FOLLOWERS

Thursday, 11 June 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : TANGKAPAN !


Nota : Inilah adalah kuliah dan catatan tambahan kuliah-kuliah undang-undang yang PG pernah ikuti bagi Diploma siswazah 2001-2002. Mungkin ia bermenafaat untuk semua.


Sistem Keadilan Jenayah
Tangkapan


1. Bagaimana tangkapan dibuat

Tangkapan dibuat dengan menyentuh atau mengurong orang hendak ditangkap kecuali dia menyerah dengan baik samada dengan perkataan atau perbuatan. Peruntukan terdapat dibawah seksen 15 CPC.

15(1) In making an arrest the police officer or other person making the same shall actually touch or confine the body of the person to be arrested unless there is a submission to the custody by word or action.

2.Tidak semua kes-kes boleh ditangkap dan kes-kes tidak lazim ditangkap tidak boleh ditangkap. Definasi boleh ditangkap seperti seksen 2 CPC.

"seizable offence" means an offence for which and "seizable case" means a case in which a police officer may ordinarily arrest without warrant according to the third column of the First Schedule;

3. ( Kesalahan lazim ditangkap bermaksud pihak polis boleh menangkap tanpa waran) dan kesalahan tidak lazim ditangkap adalah biasa polis tidak boleh menangkap tanpa waran seperti seksen 2 CPC.

"non-seizable offence" means an offence for which and "non-seizable case" means a case in which a police officer may not ordinarily arrest without warrant according to the third column of the First Schedule;

4. Kesalahan-kesalahan yang boleh ditangkap dibawah kesalahan kanun keseksaan terdapat dibawah jadual pertama ruangan ketiga CPC. Bagi undang-undang lain yang tidak dinyatakan samada boleh ditangkap atau tidak hendaklah dirujuk kepada jadual pertama dimana menyatakan jika kesalahan adalah membawa hukuman penjara 3 tahun atau lebih maka ia adalah kesalahan yang boleh ditangkap.

5. Kes waran adalah kesalahan yang boleh dihukum dengan mati atau penjara lebih dari 6 bulan seperti seksen 2 CPC.

"warrant case" means a case relating to an offence punishable with death or with imprisonment for a term exceeding six months;

6. Kes saman adalah kesalahan yang bukannya menjadi kes waran.

Cara-cara waran diserahkan adalah seperti seksen 38 -43 CPC. Waran adalah dialamatnya kepada semua anggota polis dan bagi bukan anggota polis maka nama hendaklah disebut didalam waran. Kandungan terdapat pada seksen 40 CPC.

40. Warrants, to whom directed
(1) A warrant of arrest shall ordinarily be directed to the Inspector-General of Police and all other police officers of Malaysia, and any police officer may execute the warrant in any part of Malaysia.
(2) The Court issuing a warrant may direct it to any person or persons by name not being police officers and all or any one or more of such persons may execute the same.

7. Cara-cara saman diserah adalah seperti seksen 34 -37 CPC.

8. Siapa yang boleh melaksana tangkapan adalah polis,Magistrate,Jaksa Pendamai dan Penghulu seperti terdapat dibawah seksen 11 CPC.

11. Public, when to assist Magistrates, Justices of the Peace and police
Every person is bound to assist a Magistrate, Justice of the Peace, police officer or penghulu reasonably demanding his aid-
(a) in the taking or preventing the escape of any other person whom the Magistrate, Justice of the Peace, police officer or penghulu is authorised to arrest;
(b) in the prevention of a breach of the peace or of any injury attempted to be committed to any railway, tramway, canal, dock, wharf, telegraph or public property; or
(c) in the suppression of a riot or affray.

9. Tangkapan hanya boleh dibuat sekiranya ada terdapat syak munasabah (reasonable suspicious) terdapat kesalahan telah dilakukan. Peruntukan ini terdapat dibawah seksen 23 CPC.

(1) Any police officer or penghulu may without an order from a Magistrate and without a warrant arrest-
(a) any person who has been concerned in any offence committed anywhere in Malaysia which is a seizable offence under any law in force in that part of Malaysia in which it was committed or against whom a reasonable complaint has been made or credible information has been received or a reasonable suspicion exists of his having been so concerned;

10. Hak orang yang ditangkap adalah seperti artikel 5 Perlembagaan iaitu hak diberitahu sebab tangkapan dan hak untuk mendapat khidmat peguam.

