FOLLOWERS

Tuesday 9 June 2009

FATWA LIM GUAN ENG : PAS MULA FLIP FLOP !


Agendadaily


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senang hati beliau terhadap isu kerajaan perpaduan yang menjadi bualan hangat sekarang. Malah Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara terbuka menafikan kenytaaan Datuk Seri Hadi Awang beliau ada memberi penjelasan kepada pimpinan pakatan pembangkang mengenainya. Katanya sebagai orang kuat beragama Presiden PAS itu bukan saja perlu berjawab pada DAP tetapi juga pada Tuhan. Berita lanjut : KLIK

Malaysiakini
9 jun 2009

DAP: Pakatan hadapi 'krisis keyakinan'
Abdul Rahim Sabri Jun 9, 09 11:03am

..........................Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin PAS menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan dan parti itu sendiri agar tidak mengeluarkan kenyataan lagi tentang isu tersebut yang boleh mengelirukan lagi penyokong pembangkang.Pengarah Pilihanraya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali berkata perbincangan isu kerajaan perpaduan "tidak relevan" kerana tugas pembangkang untuk melawan Umno dalam pilihanraya umum dan kecil, termasuk di DUN Manek Urai."Kita nak benamkan Umno, nak benamkan BN. Cakap tentang kerajaan perpaduan tidak relevan pada waktu ini.......................................................................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kerajaan Perpaduan yang digembar-gemburkan oleh Presiden Pas dan Tim Presiden PAS mula mendapat tentangan dari PR. Mendahului senarai ialah tentang Lim Guan Eng yang mengeluarkan Hj Hadi perlu minta maaf dan menjawab dengan tuhan.

2. DSAI pun tumpang semangkuk dengan mempertikaikan kerajaan perpaduan yang disebut oleh Presiden dan Tim . Presiden PAS semasa Muktamar Agungnnya minggu lepas.

3. Hari ini ( lihat di atas ) , Mustafa Ali ( Pengarah Pilihanraya PAS Pusat ) mula masuk gear reverse. Beliau meminta dan mengarahkan pemimpin PR dan PAS juga tidak lagi mendendangkan isu kerajaan perpaduan Hj Hadi. Katanya tidak releven buat masa ini. Dengan lain perkataan , bimbang PAS akan kalah di PRK DUN Manek Urai Kelantan.

4. Flip Flop dan berbelit juga mereka yang beragama ini. Lebih berbelit dari orang yang seperti kita. Sebab itu Nabi Muhammad telah bersabda bahawa , mereka yang paling ramai masuk neraka adalah orang yang beragama. Inilah sebahagian orang nya.

5. Kerana politik ( bimbang kerugian ) maka cakap mula berbohong dan berdolak dalik. Ini adalah kerja munafik. Mereka lebih patuh kepada arahan dan gertakan dari makhluk DAP di atas dari berunding dan berdailog sesama islam.

6. Inilah hipokrasi dan kemunafikan parti dan pemimpinnya.

7. PG nak dengar juga komen dari Hj Hadi dan Ust Nasaruddin. Mereka yang menimbulkan dan mempromosikan " Kerajaan Perpaduan " ini. Mungkin 2 spesis ini lebih hipokrit dari pemimpin PAS dan PR yang lain atas dasar survival politk mereka.

8. Kemunafikan mereka yang berimej islam ini lebih teruk dari yang lain. Pendirian mereka akan berubah atas kepentingan politk dan bukan atas dasar kepentingan agama.

9. Fikirkanlah.

1 comment:

  1. DAP: Pakatan hadapi 'krisis keyakinan'

    DAP berhadapan dgn krisis kebengapan & gagal memahami situasi Melayu & Bumiputera yg akhirnya
    dah tahu niat jahat DAP.

    Tahun 60-an orang ramai tak sekolah. Lee Kwan Yew senag2 kencing. Sekarang mau kencing 'wa pancung lu'.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR