FOLLOWERS

Friday, 5 June 2009

UCAPAN DASAR HJ HADI : HANYA HAMPAS SAJA !!


Malaysiakini

Hadi: Bersih nama PM dalam isu Altantuya
Jimadie Shah Othman Jun 5, 09 11:39am

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi gesaan kepada kerajaan agar mengambil tindakan terhadap beberapa media asing yang mencemarkan imej perdana menteri dengan skandal kontrak pertahanan dan kes bunuh Altantuya Shaariibuu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Antara intipati ucapan Dasar Presiden PAS Dato Seri Hj Hadi Awang di Muktamar Agung PAS di Stadium Melawati Selangor pagi tadi ialah :

i. Mengesa PM menyaman mereka yang memfitnah PM dengan isu kontrak pertahanan, kes bunuh Atlantuya.

ii. Mencadangkan agar kerajaan menggunakan dinar emas bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi sekarang.

iii. BN masih mengalami "sindrom sangkalan" terhadap amalan urus tadbir yang rakus, boros dan sarat dengan penyelewengan.

iv. Perlu kefahaman Islam yang sebenarkan digunakan untuk menafsirkan maksud agama dalam Perlembagaan Persekutuan supaya keadilan Islam dapat ditegakkan.

v. Menggesa Dewan Pemudanya "mengakhlakkan" program-program hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dianggap berada di luar ruang lingkup kegiatan parti.

2. Inilah diantara ucapan dasar presiden yang nampak menarik dan boleh diulas. Tetapi keseluruhannya hanya hampas , tidak sepadan dengan taraf presiden parti. Semua yang diucapkan oleh Hj Hadi hanyalah taraf berborak di kedai kopi dan isu lama serta menceduk ilmu dan idea Tun Mahathir ( yang amat dihina dan di maki hamun setiap hari oleh PAS termasuk HJ Hadi ).


3. Berkenaan saman fitnah yang dicadang agar PM ambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, PG berpendapat seperti yang PG tulis sebelum ini, jangan layan. Buang masa sahaja. Tak ada buruknya nama PM. PR aje yang selalu memburukkan PM. Kalau semua pemimpin PR tak memfitnah , maka tak adalah fitnah tu sampai ke dunia luar.


4. Jadi PM ini seperti juga masa Tun Mahathir, berjuta tan sehari fitnah yang ditaburkan. Itu tak termasuk maki hamun dan cercaan lagi. Jadi , buang masa saja PM nak tumpukan kepada fitnah ini. Tak buat kerja lainlah.

Kepada PM , PG cadangkan , tumpukan minda dan kecerdikan Dato Seri untuk negara bukan kepada peribadi. Kalau mereka yang memfitnah ini ada bukti , kemukakan bukti dan buat lapuran polis. Jangan cakap aje. Semua orang boleh cakap itu dan ini. PG pun boleh cakap bersepah rasuah dalam pentadbiran PAS Kelantan. Tapi mana buktinya.


5. Tentang kerajaan boros, berbelanja mewah dan sebagainya yang didakwa oleh Hj Hadi: PG nak ingatkan sahaja iaitu semasa pemerintahan Tun Mahathir dahulu : PAS ( termasuk pakar putar belit si Mahfuz tu ) dan termasuk Hj Hadi juga, dan DAP, termasuk pemimpin dalam kerajaan sendiri sudah mendakwa perkara yang sama. Lebuhraya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Putra Jaya, KLCC , DayaBumi , semuanya dikatakan projek gajah putih. Kerajaan dituduh dengan berbagai fitnah dan cercaan.


6. Seperti membazir, lintah darat, boros. Ini termasuk bila Tun Mahathir mendirikan kilang Proton. Dikatakan projek tak berdaya maju, tak berfikir panjang, projek gantung diri/bunih diri. Lihat dalam bulitin PAS dan juga surat khabar DAP. Semjuanya mengatakan yang buruk sahaja projek yang TUN Mahathir bina. Akhirnya, kesemua mereka ini menjilat muntah mereka sendiri.


7. Begitu juga dengan saranan Hj Hadi agar digunakan dinar. Ini pun idea Tun Mahathir. Tapi Tun mencadangkan dalammbentuk yang lebih komprehensif. Bukan sekadar sebutan seperti Hj Hadi. Siap dengan pelan dan juga butir-buir terperinci. Kalau cakap setakat konsep aje , tak payah cakap lah. Semua orang boleh cakap bab konsep tapi akhirnya . Hampas pun tak ada.


8. Begitu juga dengan nak mengakhlakkan hiburan. Kerajaan dah lakukan ini secara berterusan. Dan kini pun masih berterusan dengan berbagai peraturan adan pemantauan. Ia akan mengambil masa. Setakat nak keluarkan konsep mengakhlakkan senang le. Tapi butirannya mana. Macam hudud juga, cakap dan berpuluh tahun dan memaki hamuin kerajaan juga dah berpuluh tahun kerana tak laksanakan hukum hudud.