11. Setiap orang ditangkap hendaklah dibawa ke hadapan Magistrate dalam masa 24 jam tanpa kelengahan.

12. Saman dan waran boleh dilaksanakan antara Malaysia dan Singgapore dibawah Summonses and Warrants (Special Provisions) Act 1971. Bagi negara-negara lain yang terdapat perjanjian dengan Malaysia ia dibuat melalui Akta Extradisi ,1992.

13. Kes-kes mengenai tangkapan.

***SHAABAN & ORS v CHONG FOOK KAM & ANOR [1969] 2 MLJ 219

14. Pengadu memandu sebuah motokar bersama dengan 4 rakan yang lain di Mentakab apabila datang sebuah lori datang dari hadapan telah terjatuh balak terkena cermin kereta pengadu dan menyebabkan seorang kawannya meninggal dunia .Lori berkenaan tidak berhenti semasa kejadian tetapi nombor lori sempat di catitkan. Pada keesokan harinya lori tersebut dijumpai berhenti disebuah kedai kopi. Seorang polis berpangkat Koperal datang dan membuat tangkapan . Selepas itu datang pegawai polis berpangkat Inspektor datang dan membuat soal siasat. Rayuan telah dibuat kepada Mahkamah Persekutun atas kesalahan tangkapan salah dibuat oleh pihak polis ditolak dan kes kemudian dibawa ke Privy Counsel. Keputusan :

i. Kenyataan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa anggota polis hanya boleh menangkap apabila terdapat bukti `prima Facie` tidak boleh di pakai kerana ianya bukan untuk tangkapan salah tetapi untuk pendakwaan salah.
ii. Pada masa tangkapan (oleh Koperal) dibuat pihak polis belum lagi mempunyai alasan baik untuk membuat tangkapan,maka tangkapan dibuat adalah salah.
iii. Selepas di soal siasat oleh Inspektor dan pihak polis mempunyai alasan baik untuk tangkapan maka tangkapan adalah sah.
Tangkapan adalah salah dibuat didalam kes ini.

Seksen yang disebut adalah seksen 23(1)(a) CPC dan artikel 5(3) Perlembagaan.

15. JAYARAMAN & ORS v PUBLIC PROSECUTOR [1982] 2 MLJ 306

Perayu telah dituduh melakukan pembunuhan tanpa niat dan rayuan mereka telah ditolak. Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi telah mengajukan beberapa soalan untuk dijawab oleh Mahkamah Pesukutuan yang antaranya adakah apabila anggota polis berpangkat Kostable berkata kepada perayu ` jangan pergi kemana-mana ` sudah terjumlah tangkapan.

16. Fakta kes : Beberapa orang melayu telah memusnahkan patung kuil India Kerling. Beberapa orang India kemudian telah menjangka mereka akan datang lain dan menunggu di Kuil. Maklumat ini telah di Maklum kepada polis dan Koperal Abdul Ghani telah pergi kuil berjumpa dengan perayu dan 8 orang lain dan berkata `jangan pergi kemana-mana`. Selepas itu ASP Jamaluddin tiba dan membuat pertanyaan lanjut. Peguam menyatakan apa yang dinyatakan kepada ASP Jamaludin semasa pertaanyaan tidak boleh diterima oleh kerana `jangan pergi kemana-mana ` adalah terjumlah kepada tangkapan dan oleh itu amaran seperti seksen 113 CPC hendaklah diberi terlebih dulu. Diputuskan ` jangan pergi kemana-mana` bukanlah terjumlah sebagai tangkapan. Hakim merujuk keputusan yang dibuat dalam kes Shaaban dimana hakim berkata seperti berikut :

“An arrest occurs when a police officer states in terms that he is arresting or when he uses force to restrain the individual concerned. It occurs also when by words or conduct he makes it clear that he will, if necessary, use force to prevent the individual from going when he may want to go. It does not occur when he stops an individual to make enquiries.”

17. (tangkapan berlaku jika seorang anggota polis menyatakan dia menangkap atau dia menggunakan kekerasan untuk menahan individu terbabit. Ia juga tangkapan sekiranya dengan perkataan atau perbuataan dia menyatakan dengan jelas bahawa dia akan, sekiranya perlu , menggunakan kekerasan untuk mencegah seseorang bergerak kemana tempat yang dia mahu. Ianya bukan tangkapan sekiranya dia memberhentikan seseorang individu untuk membuat pertanyaan) .

