FOLLOWERS

Monday, 8 June 2009

USUL HARAM SIS OLEH PAS : TERESA CAMPUR TANGAN !


Malaysiakini

DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan oleh muktamar PAS semalam untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS).Usul yang dibawa PAS Shah Alam dan diterima tanpa bahas itu, mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.


"Sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama," kata Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok yang juga ahli parlimen Seputeh.Dalam satu kenyataan, Teresa berkata sikap mahu mengharamkan sesuatu adalah sifat Umno dan BN yang patut ditolak kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia serta melanggar hak-hak kebebasan sejagat.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Cukup biadap YB ini. Adakah beliau beragama islam? Apa hak beliau mencampuri hal ehwal agama islam yang beliau sendiri tidak faham hujung pangkalnya.

2. Beliau begitu bebal tentang topik perbincangan dan usul yang diluluskan sebulat suara oleh PAS di Muktamar Agung ahad lalu. YB ini bercakap tentang kebebasan berpesatuan dan kebebasan bercakap dan kebebasan tentang perbezaan pendapat.

3. Beliau begitu bebal memahami usul ini yang memang PG sudah lama utarakan di dalam blog ini agar aktiviti dan NGO ini dipantau atau diharamkan terus. Jadi dalam hal ini YB Teresa tidak faham bahawa usul ini berkaitan dengan pemeliharaan akidah umat islam dan memelihara kesucian agama islam. Dalam islam menjaga agama dan akidah umatnya adalah wajib dan tiada tolak ansur. Ini bukan soal kebebasan.

4. Jika kebebasan yang diperjuangkan oleh YB dangkal dan bebal ini , maka bolehlah kita umat islam membuat cadangan dan memberikan pandangan tentang agama lain termasuk agama yang dianuti oleh Teresa? Ini bukan hal Pertubuhan SIS. Ini hal melibatkan kesucian agama islam dan akidah orang islam. Bezakan ini. Inilah menampakkan kebodohan YB ini.

5. Juga Teresa lupa bahawa Islam dan agamanya dijamin di dalam perlembagaan. Juga ia terletak di bawah kuasa sultan di negeri-negeri kecuali yang tiada DYMM Sultan maka hal agama dan adat istiadat ini adalah di bawah kuasa DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.

6. mengapa beliau begitu berani dan biadap mencampuri hal ehwal islam? Mahukan beliau dan relakah beliau jika agamanya juga disentuh oleh orang islam. Jadi jaga mulut anda baik-baik. Natijahnya amat bahaya. Anda bercakap dengan kebodohan anda dan hanya mengambil kira dari segi kepentingan politik. hal ini tiada kena mengena dengan politik.

7. Kepada PAS: Tegaskan hal ini kepada rakan baik anda ini. Jangan mencampuri urusan yang tiada mengena dengannya dan salah dari segi etika dan undang-undang serta sensitviti keagamaan. Jangan jadi pak pandir dan bodoh juga denganberdiam diri dalam hal ini.

8. Ini semua kerana gara-gara anda memberi muka kepada makhluk ini bercakap dipentas politk dengan menggunakan ayat Quran sebelum ini. Siap anda semua bertakbir lagi bila kumpulan ini membaca ayat suci tersebut. dan siap halalkan pula perbuatan tersebut.

9. Inilah jadinya. Tegaskan kepada YB dangkal dan bebal ini. Pisahkan hal ini dari politik dan beritahu rakan baik anda ini tentang sempadan yang perlu beliau patuhi dan beringat. Politik tak ke mana. Agama kami kekal sehingga kiamat.

10. PG nak melihat dalam masa terdekat tentang respon PAS dalam hal ini. Jika PAS hanya diamkan diri maka parti ini adalah parti yang tidak ikhlas dan menafik. Nerakalah tempatnya. Sebab itu, PG tetap berpendapat , atas alasan apa pun agama tidak boleh dan jangan sesekali dipolitikkan . Ia mengatasi dan teratas dari segala-galanya. Tidak kira ianya Islam, Buddha, Hindu dan sebagainya.

11. Sementara itu, dari sekarang YB ini perlu DIAMMMMMMMMMMMM.......

3 comments:

  1. memang atikel yang baik untuk dibawa oleh semua orang Melayu - islam kerana , keadaan politik kita sekarang yang begitu kalaruan

    ReplyDelete
  2. satu lontaran pendapat yang tepat dan bertanggungjawab terhadap kesucian agama islam

    ReplyDelete
  3. ini baru sedikit harga yg perlu pas bayar demi menjaga hati rakan pakatan.semoga Allah memberi kekuatan kepada pemimpin muslim untuk berdepan dgn masalah ini...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR