Saturday, 6 June 2009

CADANGAN PAS, PM SAMAN PEMFITNAH : KOMEN PELAYAR


Dipetik dari komen yang ditulis kepada blog ini oleh pembaca berkaitan cadangan Hj Hadi semasa ucapan dasar Muktamar Agung PAS semalam yang pada pandangan PG baik untuk difikirkan oleh kita semua. Kepada PG, memang amat dangkal cadangan Hj Hadi ini dan langsung tidak berpengetahuan dalam undang-undang.


Kadang-kala PG kesian kepada penyokong mereka yang mengikut membuta tuli sahaja apa yang disuarakan oleh pemimpin mereka. Jadi begini kerana mereka membenarkan orang lain mengawal otak dan perasaan mereka dan kerana dendam kesumat yang mendalam. Jadi mereka tidak dapat berfikir dengan waras.


Alizul said...

1. Saya hairan mengapa banyak lagi yang tak faham tentang isu Altantuya ini. Beberapa blogger telah pun menjelaskan perkara, tetapi masih lagi banyak yang tak tahu atau sengaja membutakan mata dan hati mereka.


2. Biasanya apabila "A" menuduh "B" melakukan jenayah, "A" wajib menunjukkan BUKTI-BUKTI kukuh yang menunjukkan "B" telah benar-benar melakukan jenayah itu. Perlukah "B" buat sesuatu? Begitu juga dengan Najib. Terpulanglah kepada orang-orang yang menuduhnya, seperti Raja Petra dan Anwar Ibrahim, menunjukkan bukti-bukti kukuh yang Najib terlibat.


3. Najib telah beberapa kali menafi penglibatannya, malah telah pun bersumpah dengan nama Allah. Sumpahnya sudah memadaii kerana sebagai seorang Islam, kita tidak boleh main-main dengan sumpah seperti ini. Sebaliknya, pernahkah Raja Petra dan Anwar bersumpah?


4. Ingatlah: Dua insan akan digantung sampai mati kerana pembunuhan itu. Raja Petra dan Anwar berkata mereka mempunyai bukti-bukti yang Najib terlibat. Mana dia bukti-bukti itu? Sampai sekarang, mereka tidak pernah menunjukkan bukti-bukti itu. Kita masih menunggu! Ingat, dua insan boleh diselamatkan dari tali gantung.


5. Atau pun sebenarnya, mereka tidak mempunyai satu bukti pun dan mereka tidak langsung berniat menunjukkan belas kasihan dan tidak peduli tentang kehidupan dua insan itu. Sekarang pula kita dapati seorang blogger di http://bongkarsauh.blogspot.com/ melaporkan bahawa satu usul akan dikemukakan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat "Mendesak Najib dan isteri membersihkan nama mereka dengan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang terbabit.


6. " Soalannya: Apa perlunya mengemukakan usul tersebut? Mengapa tidak kemukakan usul itu kepada Raja Petra dan Anwar supaya mendedahkan bukti-bukti penglibatan Najib???


7. Kepada semua yang tak faham atau buta mata/hati, sila TANYA TERUS RAJA PETRA DAN ANWAR IBRAHIM. Jangan beri alasan dan jangan cuba mengalihkan perhatian.

No comments:

Post a Comment