Malaysiakini
'Bini puaka' bawa siswa ke mahkamah
author_photo("Abdul Rahim Sabri")
Abdul Rahim SabriJun 30, 0910:33am
kemaskini 7.31pm Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.
Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini petang ini, kedua-dua pelajar tahun dua itu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3 petang tadi. Selain contengan, menurut sumber polis lagi, terdapat kesan simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak.
Kesalahan-kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, kata pegawai polis tersebut yang enggan dikenali.Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Berita berkaitan seperti posting terdahulu PG pada 30 jun 2009. KLIK.
2. Kepada kerajaan dan pihak berkuasa, ambil tindakan tegas kepada mereka ini. Beri isyarat jelas juga kepada budak mentah ini juga kepada yang lain. Jangan mempermainkan undang-undang dan berlagak cerdik. Mereka ini berperangai seperti budak kecil yang melakukan vandalisme di pondok-pondok teliponawam dan kemudahan awam yang lain.
3. Mereka ini , belajarnya tak seberapa tetapi mengalahkan mereka yang mendapat 3.7 markahnya kalau melihat mereka ini bercakap dan gayanya. Markah mereka ini semuanya cukup makan aje. Tak percaya lihatlah keputusan mereka yang ditangkap ini.
4. Beperwatakkan islam tetapi berperangai seperti......................................................................
5. Kepada pelajar-pelajar islam dan melayu yang lain: tuntutlah ilmu betul-betul. Daptkan keputusan yang baik seperti kaum dan bangsa lain. Jangan cakap sahaj berdegar-degar bagai nak runtuh bumi dan bangunan fakulti. Sedarlah dari mana kita datang. Tak kerana bantuan kerajaan , tak layak dan tak mampu pun mereka ke Universiti.
6. Insaflah..............
jgn jdi pgmpu. Tunggulh kbngkitan mhsiswa. Student power!!!!
ReplyDeleteSAYA SETUJU DENGAN PANDANGAN TUAN!
ReplyDeleteSAYA SUDAH MASUKKAN LINK TUAN KE DALAM BLOG SAYA! TQ
anoy. jangan angkuh la setakat ijazah pertama pengajian islam tu. kami semua ni dah 25 tahun dulu lagi dah jadi mahasiswa um. PG dah ada 4 jazah dan diploma lepasan ijazah. masters pun ada. tak hairan pun. belajarlah jadi orang cerdik dan terbuka akal sikit. Kenal dunia betul2. jangan otak dikongkong oleh kepartian. belajar mengenal dulu dunia semasa di u. keluar nanti baru tetapkan pendirian. selamat belajar dan dapatkan 3.7 ke atas. rm 1000 PG berikan.
ReplyDeleteTQ PARPU KARI. SALAM PERKENALAN.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteInilah wajah-wajah buruk pelajar bangsa kita.Kalau semangat sebegini kuat ditumpukan kepada ilmu tentu akan menjadi manusia genius.
Akibat tersalah letak semangat menjadikan diri haprak dan akhirnya jadilah kutu gerahak yang hilang ilmu.
Jangan jadi Maha Siwa Melayu Haprak!!!!
ReplyDeleteBuat perabis duit emak bapa aja!!