Berita Harian
17 jun 2009
Malaysia masuk semula senarai
WASHINGTON: Amerika Syarikat semalam memasukkan semula rakan dagang, Malaysia, dalam senarai hitam negara yang menyeludup manusia, selain enam negara Afrika lagi iaitu Chad, Eritrea, Niger, Mauritania, Swaziland dan Zimbabwe.
WASHINGTON: Amerika Syarikat semalam memasukkan semula rakan dagang, Malaysia, dalam senarai hitam negara yang menyeludup manusia, selain enam negara Afrika lagi iaitu Chad, Eritrea, Niger, Mauritania, Swaziland dan Zimbabwe.
‘Laporan Penyeludupan Manusia’ berkenaan mendakwa, Malaysia tidak mematuhi sepenuhnya standard minimum bagi menghapuskan penyeludupan dan tidak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu. Tahun lalu, laporan itu memasukkan Malaysia dalam kategori ‘senarai dipantau’ selepas senarai 2007 menyatakan ia membuat usaha besar akur kepada standard itu. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Malaysia perlu bertindak segera atas tindakan US yang menyenarai hitamkan negara atas alasan tidak mematuhi sepenuhnya standard minimum penyeludupan manusia.
2. Jika perkara ini tidak benar, maka semua pihak terutama Kementerian luar perlu menjalankan usaha diplomatik secara agresif bagi membersihkan nama negara . Ia boleh dibuat melalui usaha diplomati seperti memberi penerangan dan bukti mencukupi memberi gambaran sebenar mngenai isu ini.
3. Sekiranya tindakan lambat diambil maka ia akan menjejaskan nama negara di mata dunia dan juga Malaysia akan dikenakan sekatan dagang dan sebagainya oleh US.
4. Bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab menangani isu ini seperti imigresen dan PDRM : sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Isu ini timbul dan Malaysia disenaraihitamkan oleh US atas alasan " walaupun kerajaannya mengambil langkah berdasarkan undang-undang antipenyeludupan dari segi penyeludupan pelacur, ia belum sepenuhnya menangani isu dari segi kemanusiaan khususnya penyeludupan buruh.’ .................... Katanya lagi, usaha awal Jabatan Imigresen Malaysia memerangi penyeludupan manusia dibayangi ‘dakwaan yang ada bukti’ bahawa pegawai imigresen tertentu mengambil bahagian dalam penyeludupan dan peras ugut pelarian Myanmar.
5. Jadi ini sahaja sebab mengapa Malaysia di senarai hitamkan. Kakitangan Imigresen didakwa terlibat sebahagiannya. Dari aspek undang-undang, Malaysia sudah cukup undang-undang bagi membendung dan mencegah masalah penyeludupan manusia. Ini US dan PBB tidak pernah mempertikaikannya.
6. Oleh yang demikian PDRM wajib mengambil tindakan keras termasuk dikenakan tahanan ISA kepada mereka dan juga kepada pegawai -pegawai kerajaan termasuk imigresen dan Polis bagi membendung masalah ini jika benar seperti dakwaan US tersebut . Undang-undang lain juga boleh digunakan seperti akta kediaman terhad dan undang-undang berkaitan yang lain .
7. Sebelum ini pun PDRM telah berjaya membenteras kemasukan pendatang asing dengan menangkap dibawah ISA terhadap tekong-tekong darat yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan dan penjenayah awam yang lain. Ini termasuk pegawai Imigresen dan pegawai polis sendiri dikenakan tindakan keras yang sama.
8. PDRM juga sebelum ini dilihat berjaya membenteras pengeluaran Kad Pengenalan palsu dan juga paspot palsu dengan menangkap pegawai imigeren serta pegawai jabatan pendaftaran si seluruh negara termasuk Sabah dan serawak sekitar tahun 1990an yang mana menurut lapuran akhbar sehingga 30 orang lebih ditahan di bawah ISA kerana perkara di atas.
9. Kesimpulannya tindakan yang sama dan berterusan haruslah dilakukan secara menyeluruh bagi menangani masalah ini kerana jika dibiarkan, ia akan memberikan impak yang buruk kepada negara dari semua aspek.
11. Bertindaklah segera.
No comments:
Post a Comment