FOLLOWERS

Sunday, 7 June 2009

KAYVEAS DAN PPP IKRAR TAAT PADA PM DAN BN

Berita Minggu
7 jun 2009


PPP ikrar setia kepada BN, kepemimpinan Najib

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) yang mempunyai keahlian 574,000 hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasiional (BN). Presiden PPP, Datuk M Kayveas, berkata parti itu juga akan tetap setia bersama BN dan berjuang bersama-sama parti komponen BN dalam satu pasukan. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Ada ke nilai kesetian dalam hati Kayveas dan PPP? Atau hanya kerana kedudukan tersepit dan mula mencari dahan untuk bergantung?


2. Semua rakyat Malaysia tahu siapa PPP dan pemimpinnya. Ia parti yang tiada pendirian dan hanya parti semua yang asyik buat gempar dalam cawan tapi ibarat tin kosong. Cakap berdegar tapi habuk pun tak ada.


3. Adakah baru sekarang PPP dan Kayveas hendak melahirkan kesetiaan? Ke mana arah tuju dan kesetian Kayveas dan PPP sebelum ini atau lebih tepat selepas PRU 12?. Yang kami semua nampak beliau adalah parti pembangkang dan perkauman dalam BN. Suaranya pemimpinnya dan juga parti ini adalah suara pembangkang yang kerap menikam UMNO terutamanya dari belakang. Selain itu menikam dan gaduh gempar dengan semua parti komponen lain dalam BN.


4. Cadangan bagi pembangunan negara tiada. Yang ada hanya menyerbu bilik mayat dan komplen jabatan kerajaan sana sini yang belum tentu hujung pangkal kebenarannya. Semuanya dilakukan untuk mempopularkan diri sendiri dan pemimpinnnya. Tiada satu pun cadangan yang dilontarkan bagi memperkuatkan parti dan BN apatah lagi untuk pembangunan negara.


5. Kepada PG, biar PM dan TPM kuburkan terus PPP ini. Senang. Ada dalam BN pun macam tak ada. Bila tersepit , lidah panjang 2 jengkal melahirkan kesetiaan. Inilah jenis pemimpin yang ada dalam PPP. Itupun ada seekor dua pemimpin dan parti nyamuk dalam BN cuba mengikut jejak PPP . Semua tahu siapa dia. Kerjanya minta orang melayu dan UMNO minta maaf aje. Perbalahan dalam parti pun tak boleh diselesaikan.


6. Jadi kepada PD: Boleh jalanlah dengan ikrar kesetiaan PPP dan Kayveas ini. Nak muntah PG mendengarnya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR