Sunday, 10 May 2009

SIAPA YANG BODOH ? DAN CUBA MEMPERBOODOH RAKYAT ?

Utusan Malaysia
10 mei 2009


Anggota polis menyuraikan orang ramai yang berkumpul dalam sebuah restoran berdekatan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, di Ipoh.

SEPERTI diduga langkah polis menahan 69 orang termasuk pemimpin dan penyokong pembangkang kerana melanggar perintah mahkamah dan berkumpul di kawasan larangan berdekatan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, di Ipoh telah mendapat pelbagai kecaman.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada polis yang hakikatnya bertindak demi menjaga ketenteraman awam. Malah sebelum penahanan itu dibuat pihak polis sudah pun mendapat perintah mahkamah bagi melarang sebarang perhimpunan dalam kawasan radius 500 meter dari bangunan SUK.

Ertinya, pihak polis bukanlah bertindak sewenang-wenangnya, sebaliknya berasaskan kepada peruntukan undang-undang. Justeru yang melanggar undang-undang bukannya polis tetapi mereka yang berdegil berhimpun di situ termasuklah golongan yang bergelar Yang Berhormat (YB).

Adalah sesuatu yang memualkan apabila melihat ada sesetengah YB ini bersikap seperti 'samseng jalanan' bertekak dengan pihak polis apabila diminta bersurai, biarpun mereka tahu apa yang mereka lakukan melanggar undang-undang.

Tetapi mereka tidak peduli soal itu, apa yang lebih penting bagi mereka, situasi politik di Perak adalah kesempatan terbaik kononnya bagi menonjolkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi dan demokrasi.

Sebenarnya, kehadiran mereka di sekitar bangunan SUK tersebut boleh disifatkan sengaja mencabar undang-undang kerana pihak polis sudah mendapat perintah mahkamah. Tujuan polis berbuat demikian adalah untuk memastikan perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang menjadi tumpuan tidak dicemari dengan sebarang kejadian demonstrasi, apatah lagi rusuhan.

Oleh itu, kenapakah pemimpin-pemimpin pembangkang masih mahu mencabar pihak polis dengan melanggar perintah mahkamah yang diperolehi? Inilah sikap pembangkang sebenarnya, mereka akan mengambil apa sahaja kesempatan yang ada asalkan ia boleh mendatangkan keuntungan politik kepada mereka.

Berdasarkan kepada hakikat itu, kita bersetuju dengan pandangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa polis telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin bagi menjaga keselamatan.

Kepada pemimpin pembangkang yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis, mereka berhak untuk mencabarnya tetapi biarlah melalui cara yang bertamadun iaitu menjadikan mahkamah sebagai gelanggang menyelesaikannya bukannya terpekik terlolong di jalanan.

Lagi pula sudah tentu ramai peguam yang bersedia membantu mereka terutama di kalangan hampir 200 peguam yang berkumpul di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, kelmarin.

Apa pun, kita memuji ketegasan pihak polis yang berjaya memastikan situasi keselamatan dan keamanan di Perak terutamanya di Ipoh tidak tercemar akibat sikap politiking berlebihan parti pembangkang.

Sememangnya, seperti mana kata Hishammuddin dalam pertemuan dengan penulis, tiada kompromi dalam soal keselamatan negara. Oleh itu apabila polis bertindak sudah pasti ia berasaskan kepada undang-undang dan demi kepentingan seluruh rakyat negara ini. Pihak polis harus terus menunjukkan ketegasan mereka dalam menjaga ketenteraman awam kerana sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, sudah ada tanda-tanda yang jelas bahawa parti pembangkang kini semakin berani mencabar undang-undang serta arahan polis.

Mereka tidak pernah peduli apa juga arahan polis dalam soal jangan mengadakan demonstrasi. Mereka seronok kalau perhimpunan terlarang itu menjadi kecoh dan mendapat perhatian. Melalui cara ini ia akan memenuhi agenda mereka untuk menunjukkan kepada rakyat dan mungkin juga negara luar bahawa pihak berkuasa negara ini kejam dan melanggar prinsip demokrasi.
Tetapi hakikat sebenarnya, kalau di negara-negara lain, sikap pembangkang itu akan menerima padah yang lebih buruk daripada pihak berkuasa.

Kalau setakat disuruh bersurai tetapi degil dan kemudiannya ditahan sebelum dilepaskan, ia adalah perkara biasa dalam proses menegakkan undang-undang.

Oleh itu hentikanlah usaha memperbodohkan rakyat, percayalah majoriti rakyat negara ini tidak akan bersetuju dengan perangai buruk pembangkang itu.
Penghuni Gua : Jawapan kepada pertanyaan di atas ialah mereka yang menunjuk perasaan dan pemimpin yang cuba menyamar masuk ke sidang DUN tersebut yang amat bodoh kerana melanggra undang-undang dan mencari publisiti murahan bagi menipu dan mendapat simpati rakyat. Rakyat cuba diperbodohkan oleh mereka ini. Masing-masing berlumba menubuhkan persatuan ? NGO dengan berbagai nama dan ingin menjadi juara dalam satu-satu isu. Nak tahu kenapa?
Semuannya ingin mempopularkan diri sendiri dan dalam jangka panjang untuk menjadi landasan menjadi wakil rakyat dalam PRU ke 13. Saksi vedeo Linggam pun boleh jadi ADUN. Hampas tak tahu apa pun. Sekadar boleh jadi camera man aje. Itu pun dalam kes Linggam, tangkap gambar vedeo pun tak habis. Tak kemana pun. Jadi inilah tujuannnya. Nak jadi ADUN atau MP. Rakyat cuba diperbodohkan dan diperbodohkan

1 comment:

  1. salam,

    Orang tua-tua kata, jangan makan kepala ikan nanti benak. Belajo susah nak faham.

    Tapi kepala ikan terubok memang sedap. Suka makan ikan bakor kat Umbai bro. hehehe

    ReplyDelete