Malaysiakini
PKR mahu jadi 'paling demokratik' di M'sia
Abdul Rahim Sabri Jun 10, 09 1:22pm
Abdul Rahim Sabri Jun 10, 09 1:22pm
PKR akan mengadakan kongres nasional khas Sabtu ini untuk membincang dan meluluskan tujuh usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.
Empat usul ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.
................................"Sekiranya ia diluluskan, PKR akan mencatat sejarah sebagai parti politik pertama memberi hak kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan parti," katanya lagi dalam sidang akhbar hari ini. . Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Nak gelak membaca usul yang akan dibawa oleh PKR sempena kongress Nasionalnya hari ini. YB Sivarasa , Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Subang mengatakan , dengan pindaan tersebut nanti PKR akan menjadi parti paling demokratik.
3. Ya ke. Apa yang demokratiknya. Dan tidak ada yang baru pun dalam usul meminda perlembagaan PKR. UMNO dan MCA dan mendahului nya terlebih dahulu cara ini. Contohnya MCA dah hadkan tempoh masa jawatan Presiden.
4. Juga usul ahli-ahli akan secara lansung memilih presiden. Inipun meniru apa yang UMNO buat. UMNO dahulu yang mencadangkan cara pemilihan ini semasa PAU tahun lepas.
5. Jadi PG nak gelak tu kerana semuanya meniru parti komponen BN yang telah lama mengamalkannya dan meniru cara yang akan UMNO buat dalam pemilihan presiden. Tak ada yang baru.
6. Juga dengan pindaan di atas pun, tidak bermakna PKR parti paling demokratik. Apa makna demokratik? Kalau demokratik , pemimpin PKR tidak akaan menggunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah dalaman yang dicpta mereka. Contoh melakukan siri PRK. Semua atas masalah yang dicetuskan oelh PKR. Rakyat dipergunakan. Ini bukan demokratik. Tetapi menyalah gunakan sistem dan namanya.
7. Demokratik bukan sekadar pindaan di atas. Itu hanya make-up luaran sahaja. Yang menampakkan demokratik adalah tindakan dan gaya kepimpinan pemimpin itu yang lebih mustahak. Ia boleh menunjukkan demokratik atau tidak.
8. Ini kalau dilihat, media dihalang di Selangor jika media berkenaan dilihat kerap melapurkan berita yang tidak menurut kehendak dan selera mereka. Adakah ini demokratik?
9. Apa lagi yang demokratiknya kalau sekadar meminda perkara-perkara di atas? Tak ada satu yang signifikan pun pindaan tersebut dengan perkara " paling demokratik di Malaysia". Dan ia bukan perkara baru. Bukan sesuatu yang perlu diwar-warkan akan jadi parti paling demokratik. Semua dah dilakukan oleh parti lain di Malaysia.
10. Perkara yang mustahak ialah tindakan parti dan pemimpin tersebut samada demokratik atau tidak. Ini yang mustahak.
11. Jadi tak ada perkara baru dan tak ada isu dalam hal ini. Hanya untuk memperlihatkan kepandaian / kepandiran mereka kepada pengikut mereka yang dah pandir. Mungkin juga nak mengalihkan sedikit perhatian penyokong PKR terhadap perbicaraan DSAI yang berlangsung tidak lama lagi.
12. Biasalah. Inilah yang selalu dilakukannnya pun. Tak demokratik PKR. Semua perkara diputuskan oelh presiden / DSAI. Ini parti diktator. Dah kenal lama DSAI ini.............
No comments:
Post a Comment