Sunday, 10 May 2009

P. UTAHAYAKUMA MULA BESAR KEPALA !


Utusan Malaysia

‘Saya tidak akan berterima kasih’
Oleh Siti Mariam Md. Zain

TAIPING 9 Mei – ‘‘Minta maaf, saya tidak akan berterima kasiKLIKh kepada kerajaan,’’ kata pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar (gambar) sebaik dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting di sini, hari ini.

Beliau yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Disember 2007 mendakwa, penahanannya di bawah akta itu dibuat tidak mengikut undang-undang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Wow, cakap sudah besar. Mungkin , sakit beliau sudah beransur pulih atau sudah pulih sepenuhnya setelah menghirup udara di luar. Biasalah. Peguam, biasalah. Semua yang mereka buat walau langgar undang-undang memang tak salah. Orang lain buat aje yang salah dan patut dihukum. Kerajaan aje yang salah setiap masa. Mereka jenis ini maksum dan kebal. Gulungan ini kebal sepenuhnya. Lebih kebal dari DYMM. Lihat saja lah algojo Siva Speaker Perak paling kebal tu.

Jadi kepada kerajaan, pada pandangan PG ia satu tindakan yang silap. Ini kerana mereka ini sepatutnya di tahan lebih lama kerana mereka masih belum pulih. Kajian semula yang dibuat 6 bulan sekali mengikut Akta ini untuk menentukan pemulihannya. Ini asas pembebasannya. Jadi nampak gayanya mereka ini belum insaf dan mungkin akan bertindak lebih teruk lagi di masa depan.

Kepada keraajaan : Sudah sampai masanya bertegas dalam segala hal. Populariti tolak ketepi dulu. BN masih kuat. Bukannya tinggal satu kerusi. Mana ada negara maju yang ada majoriti di dunia ini. Tapi mereka tetap maju. Jadi pembebasan inipun tidak akan menambahkan sokongan kepada kerajaan.

Hal keselamatan jangan di samakan dengan kepentingan politik dan jangan bertolak ansur dengannya. Letakkan keselamatan negara di atas segala-galanya. Nyamuk-nyamuk dan anai-anai ini tidak akan duduk diam. jadi tugas kerajaan untuk memberi isyarat jelas kepada mereka dan penyokong mereka.

1 comment:

  1. ISA Undang2 Lekeh?

    Undang2 pencegahan seperti ISA 1960 (Keselamatan Negara), Undang2 Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, POPOC (kesejahteraan dan Ketenteraman Awam) bukannya Undang2 sembarangan dan pemakaian undang-undng ini merupakan jalan terakhir dalam membendung suatu keadaan yang meruncing dan terdesak.

    Pihak berkuasa hendaklah memikir semasak-masaknya sebelum menggunakkan undang2 pencegahan tersebut. Namun, sebaik digunakan terhadap mana-mana orang, janganlah pula dengan mudah mereka-mereka itu dilepaskan kerana jika mudah sangat dilepaskan, dimanakah letaknya kredibiliti undang-undang tersebut? Ianya akan menampakkan seolah-olahnya ada elemen penyalahgunaan, penganiayaan dan ketidaktulenan dalam tangkapan dan penahanan tersebut.

    Kesalahan ragutpun, jika sabit, apakah pesalah itu dapat keluar penjara dalam masa setahun atau duduk didalam penjara satu hingga dua tahun atau lebih? Kesalahan liwatpun (seksyen 377B Kanun Keseksaan) boleh dihukum sehingga 20 tahun. Apatah lagi sesuatu yang melibatkan keselamatan Negara – bolehkan dengan mudah dilepaskan?.

    Pada pandangan saya, pelepasan mereka-mereka itu dengan begitu mudah menampakan seolah-olahnya Kementerian sendiri kurang arif akan filosof undang-undang tersebut – wallahu `alam.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    ReplyDelete