Thursday, 14 May 2009

RASUAH PAS : APA KATA Abdul Fatah Harun :Ahli Lujnah Politik Pas Kelantan,


Berita Harian
14 mei 2009

Pas diminta ambil tindakan gejala beli undi

KUALA KRAI: Pucuk pimpinan Pas diminta memberi perhatian serius terhadap kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamad Daud, bahawa wujud gejala membeli undi menjelang muktamar agung parti itu Jun ini. Ahli Lujnah Politik Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata Mohamad yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit.

“Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau,” katanya.

Abdul Fatah, yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohamad bahawa ada individu tertentu yang sanggup memberi ‘hadiah’ kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu di Shah Alam Jun ini.

Abdul Fatah berkata, kenyataan itu memeranjatkan ahli parti dan keadaan ini memperlihatkan Pas seolah-olah sama dengan parti lain. - Bernama

Penghuni Gua : Marah nampak bila tembelang sendiri di dedah oleh pemimpin sendiri. Takkan marah kot. Mana ada pemimpin PAS buat fitnah. Ahli syurga. Mana akan buat fitnah wahai Fatah. Berdosa. Haram.

2. Yang di katakan al ustatttt Mohamad Daudddddddddddd tu bukan rasuah kot. Itu mungkin sedekahhhhhhhhhhh. Sedekah boleh. Sunat. Dapat pahala.

3. Nak tanya juga kalau ada yang kata sedekah. Boleh ke yang cukup tulang 4 kerat terima sedekah. Rasa-rasanya haram terima sedekah mereka ini. Tak masuk dalam asnafnya.

4. Opsss. Silap. Takkan fatah tak tahu. Fitnah haram. Takkan Al ustattt Mohamad Daudddd buat fitnah. Masuk neraka. Merekakan ahli syurga. Tak boleh dan takkan buat fitnah.

5. Akhirnya : Sama aje. Lain kali jangan dok kata orang . Kamu masih belum diuji. Bukan baik. Dah nampak emas dan cahaya yang mat terang di hujung terowong kot. Itu yang silau biji mata semuanya. Lepas ni , semua YB-YB PAS dan pemgikutnya akan pakai kot pulak dah. Tak ada lagi kopiah dan serban serta tak berjanggut............Hmmmmmmmm.

No comments:

Post a Comment