FOLLOWERS

Thursday, 18 June 2009

DUA CERDIK PANDAI ISLAM BERGADUH : MEMALUKAN !


Berita Harian
18 jun 2009

Pensyarah saman penulis blog RM1 juta isu wahhabi

SHAH ALAM: Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini memfailkan saman terhadap seorang pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bagi menuntut ganti rugi RM1 juta berhubung isu fahaman “Wahhabi” yang diterbitkan dalam sebuah blog yang didakwa memfitnahnya.

Dr Azwira Abdul Aziz, 41, pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, UKM, memfailkan saman itu melalui peguamnya, Adnan Seman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan plaintif menamakan Zamihan Mat Zin, penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, ILIM, yang juga pemilik blog al-ghari.blogspot.com sebagai defendan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apalah sampai nak saman menyaman. PG memang mengikuti kes ini dari dulu. Blog Ustat yang disaman pun PG selalu baca. Dari yang PG baca isu ini, Dekan Fakulti Pengajian Islam pun di saman dan Dekan tu juga dah menyaman balik Dr. Azwira. Kes tersebut senyap hingga kini. Bacaan lanjut : KLIK

2. Jadi pada PG sebenarnya, kedua-duanya betul dan dua-duanya tak salah. Kedua aliran tersebut tak bercanggah dengan islam. Berbagai mazhab yang ada dalam islam. Alul Sunnah Waljamaah ( 4 aliran ), Wahhabi, Syiah, Mukhtazilah dan berbagai mazhab yang ada. Semuanya benar. Cuma perbezaan yang kecil antara mazhab ini dari segi cabang-cabangnya. Semua mazhab ini tidak menyentuh dan tidak berbeza dari segi rukun islam dan rukun iman. Dua ini yang mustahak dan menentukan samada sesuatu ajaran / mazhab itu sesat atau sebaliknya.

3. PG pernah mengikut kuliah yang dimbil semasa belajar di UM pada tahun 1983. Yang mengajanya ialah Prof. Dato Uthman Ishak ( Dekan Fakulti Pengajian Islam UM ) dan Prof. Dr Lutpi Ibrahim ( mengajar mengenai Mazhab Syiah dan perkembangannya serta perbezaan dengan mazhab Wal Jamaah ).

4. Keduanya menerangkan, semua mazhab di atas tak ada salahnya. Jika ada perbezaan pendapat itu biasalah. Cuma jangan mempertikaikan rukun islam dan rukun iaman . Cukup. Tak sesatlah.

5. Isu di atas dari pengamatan PG, hanya perbezaan pandangan dan aliran. Dr Azawati pun tak sesat, Ustat Zamihan al-Ghari pun tak sesat. Perbezaan pandangan sahaja berdasar aliran dan pengajian yang dikuti. Jadi dua pihak melihat pihak satu lagi sebagai sesat dan sebaliknya.

6. Pegang pada tali Allah sudah memadai. Shahadah itu pengikat kita. Apa nak gaduhkan dan sesat dan menyesatkan orang lain. Perkara mudah aje. Itu yang kedua Prof saya di atas ajarkan.

7. Isu saman menyaman sehingga menulis buku mengecam dan berbahas secara terbuka yang belum tentu orang awam islam tahu maka ini akan menimbulkan kekeliruan. Seperti kita ok lah. Bagi orang awam islam ? Bagaimana?

8. Bawa berbincang. Berbagai kaedah ada dalam islam untuk menyelesaikan perbezaan ini. Atau masing-masing ikut fahaman masing-masing. Semuanya tak salah dan tak sesat. Berbaik sangka. Jika ia berlarutan ia akan menjejaskan imej islam dan imej bijak pandai islam juga. Apatah lagi kedua mereka pun adalah cerdik pandai islam.

9. Untuk kedua mereka. Beristighafar banyak-banyak. hari-hari kita sembahyang. Jadi patuhilah apa yang ada dalam sembahyang dan solat. Air sembahyang pun diambil bagi mencuci berbagai anggota badan. Tujuannya supaya suci segala mulut dan semua badan kita dari hasad dengki juga ( maksud dan natijahnya )

10. Ini kali kedua perkara ini yang melibatkan cerdik pandai islam bergaduh. Dulunya seorang dan jadi menteri lagi. Bergaduh dengan jiran hal rumput dan halaman rumah aje. Mudah sangat nak selesainya. Jadi kepada kedua mereka yang alim ini , carilah titik pertemuan.

11. Mungkin ini sebahagian ujian Allah untuk menguji anda berdua dalam hal agama dan menguji sejauh mana bijaknya anda berdua menyelesaikannya sebelum memberikan ilmu islam kepada orang macam kami ini. Fikirkanlah.

12. Kata-kata Amir Hamzah dalam Blog : Segalanya mungkin: Kata Amirhamzah " MENGKRITIK TIDAK BERERTI MENENTANG,MEMUJI TIDAK SEMESTINYA MENYOKONG, MENEGUR TIDAK BERMAKNA MEMBENCI, DAN BERBEZA PENDAPATADALAH KAWAN BERFIKIR YANG BAIK ". Kata-kata hikmat di atas tadi mungkin boleh dijadikan renungan kepada dua cerdik pandai islam ini. Semuga anda berdua diberkati Allah hendaknya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR