Mingguan Malaysia
Menutup aurat terus dapat perhatian pada Muktamar Pas
07/06/2009 2:28pm
07/06/2009 2:28pm
SHAH ALAM 7 Jun — Isu etika berpakaian yang memenuhi tuntutan syarak terutama melibatkan golongan pemerhati dan petugas media wanita terus mendapat perhatian pada Muktamar Tahunan PAS ke-55.
Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Lo’ Lo’ Ghazali dalam ucapan penggulungannya berkata parti itu menggalakkan pakaian yang bersopan demi menjaga sensitiviti dan menghormati kepimpinan tertinggi parti. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Lucu melihat kedangkalan perwakilan lelaki PAS semalam semasa muktamar Agung PAS di Shah Alam Selangor. Petugas Media di sergah dan cuba dihalau kerana sebahagian pemberita wanita ( muslim dan bukan muslim ) berpakaian tidak menutup aurat.
2. Lucu kerana kedangkalan dan kedunguan mereka mengenai kaedah seruan dan berdakwah dalam islam samada kepada yang sudah islam dan kepada yang masih belum islam.
3. Teguran secara kasar agar pemberita yang tidak menutup aurat jangan dibenar membuat liputan di muktamar tersebut amatlah dikesali kerana ia amat menjejaskan imej islam dan menjauhkan lagi mereka dari seruan Allah supaya memakai pakaian menutup aurat ( bagi islam ). Bagi yang bukan islam , mereka akan melihat dalam ketakutan dan penuh perasaan marah kepada islam kerana pada mereka inikah caranya islam melayani mereka.
4. Seruan supaya menutup aurat itu betul dan diwajibkan oleh islam . Cuma seperti kata Islam / sabda Nabi S.A.W, " serulah dengan seruan yang baik dan bijaksana". Jadi seruannya memang baik iaitu menutup aurat. Cuma tidak bijaksana seruannya iaitu dengan cara kasar dan menyntuh hati mereka yang islam ( wanita ) dan menakutkan yang bukan islam untuk mendekati islam.
5. Inilah mereka yang dikatakan oleh Nik Abduh ( anak TG Nik Aziz ) mereka yang digelarnya ulama mee celup. Belajar agama 2 ke 3 hari dan kemudian memakai serban serta sedikit janggut maka telah digelar ustat. Otak mereka memang mengetahu hal ehwal agama tetapi tidak atau kurang beragama dari segi amalkan . Tidak bijak dan sedikit ada kedunguan di kepalanya. Sebabnya: kepala mereka ini penuh dengan dendam dan ego.
6. Itu yang ditegur oleh Dr Lo Lo di atas. Seorang wanita pula lebih bijak berdakwah dari mereka yang berserban dan bertanda hitam di dahi. Inilah lebai-lebai yang ada dalam PAS dan ulamak yang akan menasihati kepimpinan PAS dalam usaha menawan Malaysia dan ke Putra jaya pada PRU ke 13. ( 'government in waiting' kata Tim Presiden PAS Nasaruddin ). Jahanam negara kalau ini jenis manusia yang akan menasihati PM PAS nanti selepas PRU ke 13 ( Tinggi angan-angan nampak ? )
7. Kepada kepimpinan PAS dan penyokong mereka : waraskan sedikit pemikiran kita ni. Lihat keluar kotak kita. Biar luas sikit sudut pandangan dan bicara kita. Islam pun takkan di pandang hina !!!
aku dah lama tak respek golongan ni.. semua yang mereka buat betul walaupun terang terang salah, biasa laa ujung zaman.. ramai yg tak tahu agam mengaku pandai
ReplyDelete