker has become “the investigator, the prosecutor and the judge at the same time” when such a decision by the Privileges Committees should have been referred to the House.The Perak Assembly does not meet until April.

Logically the Speaker cannot suspend any member of the Assembly until then. Pending the vote, the MB and the six Excos are not suspended.
And when the Assembly sits in April, the MB and the six Excos targeted by Sivakumar must also have the right to vote over their own suspension. Otherwise it is as good as a confirmed suspension already and a mockery of the whole process.(Imagine a situation where a Speaker goes berserk and suspends say 28 members of the Assembly.

Why not? If the Speaker can suspend six Excos and the MB, why not suspend 12, 18 or 28 members of the Assembly?)More importantly if you suspend an MB and six Exco members, how does the State Government function? How does this help the people of Perak? No matter how tasty or distasteful, the State of Perak and its people do not have an effective Government to rule its affairs. Is this what the Speaker Sivakumar really aims to do?

Granted that Sivakumar has a serious axe to grind with the new MB over the change in the Perak State Government. But that does not justify his present action. Suspending an MB and six Exco members on some excuse that they showed contempt to the State Legislature appears frivolous. Again I can smell the presence of His Ineptitudeness here.

The suggestion that the MB and his Exco take this matter to Court to set aside the suspension imposed by the Speaker is sound. It must be pursued urgently. If the Court sets aside the Speaker’s action, it is possible that it will be Sivakumar who is in contempt.

This must be thought through extremely very carefully but Sivakumar can also be held in breach of other laws. In my view treason against the Sultan is not an issue because Sivakumar has not denied that Zambry Kadir is the new MB of Perak.
He recognizes the Sultan’s appointment of Zambry as the new MB. He has merely suspended the MB and six Excos based on procedure which does not seem right.

Lihatjuga;http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2484884/Article/index_
htmlhttp://lenggongvalley.blogspot.com/2009/02/perak

pakatan-snared-in-own-trap-over.html

Sidang bawah pokok pula?Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu pada - 15 Mei 2009.

(lihat Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009)

Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu, PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat.

Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi.

Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.Baru-baru ini, MB Perak Dato Zambry ada menyatakan disuratkhabar (13hb April) beliau akan meminta perkenan sultan untuk mengadakan sidang DUN dan menasihati Speaker DUN supaya bertindak mengikut Undang2.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah
Undang2 (Jabatan Undang2 Awam) IIUM

Thursday, 2 April 2009

SPEAKER YB SIVAKUMAR KALAH !


Utusan Malaysia

2 mac 2009



Permohonan Sivakumar ditolak

Oleh ZAINI RABAN
pengarang@utusan.com.my

MOHD. Osman Jailu (kiri) dan Jamaluddin Mohd. Radzi di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.

Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini mendakwa pengisytiharan kekosongan kerusi mereka oleh Sivakumar adalah tidak sah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang membuat keputusan di kamarnya juga mengetepikan permohonan tiga bekas Exco kerajaan negeri dan tiga pengundi untuk menjadi pencelah dalam kes saman tiga ADUN Bebas itu terhadap Sivakumar.

Peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mengetuai barisan enam peguam mewakili tiga ADUN terbabit berkata, keputusan itu sangat signifikan kerana bakal menyelesaikan isu perlembagaan Perak secepat mungkin dengan berkesan.

''Tindakan mahkamah menolak permohonan Sivakumar juga sangat penting supaya mahkamah dapat menentukan dengan segera sama ada peletakan jawatan tiga ADUN itu sah atau tidak," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini.

Hujung Februari lalu, tiga ADUN Bebas terbabit mengemukakan saman pemula menuntut mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar yang mengisytiharkan kerusi mereka kosong.

Sivakumar kemudian memfail permohonan membatalkan saman pemula berkenaan.

Ini diikuti tiga bekas Exco kerajaan pembangkang, Chen Fook Chye, Tai Sing Ng dan A. Sivanesan serta tiga pengundi DUN terbabit, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abd Latip Ariffin (Changkat Jering) and Foo Han Wai (Jelapang) memohon sebagai pencelah dalam perbicaraan.

Tiga ADUN Bebas itu juga sudah memfail semakan kehakiman mengenai semua aspek perundangan membabitkan surat peletakan jawatan mereka dan kes itu akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Jumaat ini.

Mengulas lanjut, Firoz berkata, keputusan mahkamah itu sangat positif kerana ia akan membolehkan Perak kembali normal daripada kecelaruan krisis perlembagaan.

Jelas beliau, ia seterusnya akan menjadikan kerajaan negeri berfungsi dengan lancar dan dapat berkhidmat untuk rakyat dengan stabil.

''Itulah perkara utama yang hendak kami capai kerana isu yang ditimbulkan dalam kes ini adalah berkaitan dengan krisis perlembagaan.

''Ini termasuklah bagaimana kerajaan Perak boleh memerintah, bagaimana Speaker mengambil tindakan, dan adakah peletakan jawatan itu sah atau tidak," katanya sambil menambah perbicaraan kes tersebut telah ditetapkan pada 8 April ini.

Penghuni Gua : Itu le, mana boleh nak lucutkan taraf wakil rakyat seseorang bukan pakai surat berhantu ( tanpa tarikh ). Kes terdahulu dah ada diputuskan oleh Mahkamah. Lihat komen Prof Dr Rani di post sebelum ini di blog saya. Ini main ikut sedap aje. Mereka fikir mereka kebal ( cukup di pertahankan oleh si mamat Siva ni ). Mereka tidak tahu dan pandai pulak memperlekeh kekebalan DYMM Sultan Perak. Jadi ingatlah, Kekebalan Sultan dah berzaman diakui.

Baca undang-undang lebih sedikit dan secara menyeluruh tanpa sebarang prejudis. Ini baca dan tafsir undang-undang dengan mencari fasal-fasal yang menyokong mereka aje. Itu yang keputusan jadi silap.


Kebanyakkan undang stail British ini , kita hendaklah membaca beberapa undang-undang secara bersama dan serentak dan tidak berasingan dan satu persatu. Jika dibaca berasingan dan satu persatu dan dipengaruhi pula sentimen politik ( setengah tu buta undang-undang tapi bercakap aje lebih ) maka tafsirannya akan berlainan.

Apatah lagi tidak merujuk kepada kes terdahulu yang telah diputuskan oleh mahkamah yang mana ia juga mempunyai kuatkuasa undang-undang dan bersifat mengikat dan juga terpakai selagi tiada keputusan mahkamah lain yang mengubahnya.

KRISIS DUN PERAK : KOMEN Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin, PENSYARAH UNDANG2 IIUM


Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

( DI KIRIM KE BLOG SAYA OLEH PROF DR RANI )

HUJAH PEGUAM SHAFEE ABDULLAH DIPATAHKAN OLEH AHLI PANEL LAIN


April 1, 2009 at 8:22 am (Bar Council of malaysia, CONSTITUTON OF MALAYSIA
Rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM

Ahli2 panel UiTM akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.

Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan.


Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.

Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.

Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.

Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.

Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN.

Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahayang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact)

Berkenaan Fasal 10 Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu - 15 Mei 2009. Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu, Fasal 10 Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat.

Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto)dibawah Fasal 10 undang2 Tubuh Perak untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak.

Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN.

Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut.


Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.

Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.

Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.

Adakah hanya 3 ADUN - dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan? Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUN yang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar?


Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?

Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

PETA PELAYAR