19. Pendakwa Raya v Kang Ho Soh [1992] 1 MLJ 360.

Bertindak diatas maklumat diterima Insp. Maanor dan beberapa detektif telah menahan kereta yang dipandu oleh perayu kerana disyakki mempunyai dadah. Apabila ditahan perayu tidak ingin keluar dari keretanya dan dipaksa keluar. Boot belakang kereta dibuka dan sejumlah dadah dijumpai. Apabila ditanya perayu menjawab dadah itu ` saya punya`.Peguam mendakwa apa yang dikatakan tidak boleh diterima oleh kerana tidak diberi amaran dibawah seksen 37A DDA iaitu peruntukan sama dengan seksen 113 CPC dan perayu telah dikira telahpun ditangkap. Diputuskan pada masa itu perayu telah dikira ditangkap dan keterangannya tidak boleh diterima kerana tidak ada amaran. Ini disebabkan maklumat telah diterima terlebih dulu dan dengan merujuk kepads Shaaban Inspektor Maanor bukan menahan untuk membuat pertanyaan.

20. Public Prosecutor v Shee Chin Wah 1998-5 MLJ 429

Perayu yang memandu kereta ditahan di tol Air Keroh dan ganja dijumpai didalam bonet kereta. Apabila ditanya oleh polis perayu berkata ` itu saya punya ` dan ` berilah saya peluang`. Soalannya adakah kenyataan boleh diterima oleh kerana tidak amaran diberikan kerana ianya telah dianggap telah ditangkap. Dalam kes ia telah dianggap telah ditangkap dan kes Kang Ho Soh di rujuk. Hakim juga membincangkan ` actual arrest dan constructive arrest` ( Constructive arrest –bukan dianggap tangkapan ia hanyalah plan untuk menangkap dan bergantung kepada keadaan kes).

21. Tan Kay Teck & Anor v The Attorney General [1957] 1 MLJ 237.

Kes berlaku di Singgapore. Tay dan Isterinya telah ditangkap waktu tengah malam dan dibawa ke Balai Polis Kandang Kerbau dan dibebaskan kira-kira jam 5 pagi dengan jamin. Keesokan harinya dia dituduh atas kesalahan peras ugut dan dibebaskan dengan jamin mahkamah. Tetapi setelah dibebaskan dia dikehendaki pergi Ke Jabatan Jenayah untuk diambil capa jari. Selepas itu apabila tiba masa kes tersebut pendakwa menyatakan tidak ada keterangan. Diputuskan dibawah CPC Singgapore tangkapan hanya boleh dibuat sekiranya ada aduan yang munasabah dan dalam kes ini tidak ada aduan yang munsabah dan tangkapan adalah tidak sah. Tindakan mengarahkan pergi ke jabatan jenayah merupakan juga tangkapan salah.

22. Yong Moi Sin v Kerajaan Malaysia & Anor 2000-1 MLJ 35

Kes samun telah dilapurkan kepada polis melibatkan kecurian loket emas. Dari maklumat polis telah mendapat tahu loket emas telah dijual kepada seorang bernama Khoo dan Khoo telah mengaku telah menjualnya kepada Syarikat Yong (Perayu). Serbuan dibuat dibuat keatas rumah perayu dan peti besi tidak boleh dibuka pada malam itu dan perayu telah ditahan dibalai polis. Keesokan harinya peti besi dapat dibuka dan loket emas tidak dijumpai. Perayu mendakwa tangkapan dan pemereksaan ditempat nya oleh polis adalah tidak sah. Diputuskan dalam kes ini polis telah menerima maklumat yang munasabah dari Khoo dan tangkapan dan tahanan perayu adalah sah.

23. MAHMOOD v GOVERNMENT OF MALAYSIA & ANOR [1974] 1 MLJ 103

Semasa anggota polis membuat rondaan tiba-tiba terdengar suara orang perempuan meminta tolong dan anggota polis melihat perayu melarikan diri dari tempat kejadian. Anggota polis telah memberi amaran untuk berhenti tetapi perayu tidak mengindahkanya dan terus melarikan diri. Tembakan amaran kemudian dilepas tetapi perayu terus melarikan diri. Tembakan kedua kemudian dilepaskan dan mengena perayu. Diputuskan tindakan anggota polis melepaskan tembakan adalah justify dan tidak cuai.

