Sunday, 10 May 2009

KAYVEAS PECAT MURUGIAH : DUA2 SAMA AJE !


Berita Harian
10 mei 2009


KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) semalam sebulat suara meluluskan usul memecat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah daripada parti itu kerana didakwa terbabit dengan politik wang.
Presiden PPP, Datuk M Kayveas yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata pemecatan Murugiah yang juga Ahli Majlis Tertinggi PPP akan berkuat kuasa selepas pemilihan parti itu pada 7 Jun depan. Keputusan memecat Murugiah dibuat 42 daripada 45 ahli Majlis Tertinggi PPP tanpa kehadirannya.

Kayveas berkata, tindakan tegas terpaksa diambil ke atas beliau kerana didakwa mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa ketua bahagian parti dan mendesak mereka mencabar kedudukan Presiden PPP pada pemilihan bulan depan. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Presiden PPP telah memecat Murugiah iaitu menteri yang menyerang rumah mayat dalam kes penjenayah K Kugan. Alasan ; politik wang. Biasalah. Siapa tak kenal Keyveas. Asal orang nak lawan dia aje, cari le alasan untuk buang. Ini lah kerjanya. Ditambah Murugiah daj jadi Tim Menteri ( dan agak popular kerana berbagai isu kontroversi ) sementara Presiden sendiri satu habok jawatan pun tak ada. Maka kepala [residen pun mula panas. Kepala yang kena pecat pun dah besar dan panas kerana dah terkenal dan jadi Tim. Menteri. Memang ada hati nak jadi Presiden.


Maka terjadilah episod di atas.


Kepada SPRM, mulakan siasatan. Jangan tunggu orang buat lapuran le. Ambil keratan akhbar berita Harian hari ini dan gunting serta tampal dalam repot. Buat lapuran pertama. itu pun kalau SPRM tak reti nak buat repot. Jadi jangan banyak alasan, mulakan siasatan.


Bagi PG, dua-dua pun sama. 2 pemimpin ini adalah nyamuk yang sentiasa mengganggu hidup orang lain. 2 orang ini KPI nya tak cukup nak makan le , ( cakap orang Pantai Timur ). Kadang kala sedih lihat gelagat mereka ini. Kesian pun ada. Bukan apa, nak tunjukkan taring, nampak garang, tapi kerja hampas pun tak ada. Tuntut itu ini ada le.


Keyceas kata Murugiah rasuah / politik wang, tapi dia pun sama juga . Satu lapuran polis telah dibuat oleh En. Syukur ( Pengarah penguatkuasa MPPJ ) dulu kerana di dakwa menerima rasuah dari sebuah restoran / bistro ? Ia ada kaitan dengan perbicaraan dalam kes Syukur juga. Syukor mendakwa RM 50,000.00 diberi kepada Keyveas untuk parti PPP. Jadi kita lihat le apa jadi.


Yang baiknya kalau BN buang aje kedua-duanya . Sebagai Tim Mneteri dan juga nyah PPP dari BN. Buat semak aje. Bukan boleh bantu kuatkan BN. PPP pun dah ugut banyak kali selepas PRU 12 , nak keluar BN. Jadi untuk mudahkan cerita, BN keluarkan nyamuk-nyamuk ini dari rumah BN. Senang cerita.

No comments:

Post a Comment