FOLLOWERS

Friday, 12 June 2009

JAMBATAN KETIGA : TAK SETUJU !!



Malaysia secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan membina jambatan ketiga di Penggerang. Ia katanya ada kaitan dengan memajukan iskandar Malaysia. Itu kata PM selepas pulang dari lawatan kerja di Singapura baru-baru ini.


2. Semasa lawatan Lee Kuan Yew ke Malaysia 2 hari lepas , LKY sekali lagi mengesahkan bahawa Singapura bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga tersebut yang akan dibina di kawasan Pengerang.


3. Atas apa alasan pun, PG tetap tidak akan setuju atas cadangan pembinaan jambatan ketiga ini. PG tetap atas cadangan bahawa Malaysia wajib meneruskan semula pembinaan jambatan bengkok / Gerbang Perdana yang pernah dicadangkan oleh Tun Mahathir Mohamad ( sebahagian dari projeknya dan dimulakan dan kemudian dibatalkan oleh Tun Abdullah.


4. Seperti yang PG pernah tuliskan sebelum ini, Malaysia harus merealisasikan semula pembinaan jambatan bengkok. Jambatan bengkok mempunyai kepentingan strategik jangka panjang buat Malaysia. Selain ia boleh melancarkan semula aliran air Selat Tebrau, ia juga akan mengembalikan ekosistem semula jadi di kawasan berkenaan. Nelayan Selat Tebrau juga akan mendapat faedahnya pada jangka masa panjang.


5. Selain itu , jarak perjalanan kapal dagang antara bangsa lebih dekat dan ini akan memajukan dengan mendadak Pelabuhan Tanjung Pelepas. Semistinya semua aktiviti perkapalan dan yang berkaitan denganya akan berpindah dari singapura / Pelabuhan Jurong ke Tanjung Pelepas Malaysia. Palabuhan Singapura akan tutup buat selamanya.


6. Inilah yang amat ditakuti oleh Singapura. Tiada sebab lain. Singapura pada pandangan PG akan / sanggup membina secara percuma seberapa banyak jambatan yang ingin di bina antara Malaysia dan Singapura, tetapi tidak sesekali menggantikan Tambak Johor. Singapura akan mempunyai masalah besar jika Jambatan Bengkok direalisasikan.


7. Jadi Jambatan Bengkok wajib diteruskan jika Malaysia ingin melihat jika ada perundingan selepas ini atas isu tertangguhn akan dipatuhi oleh Singapura. Ini kelebihan kita. Dengan terbinanya Jambatan Bengkok maka kita ada kekuatan untuk mernundukkan Singapura dalam membincangkan isu tertangguh yang masih banyak yang belum selesai.


8. Kepada PM, jangan sesekali menghampakan harapan kami dan semua rakyat Malaysia. Jangan sesekali juga kita diperbodohkan selamanya oleh Singapura. dan juga jangan sekali lagi seorang PM dibenci oleh rakyatnya seperti sebelum ini ( sehingga belaiu dipaksa turun dari jawatannya ). Salah satu sebab yang dibenci oleh rakyat terhadap kerajaan dan Pm sebelum ini adalah kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok tersebut setelah PM pada masa itu bermain golf dengan PM Singapura.


9. Kepada DS Najib, jangan ulangi lagi kesilapan tersebut. hati rakyat Malaysia terutama sekali rakyat Johor semuanya mahukan jambatan bengkok. Ia melambangkan maruah rakyat dan Negara ini. Ia juga adalah kepentingan strategik Malaysia. Dato Sharil juga menentang sekeras-kerasnya pembinaan jambatan ketiga di Pengerang.


10. PM : Dengarlah suara hati kami ini. Buruk akibatnya jika suara hati ini tidak diikuti. PG hanya menyampaikan suara hati mereka sahaja selain suara hati PG sendiri. Bloggers yang lain pun sebahagiannya dah menyuarakannya juga.
11. Dengarlah..........................wahai PM.

5 comments:

  1. Salam kpd Penghuni Gua

    Blog tuan telah diaktifkan kedalam direktori SpotTheBloggers. Sila email jika ada bantahan.

    Selamat berkarya.

    Salam hormat

    ReplyDelete
  2. Salam bro.

    Jambatan ke 3 tak perlu, Najib dengor lah cakap Penghuni Gua. KAMI RAKYAT JOHOR MAHU JAMBATAN BENGKOK / LURUS GANTI TAMBAK!!!

    Pilihanraya 2008 Undi rosak tertinggi adalah di Johor. Apa maknanya tu?

    ReplyDelete
  3. salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

    harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

    ReplyDelete
  4. Masalahnya, adakah DS Najib akan mendengar? Pada pengamatan saya, berdasarkan gaya dan tindakan-tindakannya setakat ini, saya kurang yakin ia akan mendengar, apa lagi mengikut, suara-suara yang mahukan jambatan bengkok. Gaya pemerintahan DS Najib setakat ini amat mengecewakan, walaupun masih terlalu awal untuk menilai dan masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan. Keputusannya untuk membenarkan Lee Kuan Yew melawat bukan saja pemimpin-pemimpin kerajaan tetapi juga dari pihak pembangkang adalah satu contoh tindakan yang kurang bijaksana. Sangat mengecewakan melihat PM kita terlalu murah hati membenarkan lawatan itu tanpa mengira implikasinya terhadap keselamatan negara. Ada beberapa contoh lain yang menunjukkan PM kita tidak "on top of the situation" dan kurang tegas (saya percaya Saudara PG tahu maksud saya).

    Adakah kita akan sekali lagi melihat seorang PM yang sama "lembiknya" dengan Pak Lah? Seperti disebut, masih awal untuk menilai, dan saya sangat-sangat berharap apa yang berlaku di zaman Pak Lah tidak akan berulang. Sebagai seorang pemimpin, ia perlu dilihat sebagai seorang yang sentiasa mengawal keadaan dan pantas bertindak. Seorang pemimpin mestilah "set the correct tone of his rule" di awal-awal pemerintahannya, bukan di penghujungnya apabila sudah terlambat. He may not get the second chance to correct things (maaf tak dapat nak terjemah dengan betul).

    ReplyDelete
  5. Sisingamangaraja Gorgor2 August 2009 at 04:39

    Salam Saudara PG...~

    Rata2 kami rakyat Malaysia, tidak kira dari Perak, Perlis, Sabah atau Sarawak sememangnya menyokong pembinaan "Jambatan Indah" @ "Jambatan Bengkok" ini kerana ianya salah satu cara yang boleh meningkatkan tahap ekonomi Negara yang masih dalam keadaan statik lagi skarang ditambah pula dengan kegawatan ekonomi global...~

    Kami juga berharap agar PM skarang dapat meneruskan projek "Jambatan Indah" dan tidak tunduk kepada mana2 pihak asing yang tidak mahu melihat kemajuan Bangsa & Negara...~

    Harap diwujudkan satu perkumpulan menyokong pembinaan smule "Jambatan Indah" ini di Facebook...~

    Sekian, Terima Kasih...~

    HORAS!!...~

    ReplyDelete

PETA PELAYAR