24. HASHIM BIN SAUD V YAHAYA BIN HASIM & ANOR [1977] 1 MLJ 259.

Perayu ditangkap kerana disyakki terlibat dengan curi generator letrik dan di remand dan permohonan untuk berjumpa dengan peguam ditolak semasa ditahan remand. Diputuskan tangkapan adalah sah kerana terdapat syak yang munasabah mengenai kesalahan. Hak berjumpa peguam dibawah perlembagaan tidak menyatakanya hak perayu diberitahu mengenai peruntukan berkenaan.

25. JOHN LEWIS & CO., LTD. v. TIMS. HOUSE OF LORDS [1952] AC 676, [1952] 1 All ER 1203, [1952] 1 WLR 1132, [1952] WN 241.

Seorang lelaki dan anaknya masuk ke sebuah kedai dan mencuri beberapa barangan. Tuan punya kedai kemudian telah mengupah dua orang pengintip/pengawal untuk mengkut kedua-dua mereka. Selepas keluar dari kedai tersebut lelaki dan anak perempuannya masuk kedalam kedai lain dan mencuri barangan dan dimasukkan kedalam beg bapanya. Didalam peraturan kedai hanya pengarah pengurusan boleh membenarkan pendakwaan tuduhan dibuat.


26. Oleh kerana itu kedua-dua lelaki dan anak perempuannya telah dibawa kedalam kedalam kedai tersebut dan ditahan didalam pejabat sehingga keizinan pengarah diperolehi dan dihantar ke balai polis sebaik saja selepas itu. Anak perempuannya telah dituduh dan disabitkan dengan kesalahan, namun bagitu lelaki berkenaan dibebaskan setelah diberi nasihat tidak mengcukupi keterangan bagi pendakwaan. Lelaki tersebut menuntut ganti rugi atas alasan tahanan tidak sah. Diputuskan menahan lelaki berkenaan sebelum mendapat keizinan untuk mendakwa bukanlah kelengahan yang tidak munasabah dan oleh itu tahanan tersebut bukan tidak sah.

10 comments:

  1. Saya tidak ingat dimana saya terbaca dimana waran tangkap kedua dikeluarkan terhadap Raja Petra. Adakah waran tangkap tersebut untuk isu berbeza atau yang sama? Kalau ada 10 waran tangkappun apa gunanya kalau tangkapan tidak dibuat. Waran tangkap kan boleh dikuatkuasakan dimana-mana bahagian persekutuan dan tiada tempoh luput? Kenapa perlu waran tangkap kedua?

    Prof Dr Abd Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    ReplyDelete
  2. ASKUM PROF. WARAN TANGKAP TERSEBUT ADALAH ATAS ISU YANG BERBEZA. MAKLUMAT TAK RSAMI , RPK BERADA DI ADEILADE : PENGHUNI GUA

    ReplyDelete
  3. Ini kiranya kes cabut lari ke negara yang mana tiada perjanjian extradisi diantara kedua negara.

    Adalah baik juga PG dapat memberikan secara imbasan penggunaan Mutual Cooperation Act dan perbezaan nya dengan Extradition Act. Pada saya yang satu itu untuk saksi dan yang satu itu untuk OKT.

    Pening samada nak diajar (Mutual Cooperation Act) dalam subjek Kanun Prosedur Jenayah atau dalam subjek Undang2 Keterangan. Secara imbas ianya lebih kepada Kanun Prosedur jenayah berbanding Undang2 Keterangan. DiMaktab Polis bagaimana?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  4. IA DIAJAR DALAM KANUN PROSEDUR JENAYAH PROF.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. skali lg entry bolg anda mmbntu sy utkk sbjk criminal p.c.terima ksih byk2 PG

    ReplyDelete
  7. salamm..bro gua copy kes shaaban mlj219 tu yea?? ty halal

    ReplyDelete
  8. saya dibebaskan dan di lepaskan oleh makhamah rayuan atas kes 39B.rakan saya masih kekal hukuman gatung sampai skrg.dan skrg saya di panggil utk ke makhamah persekutuan pula.adakah saya akan di jatuh kn hukuman yg lme semula atau sebalik nya

    ReplyDelete
  9. very good information, hari baru dapat surat dari polis apa kesalahan tidak lazim ditangkap.... =-=

    ReplyDelete

PETA PELAYAR