9. Bila PAS perintah Terengganu dahulu, terkial-kial bila dicabar oleh kerajaan untuk buktikan daan tunjukkan hudud yang PAS cakap dah puluhan tahun secara bertulis kerajaan nak lihat. Bertahun-tahun. Tak ada apa pun. Berpeluh . Akhirnya baru terkial-kial nak tulis. Itupun dok perah tenaga si ketua hakim yang dibuang kerja untuk menulis hudud tersebut. Hampir 2 tahun baru siap. Bila PG lihat sendiri Huduh yang asyik dilaungkan oleh PAS sejak penubuhannya hanya mereka pandai bercakap sahaja.


11. Nak tahu apa yang mereka tulis? 80 peratus dari Hudud yang dikatakan itu adalah salinan semula Kanun Keseksaan ( kecuali bab-bab yang berkaitan hudud). Yang lain berkaitan dengan jenayah 100% disalin semula dari kanun keseksaan. Kanun Acara Jenayah juga kemudian diubah bulat-bulat menjadi Hukum Acara Jenayah Islam. 100 % disalin bulat-bulat dari KAJ tersebut yang dibuat dan digubal oleh BN.


11. Setelah itu, Akta keterangan Islam ? hudud pun tak ada. Jadi kepada PG, Mereka ini pandai bercakap bab konsep aje. Sibodoh bolehlah mereka tipu . Bila kena dan dicabar untuk didaptkan perincian dan butiran tentang konsep-konsep yang dilontarkan mereka: kosong. Mereka hanya boleh bercakap. Kertas konsep pun tak ada. Itu ajelah taraf mereka.


12. Sampai sekarang pun begitu. Lihat ajelah di Kelantan. Mana ada perancangan jangka panjang untuk 20 tahun akan datang? Tak ada. Pemimpin PAS ini, buka mata ( Kalau hidup lagi keesokkan harinya ) , terlintas satu perkara maka mencecehlah berucap sana sini. Tak ada pelan dan ranka tindakan jangka pendek dan jangka panjang. Mereka hanya putar belitkan isu. Itu aje.

2 comments:

  1. ceh .. dorg mmg menjilat muntah sendiri.. pelbagai cercaan mereka taburkan pada pemimpin yg ada pada masa itu .. mereka sendiri yg menyebarkan kepada orang umum.. mereka sendiri yg mengamalkan politik hasut dn fitnah.. bila org plak mengata mereka itulah inilah mulalah mereka melenting.. bodoh giler.. dinar tu diperkenalkan oleh D.Mahathir. apsal plak hadi nak sebok cakap pasal mende tu? .. agaknya dah xde idea utk dibuangkan air liurnya pada pengikutnya.. dasar pemimpin yg cepat ketandusan idea.. kate nak laksanakan hudud tetapi sampai sekarang tak buat.. nak tunggu ape lagi? nak tawan Kuala Lumpur? C`mon la, negeri ganu dah ditawan maka laksanakan jerlah .. tapi agaknya mereka sendiri takut dgn hukum hudud... bagi cadangan bukan main hebat, tetapi perlaksanaan? satu pun takde.. lain plak dengan BN, cakap mmg cakap juga.. but kebanyakannya terlaksana.. bukan sekadar kata2 janji kosong.

    ReplyDelete
  2. Saya hairan mengapa banyak lagi yang tak faham tentang isu Altantuya ini. Beberapa blogger telah pun menjelaskan perkara, tetapi masih lagi banyak yang tak tahu atau sengaja membutakan mata dan hati mereka.

    Biasanya apabila "A" menuduh "B" melakukan jenayah, "A" wajib menunjukkan BUKTI-BUKTI kukuh yang menunjukkan "B" telah benar-benar melakukan
    jenayah itu. Perlukah "B" buat sesuatu? Begitu juga dengan Najib. Terpulanglah kepada orang-orang yang menuduhnya, seperti Raja Petra dan Anwar Ibrahim, menunjukkan bukti-bukti kukuh yang Najib terlibat. Najib telah beberapa kali menafi penglibatannya, malah telah pun bersumpah dengan nama Allah. Sumpahnya sudah memadaii kerana sebagai seorang Islam, kita tidak boleh main-main dengan sumpah seperti ini. Sebaliknya, pernahkah Raja Petra dan Anwar bersumpah?

    Ingatlah: Dua insan akan digantung sampai mati kerana pembunuhan itu. Raja Petra dan Anwar berkata mereka mempunyai bukti-bukti yang Najib terlibat. Mana dia bukti-bukti itu? Sampai sekarang, mereka tidak pernah menunjukkan bukti-bukti itu. Kita masih menunggu! Ingat, dua insan boleh diselamatkan dari tali gantung. Atau pun sebenarnya, mereka tidak mempunyai satu bukti pun dan mereka tidak langsung berniat menunjukkan belas kasihan dan tidak peduli tentang kehidupan dua insan itu.

    Sekarang pula kita dapati seorang blogger di http://bongkarsauh.blogspot.com/ melaporkan bahawa satu usul akan dikemukakan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat "Mendesak Najib dan isteri membersihkan nama mereka dengan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang terbabit." Soalannya: Apa perlunya mengemukakan usul tersebut? Mengapa tidak kemukakan usul itu kepada Raja Petra dan Anwar supaya mendedahkan bukti-bukti penglibatan Najib???

    Kepada semua yang tak faham atau buta mata/hati, sila TANYA TERUS RAJA PETRA DAN ANWAR IBRAHIM. Jangan beri alasan dan jangan cuba mengalihkan perhatian.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR