FOLLOWERS

Friday, 19 June 2009

Affidavit Untuk Membatalkan Kes DSAI : Semua Orang, Salah ! Bacalah !


Dipetik dari blog : Kerabu Bersuara
June 19, 2009

Affidavit Untuk Membatalkan Kes DSAI

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR(BAHAGIAN JENAYAH)PERMOHONAN JENAYAH NO: TAHUN 2009

Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Rayuan Jenayah No. W-09-30-2009

DANDalam Perkara Mengenai Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kes Jenayah MTJ3-45-9-09

DANDalam Perkara Mengenai Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Kes Tangkap 1-62-407-08

DAN

Dalam Perkara Mengenai Tuduhan bertarikh 7hb Ogos 2008 terhadap Pemohon di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan

DANDalam perkara Seksyen 5 Kanun Prosedur JenayahDANDalam perkara Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan

DANDalam bidangkuasa sedia ada dan/atau inheren MahkamahANTARADATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PEMOHONDANPENDAKWA RAYA RESPONDENAFIDAVIT SOKONGAN PEMOHON[Berkenaan permohonan Pemohon untuk membatalkan pendakwaan terhadap Pemohon dan dan tanpa prejudis terhadap rayuan Pemohon ke Mahkamah Rayuan berhubung dengan isu pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dan terhadap hak-hak Pemohon untuk memfailkan permohonan-permohonan lain dan lanjutan]

Saya, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (No. KP: 470810-07-5095), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan Ahli Parlimen dan yang beralamat di No. 11 Jalan Bukit Segambut, Taman Bukit Segambut, 51200 Kuala Lumpur, dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. (a) Saya adalah Pemohon yang dinamakan di atas dan tertuduh dalam Kes Tangkap No: 1-62-407-2008 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang mana kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Kes Jenayah No: MTJ3-45-9-09).

(b) Saya juga adalah seorang Ahli Parlimen (Permatang Pauh) dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Saya juga adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kecuali di mana dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah dalam pengetahuan peribadi saya dan/ataupun daripada dokumen-dokumen yang saya mempunyai akses, dan segala apa yang saya nyatakan adalah benar.

2. Saya mengikrarkan Afidavit ini untuk menyokong permohonan saya, inter alia, agar pendakwaan jenayah terhadap saya diketepikan (set aside) dan dibatalkan (quashed).

3. Saya mengikrarkan Afidavit ini tanpa prejudis terhadap rayuan saya ke Mahkamah Rayuan berhubung dengan isu pemindahan kes saya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dan juga tanpa prejudis terhadap hak saya untuk memfailkan permohonan-permohonan lain dan lanjutan bagi melindungi hak-hak saya.Latarbelakang

4. Pada 07.08.2008, saya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (Kes Tangkap No: 1-62-407-2008) atas satu kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Kes Terkini).Sesalinan pertuduhan terhadap saya dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-1”. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Setelah dibaca affidavit DSAI di atas ( bagi melepaskan dirinya dari tuduhan liwat ) PG nak gelak . Dari lebihkurang 100 nama disebutkan . Itu tak termasuk nama yang tak disebut. Kesimpulannya tuduhan yang dikenakan ke atasnya iaitu meliwat Saiful adalah satu konspirasi. Semua nama-nama ( hampir 100 orang kot ) yang disebut dalam affidavit itu semua salah dan berniat jahat,

2. Semua. Dari Pemimpin kerajaan , UMNO, Peguam Negara, polis, doktor, ahli kimia dan semuanyalah : salah semuanya dan berniat jahat untuk menjatuhkannya.

3. Dalam affidavit tu hanya seorang sahaja yang betul dan tak salah iaitu saya ( kata DSAI lah ). Kah Kah kah.....................Baiknya dia.

4. Bab konspirasi ni , kejap lagi PG akan hantar satu posting mengenai apa yang dikatakan konspirasi mengikut undang-undang. Dan kaeadah pembuktianya secara ringkas. Bukan main sedap cakap aje . Sini konspirasi, sana konspirasi. Yang dianya tak konspirasi nak jatuhkan kerajaan melalui pelan 16 sep ? kah kah kah kah kah.............

5. Malas nak ulas affidavit ini. Tak ada apa sebenarnya. Ini sebahagaian perang saraf DSAI bagi memberi momentum sekiranya dia kalah nanti. Maka ia telah bina persepsi penyokongnya dari awal ia tak bersalah dan jika mahkamah dapati dia bersalah maka emosi penyokong akan dimainkan untuk..................................demo le..............ini sebahagian momentum bina persepsi olehnya. Inilah kepakaran DSAI.
6. Tapi , lepas fikir-fikir nak juga tanya. 1. Kondominium di mana kejadian itu berlaku tu pejabat PKR ke yang kerap sangat DSAI pergi ke sana.2. Tak sedap ke kopi yang Wan Azizah buat hingga perlu Saiful yang buat. 3. Mengapa tak ajak Wan Azizah sama minum kopi Saiful. 4. Wan Azizah tahu ke kunjungan DSAI ke sana. Ada ke DSAI bagitahu isteri dia. 5. Rumah DSAI ke kondo tu. Kalau ye, mengapa tak beri sewa atau anak-anaknya yang duduk. 6. Mengapa Saiful seorang aje di kondo tu . Kalau pejabat misti ada pekerja parti. Kalau bukan mengapa istimewa sangat Saiful tu sampai bancuh kopi boleh diberi tinggal di sana.

7. Inilah soalan bodoh yang terfikir oleh PG sebagai orang awam dan berfikir secara kampung/ Bukan ikut undang-undang. Cara ini senang sikit orang faham. Kalau tanya ikut undang-undang susah orang awam dikampung nak faham.

8. Banyak lagi soalan macam ni . Tapi kemudian le. Nak hantar posting konspirasi pulak selepas ni. He he he he he he..........................................................

9. Makan kopi cap ayam muar lagi sedap. Taukeh cina tak berbaju je yang buat dan warung tepi longkang aje di Bacang Melaka. Bukan main sedap. Tak payah Saiful yang bancuh DSAI oiiii.....i

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR